Hari ni, kaklong nak kongsi satu mimpi yang pernah kaklong alami masa sekolah menengah dulu, tak ingat masa tu form 4 atau form 5. Mimpi ni berlaku masa suasana semasa waktu tu heboh dengan ayat2 Quran hilang daripada halaman2 tertentu dlm Al-Quran.
Dalam mimpi tu, kaklong buka al-Quran, tapi tak dan nak baca sebab sebaris demi sebaris ayat dalam surah tu hilang begitu cepat! Bagaikan terkejar2 kaklong nak baca, tapi tak dapat! Dalam masa yang sama ada satu suara halus menjerit2 suruh kaklong baca " Cepat baca ! Cepat baca" (lebih krg gitu ayatnya). Ya Allah, tak tau nak cakap cemasnya perasaan kaklong masa tu. Memang tak dapat nak baca wlw satu baris sebab laju sangat ayat2 Quran tu hilang! Akhirnya kaklong terjaga. Tobat kejap.
Sekarang, dah hampir 17 atau 18 tahun masa berlalu, masih terbayang2 mimpi tu lagi. Apa nak kata ya? Allah nak bagi peringatan pada Kaklong supaya jangan tinggal baca Qurankan? Jangan lalai, tapi tulah, kaklong ni selalu lalai, tak sedar diri. Ada masa tertinggal2 juga baca Quran dalam sehari, cuma harapkan bacaan2 surah dalam solat tu ajelah.
Itulah iman manusia, ada graf turun naiknya. Cuba perhatikan, ada kala dlm sehari tu rajin betul kita beramal ibadah, lengkap ibadah wajib dan sunat, tapi ada hari malasnyalah, hanya harap buat ibadah wajib aje. Kat situ kita boleh agak graf iman kita kat mana hari tu. So kengkawan bloggers semua, meh la sama2 kita rajin baca Al-Quran ya..seram tau mimpi kaklong tu.
Tapi tulah, nak baca Quran ni pun nak kena terbukak hati betul2kan, dahlah bahasa Arab, kita ni orang Melayu, manalah nak faham kot arab tu (Lainlah orang Arab sbb itu bahasa depa) Takat baca ajelah kita ni, pahala memang dapat, itupun dengan syarat tajwid betul, cara sebutan huruf2 tu betul, kalau tak, kantoi. Tapi..ummphh membacanya kureng tau berbanding jika kita baca Quran tu ngan terjemahannya sekali. Hayati terjemahannya tu, maka feelnya akan lebih, dan sedar tak sedar berhelai2 muka surat kita baca sebabnya kandungan dalam Quran tu menarik hati kita, rasa macam dipanggil2 hati tu nak baca lebih lagi, nak tau kesinambungannya. Paling penting kita lebih mengenali ALLAH kan..sifat2Nya, kekuasaanNya, keesaanNya. Kalau betul2 khusyuk baca, time part Allah beritahu pasal nerakaNya, air mata kita boleh mengalir ketakutan, cepat2 berdoa minta dijauhkan azabNya. Kalau baca part Syurga ALlah, kita boleh tersenyum gembira. Berangan dan berdoa moga kita pun boleh jadi member syurga. Kalua baca ttg ciptaan2 ALlah, kita boleh kagum dgn kebesaran dan kehebatanNya. So kengkawan, cadangan kaklong, baca Quran tu biar yang ada terjemahannya sekali, kalau dpt baca tafsir ayat2 tu lagi hebat!.
Tapi mcm kaklong katalah, time graf iman kita menurun (ni kes kaklong la ni), alahai..nak membaca walau sebaris ayat pun malas semacam. Yang kaklong pelik ngan diri kaklong ni. part baca majalah2 kat pasaran tu, amboiiiiii...tak lak boring, bahkan boleh pindah drp satu majalah kat satu majalah lagi tu. Kan bagus kalau kita boleh suka baca Quran tu mcm kita suka baca majalah2 kat luar tu..hmm, iman..iman..di mana kau iman?