Sunday, October 7, 2007

Nama Baby & Jaundice

Salam semua,

Ni kaklong ni. Terima kasih semua atas ucapan tahniah dan doa kaklong dipermudahkan bersalin. Alhamdulillah memang mudah bersalin. Tapi kali ni tak sempat nak citer perihal bersalin tu. Kaklong balik rumah sekejap ni lepas bawa baby ke klinik untuk check-up lepas seminggu.

Baby kena jaundice yang agak kuat, mata putih pun nampak kuning. Doktor arahkan baby masuk wad. Malangnya tak de cukup alat fototerapi kat klinik bersalin tu. Makanya kami memilih Hospital Selayang sebab dekat dengan rumah mak kaklong. Jadi, lepas waktu berbuka ni kaklong dan suami akan ke sana. Tolong doakan baby kaklong cepat hilang kuningnya ya.

Kesihatan kaklong pula, kena tekanan darah rendah beberapa hari lepas bersalin. Terkejut juga sebab masa bersalin tak de kes darah keluar banyak. Tak pernah kena macam ni. Doktor nasihatkan banyak minum air. Ada sesiapa punya petua untuk normalkan kembalikan tekanan darah selain daripada makan limpa, hati, kerang ?

Eh, lupa pula, nama baby ialah ASMAA (bunyinya Asma'). Simple ajekan. Part kaklong mengandung dan beranak dah selesai hehehe. Jadi, urusan nama anak2, suami kaklong yang uruskan :D. Oklah, berhenti dulu, kaklong nak balik rumah mak ni. Terima kasih di atas kunjungan kalian yg tidak pernah jemu ke sini.

35 comments:

Kak mins said...

tahniah...dapat baby baru....anak saya yg sulung pun ada jaundice gak masa saya melahirkan dulu siap dgn g6pd lagi-9 thn dulu.....insyallah takder apa tuu jika dapat rawatan yg betul...dulu kena tahan seminggu gak duk hospital....mak mertua saya suruh kasi susu kambing jgn banyak aetitk dua aje....sedap dan ringkas nama tu..hehehe senang nak isi form nanti.

Anonymous said...

insya-allah,x de ape2..semoga cepat sembuh..simple nama tu...

NBK466 said...

Kata org baby boy lebih berisiko utk kena jaundice nie.. Tapi dah dapat rawatan kat sepital tuh insyallah OK..cuma kena sabar sikit...

cikdinz said...

kalau dapat rawatan awal, ok ler.
takde apalah tuh. anak sy hari tuh pun kena juga...

p/s: ada tak dorang cakap punca nya makan jamu.....

Sastri said...

semoga baby Asmaa cepat sembuh, boleh la beraya dengan ibu ayah dan kakak2...

Salam Lebaran Kak Long... maaf zahir dan batin ye...

Unknown said...

kak longgg mish yew! dah selamat ngan baby baru! tahniah ye! jaga kesihatan okek

13may said...

Salam kaklong,
Selamat Hari raya...
Maaf Zahir batin..

Moga bergembira selalu :)

WRA said...

Comelnya baby kat bawah tuuuu hehehe...

Mudah2an cepat hilang kuningnya...

Selamat Hari Raya Syikin, maaf salah silap yer? Kirim cium pipi baby Asmaa sikit....

NJ@Goboklama said...

mkn limpa,hati & kerang bole normalkn tekanan darah? biar betul kaklong? cubala mkn quaker oat..

Selamat Hari Raya utk kaklong & keluarga :)

MOKCIK AZWA said...

Syikin...

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin. Kena tekanan darah rendah ya...rajin2 la makan vitamain tambah darah yang doktor beri tu. Kalau petua bidan Azwa dulu, makan bayam merah tu buat sup tanpa minyak. Tapi org tua2 ni banyak pantang larang dia kata bayam sejuk la, kurangkan susu la.

pasal jaundice tu, insyaAllah takde apa...cuma kalau teruk kesian tengok baby kena ambil darah. Anak Azwa dua orang yg kena teruk..yg penting jgn dok kurung baby dalam bilik...biarkan tingkap terbuka dan cahaya dari luar masuk.

Anonymous said...

Kak long
cuba makan susu IG6 untuk tambah darah. Zar pun tekanan darah rendah.. InsyaAllah, makan IG6 sekarang ni BP dah normal. Lagipun dalam pantang mana bleh makan kerang/organ dalaman binatang. Bayam merah pun ok tapi sejuk.

Baby asmaa kena jaundice tu cuba bagi susu kambing setitik dua. So take care ek kak long.. salam lebaran, maaf zahir dan batin

RaFFLeSiA MeRaH said...

simple jer name baby kan kak, tapi cantikkkk....tingat sorg member, name dia azita asmar...orgnyer pun cantik....mudah mudahan baby cepat sihat...slmt hari raya kak, maaf zahir batin...

Puteri Satu said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - TERLANJUR KATA TERKASAR BAHASA MAAF DIPINTA...DARIPADA:- PUTERI1 SEKELUARGA

* SAYA DOAKAN SEMOGA BABY AKAK CEPAT SIHAT YE...INSYAALLAH..

MAMAMIA said...

Kak Long,
Apa khabar baby Asmaa? Hopefully, dia dah sihat.
Tekanan darah rendah ni akak biasa kena. Minum air banyak, have enough rest & sleep, makan kena teratur. InsyaAllah, boleh ok.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..

Cik Tat said...

Salam aidilfitri untuk kaklong sekeluarga

Tahniah untuk baby baru..take care ok..
anak saya yg sulung dulu jaundice jugak, tapi mak sruh kerapkan bagi minum susu..kalo dia tido, mak suh kejut..setiap 2jam mmg kena kejut..

Am said...

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan tahniah dapat Baby baru, Tahniah sekali lagi

Selamat Hari Raya, Maaf jika ada terlebih komen, terkasar tegur, terlanjur kata, semuga berbahgia menyambut hari raya

Anonymous said...

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga dan tahniah dengan kehadiran Asmaa.. Tentu lagi seronok tahun ini.. Alhamdulilah.

Azer Mantessa said...

comel baby :-)

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATHIN

edyan7 said...

Salam Kak Long,

Tahniah...alahai... melepas lah nak makan ketupat rendang ye kak long! tak pe... lepas habis pantang boleh buat lagi...heheh

Salam kelahiran buat baby Asmaa...

Selamat hari raya...maaf zahir batin...

zino said...

tahniah...

selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin..

rafiqaheliza said...

Firstly, Selamat Hari Raya utk kak long sekeluarga. Secondly, tahniah sebab dapat baby baru! Thirdly, apa perkembangan baby Asmaa dgn jaundicenya? Dulu Aliff kena jaundice sampai umur 2 bulan. Dalam masa tu, tak senang duduk dibuatnya. Saya harap Asmaa dah pulih sepenuhnya.

simah said...

baru sempat nak masuk blog ni... masyaAllah comel la si Asmaa ni :0) saya doakan semoga penyakit kuning dia cepat hilang.. memang baby mesti tak lepas dari benda ni kan?

take care...kiss the baby for me :0)

KAMATO said...

Tahniah. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

aNIe said...

SELAMAT HARI RAYA kak long...semoga kak long & anak2 semua sihat belaka...terutamanya baby & ibunya...

Bermaafan kita bersama ye...jika ade yang tersilap kata tersalah bahasa....

Anonymous said...

salam kaklong. congrats di atas kelahiran cahayamata anda.

utk menstabilkan tekanan darah tak kira le samada tekanan darah rendah ataupun tekanan darah tinggi, try amik SPIRULINA. saya dah cuba dulu semasa tekanan darah saya memanjang tak stabil.

utk baby sakit jaundice: byk petuanya. antaranya; 1. bagi baby minum susu ibu/susu formula setiap 2 jam, siang dan malam (susu ibu sebaiknya), 2. bagi baby minum susu kambing, 3. bagi baby minum air jus sengkuang cina, 4. bagi baby mandi herba cina (khas utk sakit kuning), 5. bagi baby mandi air nila, 6. bagi baby berjemur cahaya pagi, 7. amik daun kapal tarabang dan jadikan alas tidur baby yg terkena jaundice. daun ini akan menyerap kuning/jaundice dari badan baby. 8. jgn bagi baby tidur lama sangat sebab baby akan menjadi bertambah lemah. kena kejutkan baby setiap 2 jam! 9. sekiranya ibu memberikan susu badan kepada baby, sila hentikan pengambilan JAMU serta-merta.

saya doakan semoga kaklong dan baby asmaa akan sembuh cepat, insya-Allah, amiinnn.

Anonymous said...

kaklong, tahniah untuk baby baru tu. amboi putih melepaknya!

selamat hari raya juga untuk kak long sekeluarga.

Wanpetunjuk said...

Salam ziarah blog..."hafiy anuar"...new baby born akak sitiLina ada dalam chronicle ketika berumur 15 hari dan 17 hari...atas permintaan kak Siti...check it Out!!!

Helena said...

COngrats!!! Helena baru menjengah ke sini, so baru dapat tau kak Long dah deliver...

Oh ya Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.....

Amboi... lebatnya rambut baby... hehe, cute sangat.... jaundice tu insya Allah sekejap ajer.... baby kat spital kena jemur kan.....

anak bongsu Helena dulu pun kena hospitalized masuk hospital, tapi dalam 5 hari jer dah boleh keluar...

Take care Kak long, cubit pipi asmaa sikit untuk Helena.....

Mak Su said...

alhamdulillah, sedap nama baby... semoga dah sihat ek...

Anonymous said...

tahniah !!

kerapkan menyusu baby ngan susuibu..kalau boleh perah n bagi melalui tiup(kalu baby dlm hospital)..
insya'allah..susuibu ubat terbaik...

take care!

Anonymous said...

tahniah kak long!

baby saya lahir 6 oktober.. awal2 lagi kami mandikan dia dengan herba beli kat kedai cina nak elakkan jaundice. alhamdulillah dia x jaundis.

Bunga Rampai said...

Salam Kak Long,

Alhamdulillah ... TAHNIAH!

Comel baby Asmaa :)

Agak pelik juga tu Kak Long kena tekanan darah rendah ... semoga kembali normal dalam masa terdekat ni.

Anonymous said...

alamak, rasanya dah tulis komen dulu tapi takde pulak...
comelnya baby.....nama sama macam nama anak sulong akak, tapi lain ejaan.. nama anak akak Asma'...dah 20 tahun umurnya...
Tahniah...update lah gambar terbaru, mesti dah pandai senyum...

Mulan said...

tahniah.. tahniah kak long..!!

comelnya baby asmaa.. geramnya. doakan saya pulak ya..

Unknown said...

kaklonggggggggggggg