Ok, ni nak citer sikit. Hari Jumaat 2 minggu lepas, saya ikut suami keluar, ada urusan sikit. Kami on the way balik dah nak masuk waktu solat Jumaat. Elok azan pertama tu, kami sampai kat masjid. Jadinya suami berhenti solat kat situ. Saya, Huda n Alia turun ke kawasan tasik rekreasi. Husna n Aiman masih di sekolah.
Banyak bangku dan tempat rehat. Ada tiga kumpulan kecil budak2 sekolah. Anak2 melayu semuanya. Saya kira mereka dah sekolah menengah dan ada yang dalam darjah 5-6. Saya duduk tak jauh daripada mereka. Memerhatikan gelagat budak2 ni. Selamba aje tok imam tengah berkhutbah, depa duk kat situ lagi. Siap hisap rokok tu..kongsi2. Sedih saya. Muda2 dah hisap rokok. Nak je saya cakap kat depa berhenti merokok, boleh kena KANSER!!! (2 bapa sedara saya meninggal krn kanser, berpunca rokok). Grup paling dekat ngan saya, perasan saya duk perhatikan mereka. Memang saya pandang aje depa, esp. yang hisap rokok tu. Sekadar pandang.
Tiba waktu solat bermula, dua tiga orang aje beredar ke masjid. Yang lain, boleh MELEPAK lagi tu. Kaklong yang nak menangis tengok keselambaan mereka. Sian kat budak2 ni sebenarnya. Kalaulah depa tau Iman Islam tu mahal, mesti mereka berlumba nak solat. Akhirnya kaklong bangun dan pergi ke grup2 tu. Kaklong bawak Alia dan Huda sama. suruh depa pegi solat, tak de nak marah2. Sebak semacam masa suruh depa p solat tu, tak tau nape. Budak2 ni macam terkejut. Sib baik depa tak melawan, depa beredar. Habih semua grup tu kaklong suruh pergi. Syukur tak de yang kurang ajar. Bila semua dah beredar, baru kaklong perasan, tangan kaklong menggigil rupanya. Berani dalam takut. Takut gak depa pakat2 belasah kaklong ngan anak2 kecil ni. Sejujurnya, kalau itu grup2 lelaki dewasa, mmg kaklong tak berani hampiri, cuma berdoa dlm hati ajelah.
Tapi, bila kaklong meneruskan langkah, rupa2nya grup 1 (paling dekat duduk ngan saya tadi tu) melepak pulak kat kedai kopi makcik ni. Makcik ni masih bukak kedai dia lagi, patutnya dia tutuplah. kaklong hanya memandang, tak pergi dah ke tempat mereka. Kaklong dah tegur tadi, depa dah faham patutnya. Mereka belum ada kesedaran lagi. Teguran macam ni mmg nak kena buat selalu, sekali tak jalan. Naknya kalau solat tu bukan makanan mereka.
Terus kaklong teringatkan Aiman, camner dia dah seusia mereka nanti, adakah camni jugak perangai dia? menipu ibu bapa tentang solat. Na'udzubillah. Itu baru solat jumaat, belum 5 waktu lagi tu. Dan menipu ibu bapa tentang rokok. Sebak dan takut memikirkan, cepat2 berdoa mintak2 janganlah anak2 kaklong berakhlak begitu. Tak kira anak lelaki mahupun perempuan, cabaran tetap sama pada zaman sekarang ni..
Inilah cabaran ibu bapa sekarang, mendidik anak2 agar menjadi insan yang bertakwa dan cemerlang dunia dan akhirat. Kaklong dan suami baru 7 tahun lebih bergelar ibubapa. Masih muda lagi berbanding dengan ibu bapa lain, banyak kerja kami rupanya dalam mendidik anak2, bukan takat melahirkan dan membesarkan mereka. Keperluan mereka kat dunia ni mmg kena sediakan, dan sama pentingnya dengan SANTAPAN ROHANI mereka, untuk kejayaan mereka di akhirat nanti.
Ternyata, cabaran ibu bapa Muslim hari ini memang hebat sangat, kena bekerja keras utk memastikan anak2 mereka cemerlang bukan takat di dunia tapi di akhirat. Doa juga peranan utama, siapa yang nak mendoakan anak2 kalau bukan ibu bapakan? Moga usaha kita semua berhasil. Amin.
Sempat berangan tu, kan bagus time waktu solat Jumaat, anggota2 keselamatan wanita mcm polis2 wanita melakukan rondaan untuk di semua tempat terbuka untuk memastikan semua lelaki Muslim pergi solat Jumaat. Ini juga sebahagian daripada jihad mereka; amar ma'ruf nahi mungkar.
17 comments:
dalam ceramah sdr Zulkifli Nordin di surau opis zino dia kata.. umat islam dah tak ujud..yg ada individu islam.. dia kata lagi rukun umat..melakukan amal ibadat.. menyeru amal makruf dan mencegah nahi mungkar..
seperti yg kaklong buat bila nampak kemungkaran kita sama sama cegah..tapi berapa ramai yg buat benda2 ni.. kita lebih kepada tak ambik kisah..
lagi satu dia pesan kalau nak cegah kemungkaran ni tak boleh buat sorang2 kena satu umat .. maknanya beramai2 baru org takut.. macam yg kaklong rasa bukan mereka yg takut kaklong sendiri yg rasa takut .. sebab nya mereka ramai kaklong sorang..
Kaklong..
tabik la Kak Long berani menegur tu..sekurang2nya dah terlepas tanggungjawab nak memperingatkan mereka. Syukur juga mereka tak melawan balik tu, menunjukkan kalau selalu diberi kesedaran secara berhikmah tidak mustahil mereka akan insaf.
salam,
bro.zino: bestnya dpt dgr ceramah sdr. zulkifli nordin tu. dia pun peguamkan..betul tu, kena ada team utk cegah kemungkaran..tp kalau terpaksa, mmg kena sorang gak. dan
syukurlah tak de apa2 berlaku kat saya masa tu.
Azwa: alhamdulillah masa tu ada kekuatan. dan syukur saya tak kena lepuk. itu budak, berani sikit kot. kalau org tua, idaklah saya.
tahniah la syikin :) mudah-mudahan ada yang insaf lepas kena sound hari tu... kesian mak bapa depa kan?
syikin
kengkadang zar pun seriau tengok lepas laku bebudak remaja sekarang. yang paling zar pelik tu, kalau dah tetengah malam anak anak dara sunti ni merayap rayap lagi tengah tengah KL tu, mak bapak dorang tak pikir ke mana anak dorang ni tak balik balik. Zar dulu besar kat Kl juga tapi tak merasa berjalan ngan kengkawan lebih dari kol 7 petang. Nak ke kedai memalam pun depa tak bagi.. agaknya zaman dah berubah kot..
salam,
alinlai: alhamdulillah ada kekuatan masa tu. harapnya ada yg insaf. mmg kesian..moga2 anak2 ni cepat sedar tanggungjawab mreka.
zareda: ebtul zar, saya dulu teruk kena kongkong..lepas maghrib nak berada kat kl tu pun seram semacam bila sorang2.
sy pun setuju ngan angan2 kak long tu, wat rondaan masa smbhyg jumaat, baru lerr depa ni malu skit ngan owg pompuan....
Memang susah anak2 muda sekarang ni...kadang ade jugak yang kalau kita tegur dengan baik diorang berlaku kurang ajar...tu yang takut tu...
Tapi bab solat ni memang kene tegas...kak lady ade anak bujang sorang...dah besar panjang orang kata...tapi masih tanya dia lagi dah solat ke belum...kalau dah bila dan di mana...selagi mata tak nampak...bukan kata nak tuduh diorang menipu...cuma kadang anak2 ni lupa...lebih besar diorang...lebih ramai yang mereka campur...lebih risau kita dibuatnya.
Pelajaran agama dah sempurna diberi tapi...kita sebagai ibu bapa tak boleh membiarkan saje...sedangkan kita ni pun nak kene diingatkan selalu apa lagi mereka pada usia itu mereka mudah lalai....
Syabas pada kak long yang berani menegur anak2 itu...kalau kak lady lah...takut ...
salam Kak Long...
suruh polis wanita buat rondaan kat mesjid sama time org sembahyang....bukan apa, kat tempat saya selalu sangat kasut hilang, moto hilang, keta kena pecah....mcm2 lagi la...
hari tu depa penah tangkap, budak2 gak...yg sedihnya org melayu kita...dia tgh 'proses' moto...
depa tangkap pastu tambat kat tiang lampu...lepas jumaat, semua org dok tengok dia...marah, maki dia mcm mcm..
sampai ada sorang cina tu cakap "Bolo punya melayu...olang tgh semayang, lu culi moto..tatak malu sama olang cina ka???"
saya ada dekat situ masa cina tu dok kata kat dia...nak tergelak pun ada, sedih pun ada...sedih la..sampai bangsa asing cakap kat kita camtu...
alahai...apa la nak jadi.....
err..nak komen gak..tapi bukan sebab budak2 tak pegi solat jumaat..
last week, saya gi kenduri kat Jitra..on the way balik, singgah kat R&R Gurun untuk solat Asar..saya dan suami gilir2 solat..sambil tunggu suami, saya bawak anak2 main kat playground yg disediakan..tak jauh dari playground tu, ada satu couple duduk kat pondok..rapat2..pas tu siap kissing..
adeeehhh...mendidih darah saya..saya renung jek couple..gamaknya, yg pompuan tu perasan, trus ajak pakwenya blah..yang lawak tu, depa lalu depan saya, dan saya masih jegil mata kat depa..moto depa hampir terbabas..eeiii..kalo jatuh la depa kat situ, nak jek saya sorakkan..rasanya, kalo depa masih tak berganjak sampai suami habis solat, memang saya nak ajak suami pi sergah depa..
dan yg sedihnya lagi, pompuan tu bertudung...
*haru
salam,
RM: harap2 pemerintah kita boleh sedar ttg hal ni. nak jiwa rakyat kuat, rohani mesti kuat..agamalah tunggaknya.
KakLady: itulah kak, syukur depa tak lepuk saya. nampaknya kak, selagi hayat kita masih ada, selagi tu kita tak leh 'lepaskan' anak2 kita dlm erti kata sebenar, kena pantau selalu terutama bab2 ibadah.
Oren: bagus tu oren, biar depa tau malu sikit. ni lum kawin rasanya, kalau dah kawin depa wat kat rmh kan..itulah oren, sekarang ni tudung jadi fitnah kpd agama kita balik sbb sikap pemakainya..
Bro. Azer: haru?
salam,
eh, 13may lak tertinggal: boleh dik boleh, mintak depa tangkap pencuri sekali.
bagus kena tangkap dan tambat kat tiang camtu, biar depa tau malu. mcm tak patut akak cakap camni, tp kalau depa tu dah mencuri, mana reti malu dahkan..
malunyalah...bukan islam pun leh cakap camtu. non muslim ni mmg respect ngan muslim yg solat, tu sbb depa boleh cakap camtu..naknya depa dah bergaul ngn org melayukan.
itulah kemungkinan yg akan berlaku.
cube kita bayangkan 20 tahun akan dtg.apakah yg akan berlaku pada generasi kita, anak-anak kita...
skrg pun kita dah nampak keburukan yg berlaku. apatah lagi pada masa akan dtg.
sesama lah kita mendoakan kebaikan tuk anak kita.............
Hadis riwayat muslim, "Barangsiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan lisannya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman."
Tahniah KL, semoga mendapat balasan daripada Allah hendaknya. Kadang2 anak2 ni kena ditegur selalu. Mungkin mak ayah mereka pun dah jenuh menegur tapi pengaruh kawan masih kuat agaknya.
Saya pula sedih di sini, kerana saya dapat tahu ada lelaki dan perempuan yang berani tinggal serumah. Saya sangat membenci dalam hati. Sesungguhnya saya tahu saya sangat lemah.
Selagi kita saling menuding jari mencari salah siapa umat Islam tak akan ke mana-mana.
Kalau dalam mendidik anggota masyarakat dalam rumah sendiri pun kita gagal, jangan bercakap masalah di luar. Masalah umah lagilah besar..
Asasnya. Pendidikan dari awal. Semasa masih kecil. Sesetengah orang kita beriya-iya menghantar anak ke tuition yang bagus-bagus. Tapi berkira untuk menghantar anak ke kelas Iqraq, kelas fardu ain. Sudahnya darjah enam pun membaca AlFatihah pun tak betul.
Saya mengingatkan diri sendiri sebenarnya.
salam semua,
cikdinz: setuju dngn pendpt cikdinz ni. ya, kita doakan kebaikan anak2 kita.
MamaSarah: betul mama, anak2 kena ditegur selalu. mmg pengaruh kawan kuat.kita juga kena pastikan pengaruh yg baik mrk terima drp kengkawan mrk. pendek kata, kita mesti kenal sapa kawan anak kitakan?
saya faham perasaan mama tu, doalah banyak2 moga mrk yg serumah tu duduk berasingan. ini pun usaha kita jugak, usaha senyap kata orang.
BP: betul tu, ada ibubapa sanggup berhabis duit utk kelas tuition, piano, ballet anak2 dll untuk kecemerlangan di dunia ni ..tetpi terlupa utk persediaan di alam lagi satu, yang kekal pula tu.
pendek kata, semua pihak kena gembleng tenaga utk pastikan anak2 ni berakhlak tinggi. bermula di rumah dan disokong oleh org luar mcm jiran tetangga, pihak ebrkuasa tempatan dan pemerintah negara untuk menjayakannya lagi; amar makruf dan nahi mungkar itu tugas semua. tak de terkecuali.
Post a Comment