Salam,
Di pagi Aidiladha lalu selepas solat raya, Asmaa turut berkorban. Rambutnya la...Sib baik member sporting morting tak menangis langsung masa ayahnya mencukur tu.
Di pagi Aidiladha lalu selepas solat raya, Asmaa turut berkorban. Rambutnya la...Sib baik member sporting morting tak menangis langsung masa ayahnya mencukur tu.
Selepas bercukur tu, barulah kami bersiap2 balik ke rumah mak kaklong dulu dan tengahari baru balik rumah mertua. Dua malam tidur di rumah mertua. Jumaat petang kami hadiri kenduri doa selamat untuk adik sepupu suami yang mengandung sulung. Orang dulu2 buat melenggang perutkan, tapi yang ni tak de upacara melenggang perut tu, setakat doa selamat tak salahnya. Pagi Sabtu ni kami balik ke Gombak semula. Dan seperti tahun2 sebelumnya, ruang beku peti ais rumah ni kaya dengan daging korban.
Sebenarnya, hampir saja kami beraya di Gombak dan tak balik rumah mak dan rumah mertua. Pertamanya mengenangkan Aiman belum pulih sepenuhnya, walaupun dah berani bergerak ke sana ke mari, turun naik tangga rumah tu. Bimbang dia akan rasa kesakitan kalau terhentak2 masa dalam perjalanan. Kedua, petang Rabu tu kaklong tak sihat tiba2. Perut masuk angin dan kepala jadi sakit semacam. Melepek. Siap muntah lagi tu. Dah lama sangat tak kena camtu. Makan panadol dan ubat gastrik. Bawa berbaring. Husna pula tolong urutkan kepala. Sib baik jari jemari dia kuat memicit. Lebih kurang 10 malam baru rasa ok sikit. Ingat nak balik bermalam raya di rumah mak kaklong, tapi tak jadi. Tak de mood nak mengemas pakaian. Masak2 malam raya lagilah tidak.
Tentang Aiman pula, dia dah mula berseluar malam Sabtu hari tu. Punyalah dia seronok, satu rumah mertua dia bising. Kalau tak berkain pelekat aje. Dia pun dah mula mandi sendiri pagi tadi (Sabtu), tapi katanya masih terasa sakit kalau tersentuh kuat kat tempat luka tu. Cuma yang pelik tu, setiap malam dia akan menangis sambil merintih2 sakit. Bila ditanya, dia kata dia tak sedar pun menangis tengah malam. Mengigaulah tu. Tapi dia cakap, dia mimpi kena sunat lagi...Adeh. Bak kata mak kaklong, traumalah tu :) . Tak taulah kot2 malam ni dia akan mengigau menangis lagi.
Penat masih terasa lagi ni. Walaupun keluar daripada rumah mertua pagi tadi, tapi kami singgah di Puchong membeli stok Phyto Fiber. Lepas tu, kami membeli barang2 dapur di Giant Batu Caves. Lebih kurang 5 petang lebih sampai rumah. Lepas maghrib, keluar lagi ikut suami hantar pesanan phyto fiber kat area Damansara. Sesat barat mencari tempat yang dijanji, sudahnya kami berjanji bertemu di luar Restoran Burger King dekat the Curve. Baru tau the Curve kat mana. Malam2 pun sesak kat situ ya? Tak ronda2 pun lepas tu, kami terus balik rumah. Sebelum tu, kami singgah kat restoran Mamak pekena thosai dan roti nan. Lotih mak lotih. Balik pulak buat entri blog. Bertambah lotih mak. Wa chow dulu...wassalaam.
7 comments:
salam aidil adha..
Salam,
Bro. Zino: Salam aidiladha juga
kaklong syikin.....actually kan..untuk sayalah...kegembiraan ialah bila anak2 gembira sakan..macam Aiman tu la....:)
bila anak2 happy, saya happy...
bila isteri happy...saya lagi happy!! hehehe
salam raya..
idham
salam,
Bro. Id:sokong..sokong !!! :D.
salam aidiladha juga. kim salam kat kak lil ya..
adehhh...baca aje program raya kak long pun dah letih..... janji happy. mcm saya ni lepak kat umah aje. mak takder, mak mertua pun dah takder.
saya ni bila raya menjelang...kesedihan pun menjelang sama..nasib ada anak-anak dan suami, terasa gak bahagianya kehidupan ini.
cewah...berdrama sedih plak kak mins
kak long ada YM ker???
mungkin kaklong dah tau tapi tak salah berkongsi kan. kalau kena gastrik, jgn makan pain killer, nanti lagi teruk..
salam,
k.Mins: sebak pula tau akak tak de both moms dah. tak pe, yg penting akak ada family yg bahagiakan..
ummi: tq bagitau :D
Post a Comment