Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Friday, September 21, 2007

Balik sekejap

Salam semua,

Ala..rindu kat blog ni. Kebetulan pagi Jumaat ni ada antenatal checkup, tu ikut suami balik ke rumah sat. Dlm jam 11 nanti waktu appointment kaklong Huda dan Alia tinggal rumah mak lagi. Petang nanti baru kami balik ke rumah mak semula. Tapi insyaAllah Ahad nanti kaklong akan pulang ke rumah semula. Doktor dah cakap, kalau kaklong nak balik rumah semula masuk minggu 37 nanti, bolehlah, turun naik tangga tu boleh bantu cepat bersalin hehehe.

Oklah..hari ni dah masuk minggu 37. Lega rasanya dapat lepas 2 minggu kritikal sejak kaklong kena bermalam di wad ari tu. Tapikan, lepas keluar wad aritu, sekali lagi kaklong terpaksa ke GMC sebab kena sakit yang sama pada awal pagi Ahad tu, 3 pagi lebih. Syukurlah pintu rahim tak buka lagi dan CTG baby pun ok. Dan kaklong diberi ubat utk hilangkan contraction tu. Lepas tu kaklong dibenarkan pulang. Rabu malam lepas pun, kena lagi, tapi kali ni kaklong tak p ke GMC, tunggu dan lihat ajelah. Syukur tak lama sakit tu.

Sesekali fikir, lawak pula rasanya, dah nak masuk 5 kali beranak ni, pendek kata dah otailah bab mengandung dan nak beranak ni, tapi masih duk confius sakit nak bersalin tu camner. Apapun kaklong percaya, Allah nak bagi kaklong rasa sakit tu camner dulu dan camner kaklong nak hadapinya sebab kaklong ni mmg takut sangat rasanya nak bersalin. Yelah, contraction minit2 akhir tu yang boleh buat orang terjerit terlolong kesakitan kalau tak kuatkan hati tu. Ni duk pulun doa semoga kaklong berani hadapi saat2 bersalin dan mudah segala urusan berkaitan dengannya. Tolong aminkan ya. Terima kasih.

Eh, dah 9 hari kita berpuasakan termasuk hari ni. Setakat ni alhamdulillah kaklong berjaya berpuasa penuh. Tu pun duk pulun doa ngan Allah minta kaklong diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berpuasa. Tak larat ooo nak menggantinya. Cumanya hari ni sedikit bimbang sebab pagi tadi lepas sahur kaklong termuntah, harap2nya dapat bertahanlah sampai waktu berbuka nanti.

Pagi tadi, jam 3 pagi lebih kaklong dpt sms drp sorang sahabat baik kaklong, dia dah selamat bersalin, alhamdulillah. Tahniah S dengan kelahiran bayi lelaki yang sihat!!!!

Takziah kepada keluarga adik Nurin Jazlin di atas berita malang itu. Kejamnyalah pembunuh tu, sampai pecah usus anak tu dibuatnya. Bunuh balas bunuh! Itulah yang Allah benarkan dalam jenayah Qisas. Sama2 kita doakan pembunuh kejam itu tertangkap!!!!

Oklah, kaklong nak berhenti dulu. Terharu sbnrnya tengok masih ada yang datang ke teratak blog buruk kaklong ni dan yang tinggalkan komen tu, jutaan terima kasih ya terutama doa2 kalian tu. Aminnnnnnnnn. Ada juga bloggers yang baru pertama kali tinggalkan komen, terima kasih ya. InsyaAllah, kaklong akan buat kunjungan balas ke blog kalian.

Maklumat terkini:

Salam..Kaklong balik dr klinik tadi ni hampir jam 1 tgh. Berita terkini, baby kaklong dah engaged ke bawah. Tgk scan tadi pun kepala baby dah mengecut sikit sbb dah masuk ruangnya utk keluar tu. Berat badan kaklong pun dah turun 2 kg! Nurse pun tegur perut kaklong dah makin ke bawah. Kata doktor, mungkin tak sampai 2 minggu lagi kaklong akan bersalin. Gembira ya, debor lagilah berkati2 jawabnya. Takut tu mmg dah berkilo2. Ni duk belajar tak mo fikir takut, takut, takut bersalin. Ya Allah, berilah aku keberanian nak bersalin ni, hilangkan rasa takut aku. Amin...
Selamat berbuka petang ni ya.

Wednesday, September 12, 2007

Bermalam di Wad

Salam semua,

Terkejut dengan tajuk entri di atas? Ya..malam tadi (Selasa malam Rabu) kaklong terpaksa bermalam di wad. Kenapa? Sebabnya tengahari Selasa semalam kaklong kena contraction yang agak kuat dalam masa 2 jam hingga terasa sakit semacam kat bawah perut dan nafas jadi pendek2, rasa macam nak bersalin pun ya. Masa tu duk sibuk berkunjung ke blog kengkawan yang mana sempat.

Suami hantar kaklong ke GMC. Bidan yang bertugas pun cakap contraction kaklong selang 5 minit masa tu. Syukurlah bila diperiksa pintu rahim ia masih tertutup rapat. Lega betul tengok glove bidan tu tak de tanda2 darah langsung. Kalau ada darah, tandanya dah buka 1 or 2 cm ikut pengalaman kaklong yang lepas2. Kalau kaklong bersalin semalam (Selasa), kesian kat baby sebab paru-parunya masih belum matang dalam tempoh 35 minggu ni. Nanti kena masuk incubator jawabnya. Buat ctg, alhamdulillah jantung baby ok.


Atas arahan doktor, kaklong ditahan wad supaya dapat berehat semalaman. Kaklong kena makan ubat sebiji setiap 15 minit ( semuanya 6 biji ) dalam tempoh 1 jam suku petang semalam. Tujuannya untuk mengurangkan contraction yang kuat tu. Dan Kaklong kena suntik sebanyak 2 kali : petang semalam dan jam 2.14 pagi Rabu. Tujuannya untuk mematangkan paru2 baby takut dalam tempoh 2 minggu ni Kaklong bersalin pula sebab belum genap 36 minggu ( 9 bulan) pun.


Kalau bersalin juga dalam 2 minggu ni, at least paru2 baby dalam keadaan ok. Tapi kalau boleh, biarlah sampai usia kandungan genap 36 minggu. Doktor pun cakap, dapat lepaskan minggu depan jadilah, sebabnya Jumaat ni kandungan kaklong masuk 36 minggu (9 bln). Dan Jumaat depan pula masuk 37 minggu, jadi kalau baby nak keluar selepas Jumaat depan tak mengapalah sebabnya paru-paru dia dah elok matang.


Alhamdulillah, lepas makan ubat petang tu, contraction dah hilang dan kaklong dapat tidur nyenyak. Petang tadilah kaklong discharged. Malam ni, lepas suami pulang solat terawikh, kami akan balik rmh mak kaklong untuk kaklong berehat di sana, sekurang2nya hingga penghujung minggu depan. Sebab rumah mak tu tak de tangga bagai, rumah kaklong ni bertangga. Ni kes nak elak baby keluar cepatlah ni, sebab kepalanya mmg dah kat bawah cuma masih agak tinggi sikit. Turun naik tangga ni membantu baby lebih cepat turun ke bawah, bimbang terbersalin awal aje.

Dan untuk kesekian kalinya blog ni takkan diupdate. Rumah mak takde internet. Selamat berpuasa semua. Jalaninya dengan penuh kesungguhan. Syaitan dah dirantai tapi hawa nafsu kita tidak dirantai. Tidak hairanlah ramai yang masih gagal untuk berpuasa kerana tak kuat berperang dengan hawa nafsu. Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan ini. Na'udzubillah.

Wednesday, August 8, 2007

Cerita Baby II

Salam semua,

Hmm...kaklong ingat kaki kaklong dah makin baik, rupanya sangkaan tu salah. Turun naik tingkat tangga kat rmh ni memberikan kesan pada buku lali kaklong. Tak kuat lagi rupanya buku lali kaklong. Tiga hari kat rumah ni, mmg sakit buku lali dibuatnya. Terpaksalah naik tingkat atas tu sebabnya bilik air yg selesa berbanding di tingkat bawah yg tak sesuai dgn kondisi kaklong sekrg ni terutamanya tandas. Hari ni, kaklong akan pulang ke apartment mak. Kat sana senang sikit, tak perlu turun naik tangga dlm apart. tu. Mungkin kaklong akan berada di sana hingga cuti sekolah anak2 nanti. Nampaknya tak leh nak mengganaz lagilah ni. Oh ya, Mamamia tanya sapa yg tolong kaklong n anak2 kat rmh...tak de sapa terutama di siang hari, kaklong urus sendiri, kalau malam tu suami ada bolehlah tolong apa yang patutkan. Tu yang kaki payah nak rest betul. Biasalah, dah duduk rumah sendiri, ada aje nampak benda yang nak dibuatkan?

Oklah, pindah citer baby pulak. Sebelum ni, hasil scan mendapati uri baby kat bawah (tapi kaklong x de masalah bleeding), dan doktor bagitau kalau dah 34 minggu nanti (skrg ni 30 minggu) uri masih di bawah, kaklong terpaksa ceaser pada minggu k 38 (pertengahan Ramadhan x salahnya). Debar gak bila dpt tau pasal operate2 ni. Sejak tu, kaklong banyak berdoa meminta kalau ceaserian itu yang terbaik utk keselamatan bayi dan kaklong, tak mengapalah ceaser pun, tp kalau bersalin normal tu yg terbaik utk keselamatan kami berdua, mintalah uri tu naik ke atas. Dan Isnin lepas, hasil scan mendapati uri baby dah naik ke atas!!! Alhamdulillah.

Jantina baby? So far, tgk kat scanner tu adalah girl, hehehe. Yang kesiannya Aiman lah, frust dia dpt tau benda ni. "Ala..nape girl?" Dia pertikaikan. Masam mukanya. Kaklong bagitaulah dia, " Nak buat camner, Allah yang nak bagi". Tapi, sapa taukan, kuasa Allah mengatasi segalanya.

Oklah, berhenti dulu. Ada kesempatan sebelum balik rumah mak, kaklong akan singgah blog kengkawan. Wassalam

Monday, May 7, 2007

Mood, Mengidam & Bayi

Salam,

Mood

Ni kes malas nak update. Sabor ajelah. Tq yang concern sampai suruh kaklong p hospital kalau teruk alah.

Alhamdulillah, kaklong ok dah (yang teruk sangaat tu masa minggu 9-12 aje rasanya). dah masuk 4 bulan seminggu (17 minggu). Bab masak2 tu ok dah. cuma mood malas datang, tu yang payah tu. Oh ya, ada yang tanya tak minta suami masak ke masa kaklong tgh alah teruk tu ? Suami kaklong ni tak macam orang lain, balik kerja petang terus ada masa free sampai esok pagi. kalau camtu, mmg boleh sangat. tp, suami kaklong ni mmg malam pun sibuk, samaada dia ada kelas belajar atau mengajar. So, kalau dia balik rumah kejap belah petang lepas amik anak balik sekolah, kaklong prefer dia duduk rehat sbb nanti sbelum atau selepas maghrib (ikut waktu kelasnya tu) dia akan keluar semula dan balik lewat malam. Kalau dah berterusan kerja tanpa rehat, nanti tak leh nak concentrate belajar n mengajar, sian plak kat dia sebab kepenatan sangat. Tu yg better beli aje. Kecuali dia ada senggang masa lebih, dia akan masak.

Mengidam

Mengidam pulak, kali ni kaklong mudah mengidam. nampak iklan fast food kat tv pun dah teringat2. Sib baiklah bukan jenis yg bukan2 kaklong mengidam. Takat ikan masin, spageti, laksa, rojak... Kalau ikan masin tu, makan sampai berpinggan, tak de lauk lain dah. gaul nasi ngan ikan masin. makan camtu aje. tp cik abe sound, takut nanti kena darah tinggi plak. tp taklah melantak hari2. Laksa ni pulak, ada setengah kuah tu penjual laksa ni banyak sangat letak belacan, faham2 ajelah baunya camnerkan, kaklong pulak ada sensitif bau kali ni. tapi laksa punya pasal, kaklong belasah ajelah sambil kembang kempis hidung tu menahan bau kuah yg banyak letak belacan tu. Sib baik tak muntah2 lepas tu hihi. Spageti, kaklong buat sendiri. Ala..guna perencah segera tu. Kalau makan kat luar dah berapa sepinggan ? Mahal ooo (utk kaklong yang beranak ramai ni sbb anak2 pun suka spageti) sudahnya buat sendiri, boleh makan ulang2. Tak sedap mana, tak pelah, asalkan dah lepas kat tekak.

Tapi, paling buruk, kaklong suka sangat makan MEE MAGGIE. Ni first time mengandung kemaruk sangat rasanya ngan maggie. Tapi taklah hari2, cumanya at least seminggu atau 2 minggu sekali mesti nak pekena maggie, yg best tu perencah asam laksa..perghh..sodap. bukannya tak tau keburukan makan maggie banyak2 ni, tau..tp entahlah, teringin sangat. Cuma apa yg kaklong buat, lepas masak maggie tu, kaklong tapis kuahnya dan makan meenya aje. Kuah dibuang, teringin sangat kuah, hirup sesudu dua. selebihnya dibuang. Tp sblm makan tu duk doa2 gak jgnlah baby ada masalah kesihatan dek pemakanan buruk kaklong ni. Tolong doakan baby kaklong ok ya..

Baby baru

Oh ya, hari Sabtu ( 5 Mei), kaklong dpt anak sedara pupu baru. Boy. ALhamdulillah mama dan baby sihat. Cumanya mamanya kena ceaser la..dah kepala baby saat akhir berpusing ke tepi, walaupun cuba dipusing pada kedudukan asal, tak boleh juga dan ditambah pula mamanya dah penat berjuang.

Tahun ni sebenarnya keluarga belah kaklong mmg murah rezeki ngan baby insyaAllah. Kaklong dan 4 adik sepupu, termasuk sorang yang baru bersalin ni. Jika semua 5 baby lahir selamat, makanya bakal mengulang sejarah 1985. Masa tu 5 cucu dilahirkan (mak kaklong dan 4 mak sedara lain bersalin). Tahun 2007 ni, 5 cicit bakal ada insyaALlah, yang sorang tu dah selamat lahir dah tu. Tinggal 4 orang lain yg berdebar menanti giliran pula. InsyaAllah, kaklong no 4 kot yg melahirkan kalau ikut tarikh due memasing.


Oh ya, jangka kaklong bersalin 12 Oktober (tak salahnya raya pertama huhu). Tapi ikut pengalaman2 kaklong yg lepas, 3 anak kaklong bersalin awal, sorang aje lewat due. Makanya kaklong fikir mungkin yg ni pun lahir awal, minggu akhir Ramadhan kot. Tak tau lagilah, semuanya kerja ALlahkan..yang penting kita berdoa segalanya mudah. Ha..baby kaklong boy or girl? teka..teka..heheeh, kaklong pun tak tau lagi sbnrnya ni sebab tak p routince check lagi bulan ni. Nak tau gak. Dun worry, kalau tau nanti, kaklong story, tak de rahsia2..tak kuasa I nak rahsia2 you hehehe. Tapi..kaklong ikut pengalaman kaklong ni, rasa mcm boy sbb sama kekdahnya macam Aiman dulu, tapi tak taulahkan.

Oklah, sampai sini aje. Tak tau bila lagi nak update. Sungguh ni, mood blogging dah makin pudar. Ni pun duk belajar hilangkan rasa bersalah tak lawat blog kengkawan hari2. Maaf ya, kalau ada mood baru pegang pc. Terima kasih banyak2 atas komen2 yang kaklong tak balas tu, bukan sombong, tapi tulah moodnya terbang entah kemana. Buat entri baru ni mcm ya tak ya aje (tapi panjang lebar gak..apa daaa) Kepada yang baru datang blog kaklong tu, terima kasih banyak2 dan terutama yg tinggalkan komen tu ya. Trimas sekali lagi.

Tuesday, April 24, 2007

Kisah Alah

Salam,

Minggu ni dah masuk 15 minggu kandungan kaklong. Jumaat nanti, masuklah minggu ke 16 pula. Entah napa, mengandung kali ni rasa lambatnya masa berlalu. Mungkin sebab kondisi kesihatan kaklong yang agak teruk bagi kaklong masa minggu 9-12 yang lalu. Minggu ni baru start ok, takde pening2 kepala sangat, tak de loya2 tekak dan rasa pahit payau, angin gastrik pun jarang sangat. Cumanya mmg badan ni terlalu mudah penat. Inilah dia mengandung di usia 30 an ke atas (Ni kali k 3 mengandung dlm usia 30 an). Badan dah sizen kata orang.

Masa minggu 9-12 tu, kaklong rasa suffer gaklah. Sebabnya hari2 sakit kepala yang amat, tu yang jadi nak berbaring aje. Pas tu pulak, sesuka hati rasa demam tu datang. Kalau berbaring atau tidur tu, silap gaya terjaga tidur, sedar2 badan dah panas demam. Loya tekak dan rasa pahit payau tok sah cakaplah. Sampai kena makan asam nak hilangkannya, cuma kekadang tak jalan gak. Tapi saja2 nak muntah memang tak de. Masalahnya pulak, gastrik dan angin dlm badan kaklong menjadi2, setiap hari. Tak kira masa, siang atau malam. Sudahnya, terpaksa jolok tekak untuk muntah, baru rasa lega, kalau tak tu, mmg bertambah sakit kepala. Mmg tak de waktu tertentu keadaan tak sihat ni, pagi ok, petang sampai malam k.o. Begitu sebaliknya. Itu belum lagi penat badan yg teramat sangat, tak tau nape, walhal bukan buat kerja rumah sangat pun. Tapi penatnya masyaAllah. Syukurnya ALia dan Huda (time waktu siang kami bertiga kat rumah) sporting ngan keadaan kaklong, tak buat perangai mana ngan kaklong, takat2 depa bergaduh sesama sendiri tu adatlah.

Bila dah kondisi badan camtu, terus tak daya nak buat kerja2 rumah terutama mengemas dan memasak. Mmg tensyen gak tgk rumah tak berkemas mana. Nak harap cik abe, dia mmg sibuk. malam pun kerja atau dia p kelas master dia. Yang penting dia sporting ngan keadaan tu dan tak de nak marah2, dan tolong bila dia boleh. Makanan pula, lebih banyak beli di luar kecuali ada masa tu badan rasa ok sikit, baru masak. Buat sarapan pun , takat buat sarapan ringan utk anak2. Sarapan berat, biasanya ada waktu yg suami masuk kerja lambat, dia akan pulang hantar sarapan berat utk kaklong. Kami sarapan sama2.

Tapi jangan terkejut, dok tak sihat tak sihat tu, tak jejas langsung selera makan kaklong sbb kaklong tak de muntah2 tak tentu hala. tu yang baru 3 bulan lebih ni dah naik 7 kilo waaaaaaaa.

Kali ni, kaklong lebih sensitif ngan bau termasuk bau tumisan, tapi tak sampailah muntah2. So, boleh lagilah nak masak2 pun tapi masa ni kalau larat nak masak. First time kaklong tak suka ngan bau sabun pencuci pakaian. Pening kepala dibuatnya. Ni dah dua kali tukar jenama. yang terkini boleh tahan sikitlah, tp sesekali tu terasa pening gak ngan baunya.

Yang lucu tu, adalah dlm salah satu minggu tu, suami beli sotong basah, kaklong jadi geli nak nak menyiangnya, tapi sianglah jugak. Nak muntah pun ada. Peliklah mengandung kali ni.


Yang best tu, tengah tak sihat ni, ramai pulak tukang urut dlm rumah ni. Anak2 kaklonglah, sapa lagi. Husna dan Aiman (dia paling rajin volunteer nak urut), mmg tangan depa boleh tahanlah mengurut, rasa lega lepas tu. Tak lah susah2 nak tunggu suami balik nak minta tolong dia. Huda dan ALia pun sama sibuk nak tolong. Tapi Alia, alahai..jari jemarinya kalau mengurut mcm rasa semut jalan atas kulit kita. heheh..tak pelah, kena bagi dia urut gak, kalau tak menangis tak dpt nak urut umminya.

Oklah..nanti sambung lagi.

p.s. terima kasih semua atas doa akan kebahagiaan rumah tangga Kaklong. Amat dihargai, moga rumah tangga kita semua bahagia ya..

Kaklong dah start tinggal jejak kat blog orang, sebelum ni jenguk2 gitu aje..Tapi tak dpt nak ronda hari2 macam dulu. Blog ni pun kaklong takkan update hari2, tengok keadaan diri gak.

Wednesday, April 11, 2007

Lepas gian

Salam,


Nak lepas gian ni...Rindu nak mengganaz blogging tapi keadaan diri kurang mengizinkan. Badan masih on off kurang sihat terutama sakit kepala dan mual2 tapi tak de saja2 muntah2 pun. Dah masuk 13 minggu lebih (3 bulan 4 hari).

Oklah, tak leh lelama ni, dah mula mual tekak. Terima kasih ya atas semua ucapan tahniah dan doa yang diberikan. Amat dihargai.

Ni tak tau bila lagi nak buat entri baru. Wassalam.

Thursday, March 8, 2007

Alah Blog ?

Salam,

Tak leh lelama ni, mengadap pc ni terutama blog buat kaklong pening kepala dan loya semacam.

Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen kat entri bawah ni. Mendoakan kaklong cepat sihat. Amin. Terima kasih banyak2. Sekali lagi maaflah tak jawab komen2 anda. Sebenarnya, dah lama nak bagitau sebab tak sihat ni, sejak kaklong buat entri "Paksa Diri" dulu, tapi duk berbolak balik nak bagitau atau tidak. Fikirkan awal sangat pulak nak bagitau. Tapi ari ni, nampaknya kaklong bukak citerlah. Kaklong pregnant sebenarnya. Dah nak masuk 9 minggu (esok, Jumaat, genap 9 minggu). Kaklong tau hal ni pada hari birthday kaklong (10 Feb), masa tu dah 5 minggu.

Kaklong rasa kaklong tak leh nak aktif blogging dah, mau pun blog hop. Sebelum2 ni, dah rasa mood on off aje nak blogging, tu yang kaklong announce dlm entri "Buat Sementara Waktu"(tak tahu masa ni dah pregnant) . La ni, bertambah teruk pulak rasanya terutama sejak Sabtu lepas. Agaknya kaklong alah blog tak? Tak taulah. Tapi yang pasti, tak leh ingat kat blog sendiri mau pun blog orang lain. Pening kepala semacam dan loya jadinya. Itu style mengandung pun ada ka???

Kiranya dah terjawablah ya semua persoalan. Nani, dah taulah ya napa akak senyum simpul masa baca entri "Good News" awak lama dulu :D. Oren dan Luna, mmg Alia nak dapat adik dah hihi. Azwa, dah terjawablah ya apa sakit saya hehehe.

Pada yang rajin datang ke blog ni, terima kasih banyak2lah sudi datang lagi walaupun kaklong lama tak jengah blog anda. Kalau jenguk nanti pun, belum tentu tinggal jejak sbb tak leh lelama. Ana banyak fening lalatlah..

Ohh..kena stop dah, kalau teruskan gak, mau boleh muntah depan pc ni. Tak taulah berapa lama alah blog ni berlarutan. Ikutkan banyak nak citer, tapi nantilah ya. Pendek kata, tak leh nak mengganaz lagi... eeiii udah2, nak muntah rasanya ni, kepala tambah berpinor :(.