Monday, December 17, 2007

Berkhatan: Kesian Aiman










Sebelum & Selepas




Salam,

Aiman balik daripada berkhatan petang Sabtu hari tu, kaklong ada di halaman rumah. Dia keluar aje daripada kereta terus cakap, "Ummi..sakit" dengan kerut mukanya.

Suami terus bawa dia naik ke bilik atas, tali rapia digunakan sebagai pengikat untuk menggantung kain pelekat dengan spring katil atas (katil 2 tingkat).

Baring aje, dia dah mula mengaduh sakit. Ubat bius dah habis. Siannya dia, menangis2 sakit. Umminya ni sama tumpang nangis, kesian kat dia. tak tau nak buat apa utk tolong dia. Suami pun sampai cakap," nak nangis nangislah. ayah tau sakit. ayah dulu pun sakit juga," lebih kurang gitu ayatnya.

Adalah dalam setengah jam dia menangis2. Sakit..sakit..dia menggongoi. Dahlah member jenis tak tahan sakit, kena camtu lagilah. Suami pun tak bagi kaklong dekat ngan Aiman, sebabnya dia tengok riak muka kaklong yg takut, cemas , campur menangis tu. lagi haru. Suamilah duk pujuk dia. Biarlah, ni hal anak lelaki - ayahkan..

Lepas tu baru dia tertidur. Kata suami, tidur tu cara terbaik untuk dia berehat.

Yang kaklong pulak, sebelum tu secara tak sengaja telah terlihat luka khatannya tu masa nak betulkan cara Aiman berbaring, terus semacam rasa badan kaklong. Berderau darah. Sesak dada dibuatnya. Apa taknya, doktor tu guna cara lama, bius + potong + jahit. Tak balut pula tu. Dahlah kaklong ni mudah ngilu dan ngeri tengok luka2 macam tu. Ni bila kaklong cerita ni, rasa seram sejuk badan. Nak demam pun ada rasanya. Terukkan?

(Gambar tu adalah hamper yang aiman dpt lepas berkhatan: pensil 2 btg, cawan utk stack, cawan milo, buku iqra')

Kesannnya, kaklong jadi takut nak uruskan Aiman sebab takut terlihat lukanya tu. Suamilah yang tolong uruskan dia ke tandas, suapkan dia makan, bagi dia makan ubat antibiotik dan tahan sakit sepanjang Sabtu dan Ahad tu. Suami nak keluar rumah dalam 2 hari tupun kaklong jadi takut dan tak yakin nak uruskan Aiman. Sib baik waktu-waktu suami keluar tu Aiman tidur. Teruk betul, masa berpantang dulu tak delah rasa camni.

Cerita Aiman semula, lewat petang Sabtu, dia dah terjaga dan nak tengok citer kartun. Bawalah dia turun. Sib baik ada buaian besi adiknya, bolehlah tali rapia diikat kat situ utk menggantungkan kain pelekatnya.


Waktu tidur malam, bawa dia naik atas semula. Kesiannya, tengah malam tu pedih lukanya terasa balik, tak boleh tidur lenalah dia. Kejap2 menangis. Suami yang menemankan dia tidur. Tepuk2 dia. Cerita suami, baru nak terlelap, terjaga balik sebab Aiman kejap2 menangis. Kaklong pun selorohlah, ha, camtulah ibu2 yg tak cukup tidur sebab berjaga malam waktu anak2 sakit. Sengih aje suami. hehehe.



Hari Ahad pula, Aiman rehat kat bawah gak. Sib baik dia jenis tak lasak. Baring ajelah. Kalau tak, mau meleleh keluar lagi darahnya. Tapi yang kesiannya si Hudalah, tolong tukarkan channel kartun Astro kegemaran abangnya. Mana taknya, remote control rosak, tu kena guna cara manual. Kejap2 panggil Huda. Sib baik Huda nak tolong abangnya yang sakit tu. Dia ikut ajelah perintah abangnya. Kalau tak... Malam tadi, alhamdulillah dia boleh tidur sampai pagi, cuma sebelum tidur tu dia terasa sakit lagi sikit2.


Petang Ahad pula mak mertua, adik Ipar dan isterinya datang ke rumah. Husna pun balik sama. Seronok tul rasanya. Adik2nya menjerit2 tengok kakak balik. Malam tu pula mak dan adik2 kaklong datang ziarah Aiman gak. Sengih la AIman dapat angpau.


Pagi Isnin ni, suami dah keluar bekerja. Dia sempat pesan camner nak uruskan Aiman, terutama hal ke tandas. Kejap tadi, Aiman nak ke tandas kaklong tolong bangunkan dia, siap tutup2 mata lagi tu takut ternampak luka dia. Aiman tersengih2 tengok gelagat kaklong yang seriau dan takut tu. Entah apa2 kaklong ni. Entah, semacam betul rasanya bila teringatkan lukanya tu..Tapi Aiman dah tau cara nak bersihkan tanpa rasa sakit lepas buang air tu. Oklah, tak perlu kaklong nak tolong cucikan. Mau pengsan den.


Kaklong perasan satu. Aiman jadi berselera makan. Budak lepas berkhatan mmg berselera makan ke? Ada sapa2 berpengalaman bab selera makan ni? Pengalaman sendiri ke, orang lain ke?


Sayang ler pulak Aiman tak mo join acara mandi air bomba. Dia takmo join sebab tak tahan sejuk. Mamat kecik tu mmg mandi air panas aje kat rumah. Sib baik ada shower. Rugilah kaklong rasa, sebab ini peluang seumur hidup sekali. Anggota bomba pun tak mandi air bomba tau!!!!





Nota: Majlis berkhatan diadakan di masjid tempat kerja suami.

9 comments:

ummi said...

ala cian aiman. tapi sekarang dah big boy kan. dah boleh join saf org dewasa masa sembahyang jemaah.

ps kaklong, saya rasa budak2 lelaki mmg bab2 daya tahan sakit ni diorang kurang sikit kot. comparing Kakak dgn Iman lah. Kakak kalau sakit menten diam tak buat hal. Adik dia... masyaAllah, tunggang terbalik semua org lain!

Mak Su said...

ada org kata cara lama lagi bagus

pB said...

kesian nyer ...

rasanya kalau kak pB ada anak lelaki , kak pB nak khatan dia masa dia baby lagi ...
macam baby girl tu ....

boleh ker??

Kaklong Syikin said...

SALAM,

ummi: so far betui la tu..ala, tgk ajelah cik abe kita kalau tak sihat, manja terlajak betul time tu heheh..betui dak?

maksu: mungkin kot. cara lama ni sakit sekali katanya. kalau clamp tu sakit dua kali, waktu clamp n waktu menanggalkannya. tp ada gak yg clamp tu tertanggal sendiri. tp skrg ni rasanya banyk lagi cara moden. yg kami ni ari tu tak tau guna cara lama. kata suami, kalau tau guna cara lama, tak join dah kat situ, p sendiri kat klinik swasta, minta cara moden dan x menyakitkan, bayar ajelah wlwpun mahal.

kak pb: mmg kesian. boleh kak, boleh baby boy khatan time bayi lagi. cousin saya khatankan boy dia sehari selepas lahir.

Jungle Playland said...

Selepas tgk dan baca kisah Aiman nie.. terasa nak buat terus utk Adnan dan Aidan..biar masa kecik lagi senang nak jaga and pantang
kalau baby. Surgeon cakap if baby below 3 months tak yah biuspenuh tapi if above 3month until 3 bius penuh pasal dah gerak pantas

Qaseh Bidadari said...

al-hamdulilah,dah selamat semuanye...

Kaklong Syikin said...

salam,

aidan n adnan's mommy: mmg elok khatankan awal2.

mamaranggie: alhamdulillah

AppleB said...

kaklong, kakak saya boh minyak gamat kat luka anak dia baru2 ni. cepat baik sakit dan pun kurang.

Kaklong Syikin said...

salam,

Ap: oh, ya ke..tima kasih..