Monday, December 24, 2007

Yang Tertangguh dan Terlupa


Salam,


Ada perkara yang tertangguh dan seterusnya terlupa nak dimuatkan dalam blog ni masa tengah tak sihat mengandung hari tu.

Harijadi Aiman Fathi ke 7 : 14 Julai 2007.

Happy birthday Aiman
Happy birthday Aiman
Happy birthday Aiman
-Gambar kandid-
Moga jadi anak soleh, cemerlang dunia akhirat, murah rezeki dan sihat sentiasa serta cemerlang dalam pelajaran.

Sorilah Aiman, ummi tak sihat sangat ari tu nak buat entri, duk tertangguh terus terlupa nak buat entri birthdy Aiman.


Aiman ni happy go lucky orangnya. Susah nak tengok dia serius dalam sehari. Pandai melawak dan pandai juga merajuk. Pandai gak loyar buruk. Ada aje jawapan kelakarnya kalau menjawab kita bercakap. Bagus dalam pelajarannya. Suka tolong buat kerja rumah. Rajin melayan adik2, terutama suap adik2nya makan dan bermain sama2. Tapi dia paling rapat dengan kakaknya. Apa2 yang dia buat atau makan, mesti ingat kakak Husnanya dulu. Adik2 tempat ke dua. Dan buat masa ni dialah satu2nya anak lelaki kaklong. Harap2nya dia akan dapat adik lelaki pula lepas Asmaa. Amin.


15 tahun kematiannya : 20 Jun 2007

20 Jun 1992, tarikh tragedi yang memisahkan kami sekeluarga dengan arwah ayah. Tersentak dibuatnya. Kaklong bagaikan tak senang duduk di tempat kursus sebelum mendapat berita tragedi itu. Siapa tahu ia satu petanda buruk rupanya...Gagang telefon dipegang emak boleh terhempas ke lantai bila mendapat berita buruk itu.

Bagi yang belum mengetahui, ceritanya di bawah ini:



Ulangtahun ke 2 blogging: 17 September 2007

Tak sedar rupanya dah 2 tahun kaklong berblogging. Selama mana akan terus berblogging? Wallahu 'alam. Sesekali ada terdetik untuk berhenti, tetapi sayang pula. Tengoklah nanti.

10 comments:

Mummy Rizq said...

semoga kak long sihat sihat selalu.. bila akan munculnya adik asmaa tu?? hee.. hee...

Kaklong Syikin said...

salam,

mummy rizq: heheh..tak taulah bila tu

Mak Su said...

happi besday kat anak bujang tu, semoga dia menjadi anak yang soleh.

dan berblogging ler selagi tangan nak berkata2, nanti bila tangan dah jemu... blog bersawang ler jawabnyer

aNIe said...

Kak long...salam aidil adha buat Kak Long serta keluarga...

Banyak entry yang tertangguh nampaknya....

Semoga Aiman akan menjadi seperti yang kak long doakan...

Al-Fatihah juga buat arwah ayah Kak Long...

Dan...teruskan menulis kak long...untuk anak2 & kawan2 kak long....semoga apa yang dituliskan jadi kenangan & panduan serta renungan bersama...

MAMAMIA said...

Selamat Panjang Umur Aiman... Rajin anak bujang K.Long ni nampaknya.

Wah, dah 2 tahun blog ni ya? Macam K.Lady cakap, teruskan berblogging..

Anonymous said...

Ya ke kak long nak berenti blogging? Macam tak caya jek.

Unknown said...

owh neh entri yg tertangguh.. epi belated besday utk aiman fathi.. sedap namanya..

Anonymous said...

takyah download ym pun bole..... guna aje web ini http://wwwl.meebo.com/

ummi said...

kaklong, production masih on yek? tabik.. tabik..

Kaklong Syikin said...

salam,


maksu:tq atas ucapan n doa utk aiman. amin.

bab terus blogging tu, sokong apa yg maksu cakap hehe.

K.Lady: betui, byk entri tertangguh. tq sbb doakan aiman dan alfatihah utk arwah ayah tu. pasal blogging ni, betui kata kak lady tu :D

Mamamia:tq doakan aiman. haa..itu masa dia tgh rajin tu :D. blogging pula, tgh timbang kati lagi ni hehe.

Abe ku cayang: hehee..sabor ajeklah.

Lindosh: ya dik, entri tertangguh hehe. nanti awak ada anak, bagi nama pun sedap2 tau. tq

Kak Mins: tq..saya dah tgk dah mlm tadi. kak, akak dah boleh invite saya. ym tu rupanya masih ada lagi hihi.

ummi: production on? hehe..insyaAllah kalau kesihatan mengizinkan.rupanya, makin ramai anak ni, makin seronok plak nak beranak hihihi