Tuesday, November 20, 2007

Kisah Bersalin

Salam,

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, kaklong nak cerita pengalaman melahirkan Asmaa;

Jumaat, 28 Sept. - Kaklong ke klinik sebab contraction terasa di samping gastrik pun ya. Doktor check pintu rahim dah buka 2-3 cm. Jadi kaklong tak dibenarkan balik. Tapi, lepas doktro check pintu tu, contraction hilang pula sampai la ke malam. Malam tu, doktor check pintu lagi. Masih 2-3 cm dan pintu rahim masih tebal. Dia cadangkan induced tablet. Tapi kaklong menolak sebab takut sakit aje lebih sedangkan pintu rahim tak lembut2 juga, jadi nak masukkan drip air aje. Doktor pula tak mau sebab pintu rahim tu masih tebal, dia takut kaklong kena tunggu sampai 7-8 jam baru sakit bersalin. Tak de kata putus, jadi kaklong minta discharge dulu bagi pintu rahim tu lembut ngan sendirinya. Dan doktor setuju sebab tak de tanda keluar lagi, kecuali sedikit darah yg keluar daripada pangkal rahim bila doktor check pintu rahim tu. Ikutkan suami kaklong kurang setuju sebab takut dah balik rumah nanti, tiba2 sakit nak bersalin. Tapi dia ikutkan aje kehendak kaklong. Sebenarnya kaklong pun bimbang gak, tapi hati tu kuat mengatakan belum masa kaklong bersalin lagi.

Hari Sabtu, 29 Sept.- tak de langsung sakit nak bersalin. Tanda darah pun tak keluar dah. Sempat kaklong berbuka puasa ngan dua keluarga mak sedara (adik perempuan mak) yang datang ke rumah mak.

Ahad, 30 Sept. -

11 pagi lbh - Lepas waktu sahur, kaklong tidur semula. Tengah tidur tiba2 rasa sengal lain macam kat bawah perut. slow aje rasa sengal tu. Suami pula dah balik k rumah kami lepas sahur. Kaklong biarkan dulu, tapi agak kerap juga rasa sengal tu. Kaklong bagitau kaklang (adik) supaya get ready utk hantar kaklong ke klinik. Perlahan2 kaklong packing barang dan siapkan anak2, kecuali Husna yang dah balik ikut ayahnya sebab dia nak siapkan homework. Slow n steady kemas barang sambil layan sengal2 tu. Kaklong tepon suami minta dia jumpa kaklong kat klinik (rmh kami hanya 5 minit berkereta aje drp klinik bersalin tu. Rumah mak kaklong pula jaraknya kira2 15-20 minit berkereta)

1 tgh lbh - Lepas zuhur baru adik kaklong hantar ke klinik. Suami dan Husna tunggu kat sana.

2 ptg lbh - baru dpt jumpa ngan doktor. Dia check pintu rahim. Still 3 cm, tapi pintu rahim dah lembut. Dan dia setuju kalau kaklong nak masukkan drip air. Kaklong tanya dia, bila2 kaklong nak masuk wad boleh ke ? Dia jawab ya. Jeng..jeng..masa ni terfikirkan satu perkara. Kaklong teringat yang kami tak sempat shopping kasut raya anak lagi. Maklumlah tak jangka nak bersalin awal 2 minggu drp tarikh due baby. Nak ajak suami p cari kasut anak dulu then baru masuk wad. Kaklong cakap camtu kat doktor, dia tersenyum dan benarkan, sebab dia setuju ngan alasan kaklong kalau ronda2 masa shopping tu, lagi mudah pintu rahim tu terbuka sendiri. Kaklong keluar drp bilik doktor, bagitau tau suami cadangan kaklong. Suami kaklong ikut aje cadangan kaklong. So, dok timbang kati, kami p la shopping kasut raya anak kat JJ Wangsa Maju (masuk area sini, tup tup teringat arwah Nurin..sebak tiba2 masa tu).

Masa duk shopping tu, mmg sengal2 tu terasa la. tapi tak kuat. nak jalan laju, tak larat pula. slow motion ajelah. sesekali suami bertanya sakit atau tidak. Memang tak sakit, sengal aje. Duk melayan kerenah anak beli kasut aduh..alia paling cerewet, sabor ajelah. tak padan ngan umur dia 2 thun masa tu.

6 ptg lbih - masa ni masuk kedai kononnya nak cari baju raya kaklong sehelai, duk belek2 baju tu, tiba2 sengal tu rasa bertambah kuat. kaklong pun slowly kawal pernafasan. Rupanya sales girl tu perasan perubahan kaklong, terkejut dia bila tau hal kaklong. Berani akak, itu komen dia. Akak sengih ajelah. Tak sempat nak beli pun, cepat2 ajak suami balik.

7 mlm - Sampai area rumah, suami tanya nak terus ke klinik or balik rumah dulu berbuka. Kaklong terfikirkan suami, husna dan aiman yang berpuasa tu, kesian pulak depa nak berbuka nanti. Kaklong terus ajak berbuka kat rmh dulu. Suami singgah bazaar Ramadhan beli makanan. Kaklong duk pulun doa dlm hati minta sempatlah depa berbuka dan kaklong pun boleh solat maghrib dulu. ALhamdulillah, tak de apa2 yang berlaku. Cuma sengal-sengal tu masih berterusan. Sempat kaklong jamah makanan sedikit dan solat maghrib. Oh ya, masa ni dah turun tanda darah. Tak pe, solat ajelahkan, pakai tuala wanita, sebab itu bukan darah bersalin, ramai orang konfius bab ni tau.

8 mlm lbh- kebetulan kami keluar rumah tu, waktu isyak dah masuk. Sampai klinik, doktor suruh kaklong solat dulu sebelum nak masukkan drip air. Kebetulan dia baru lepas sambut baby gak. So, kaklong solat isyak dan solat hajat buat kali terakhir minta mudah bersalin. Mengalir gak air mata masa berdoa tu, sebabnya kaklong ni tak tahan sakit. Kemudian, kaklang sampai untuk bawa anak2 kaklong balik rmh mak. Masa duk bersalam dan cium depa ni, kaklong menangis tiba2, sedih memikirkan mungkin itu kali terakhir kaklong jumpa mereka. Mana tau kot kot...Yelah, bersalin ni satu perjuangankan, ada ibu syahid dunia di atas katil labor. Yang tinggal cuma suami yang menemankan kaklong

9. 30 malam lbh kurang - Bidan A datang ke bilik kaklong, sediakan kelengkapan utk masukkan drip air. Sib baik dr. dan bidan sporting kaklong buat prosedur ni kat bilik, kalau ikutkan kena buat kat labour room sebab takut tiba2 nak meneran ke apa.

9.40 mlm- Doktor mulakan prosedur memasukkan drip air.

9.45 mlm - contraction terasa selang 5 minit. Syukur kaklong betul2 ikut teknik kawal pernafasan, so masih boleh bertahan lagi. Sambil tu baca wirid dan zikir Al-Quran dan hadith drp buku, kalau tak salah namanya "Amalan ketika Hamil" (nnti kaklong tunjukkan gambar buku tu, masa ni biras kaklong pinjamlah) dan sempat gak gelak2 lagi bila dengar ustaz dlm program tv "Halaqah" buat lawak. Bidan A datang dan pergi melihat keadaan kaklong dan tanya kot2 nak masuk labor room dah. Dia gelak bila kaklong kata kalau hati kecil berbisik nak masuk, baru kaklong panggil dia.
10.30 malam - waktu terakhir contraction selang 5 minit

10.33 mlm - kaklong terasa contraction makin kerap. Bidan A kebetulan dtg ke bilik dan rasa perut kaklong, bagitau kaklong dah start selang 3 minit. Syukur sangat2 langsung tak rasa sakit pinggang. Allah makbulkan doa kakblong. Terasa nak buang air kecil pula, kaklong bagitau ngan bidan A. Masa kaklong nak masuk bilik air yang cuma 2-3 langkah drp katil, kaklong dah terasa tak boleh nak jalan betul. Lepas keluar bilik air, hati kaklong kuat nak masuk labor room. So, kaklong panggil bidan A dan bagitau dah nak masuk labor room. Dia tanya nak kerusi roda atau tidak, kaklong cakap tak nak. nak berjalan aje. Terus dia bergegas ke labor room bagi tau pembantu kat sana get ready. Kaklong pulak slowly berjalan ke labor room ngan drip air. Sengal makin kerap terasa. Tak sampai pun 5o langkah dah sampa ke sana.

10.45 lbh kurang - kaklong dah baring kat atas katil labor, pembantu dan bidan A pasangkan ctg nak monitor jantung baby. Kaklong cakap kat bidan dan pembantunya, bagitau kali ni tak mo mengaduh sakit2 dah. sempat lagi duk pot pet pot pet ngan depa, walhal sakit tu makin ketara. Teknik kawal pernafasan tu mmg menjadi sungguh, syukur. mmg kali ni kaklong tak mengaduh sakit. masih lagi pegang buku wirid tu, time hilang sakit, cepat2 sambung baca. Mmg kali ni tak de rasa takut, lebih pada perasaan bertenang. Tiap kali sakit tu, kaklong tarik nafas panjang2, berpaut tangan kat kepala katil dan 'serap' rasa sakit tu. ia berkesan.ALhamdulillah.


11.05 - Masih contraction selang 3 minit. Terdengar bunyi pop. bagitau bidan A, dan masa ni bidan B dah ada bersama. Tak lama lepas tu terasa air keluar. Air ketuban rupanya. Tapi kaklong perasan air ketuban tak banyak berbanding dulu. Bidan A check pintu rahim, dah buka 5 cm. Dia cakap mungkin jam 1 atau 2 pagi kaklong ebrsalin. Alamak..lambatnya. little bit down. tapi cepat2 kaklong buang perasaan tu. Teruskan zikir dan wirid. Time contraction giler2 tu datang, cepat2 berpaut tangan kat kepala katil dan buat teknik pernafasan. Tapi berpeluh badan tu tak tau nak cakap. rasa lencun belakang. suami tolong lap2kan dahi tu. bagitau kat bidan B, dia cakap kalau berpeluh badan, itu good sign, jgn rasa badan sejuk lain macam. tak bagus. Depa tolong tinggikan suhu aircond. baru ok sikit. Masa ni kaklong suruh suami pegang buku wirid tu, dah rasa tak larat.

11.30 - Kali ni Kaklong zikir surah an-Nahl, ayat 79, dlm 2 kali rasanya, tiba2 rasa nak buang air besar. Terasa ada benda turun. Bagi tau both bidans. Bidan B nak check pintu. Dia cakap wlwpun kaklong tak mengaduh sakit, tapi gaya kaklong menahan sakit tu, lain macam benar. Dia nak tolong rangsangkan pintu rahim tu, mana tau kot2 jari jemarinya ada magic, boleh bantu pintu rahim kaklong lagi cepat bukak. tergelak kaklong bila dia sebut magic tu. Bila dia nak check aje, rupanya kepala baby dah turun. Dia tunjukkan sign bagus kat kaklong. Terus dia bagitau semua orang, dan pembantu panggil doktor yang standby kat bilik ofis. Kaklong dan suami lagilah lega dan gembira sebab semuanya berlaku dngn cepat.

Kaklong teran sikit dulu bagi kepala baby lagi senang turun. Doktor masuk dan get ready nak sambut baby. Kaklong mula push, masa ni mmg keluar suara la. Itu wajib, hehehe. Zikir ya Latif kuat2. mengucap banyak2. Kepala baby keluar. Tapi kaklong stop bila doktor suruh. Ingatkan dah abih keluar semua, rupanya baru keluar separuh badan. Sebabnya doktor tengok kaklong tahan nafas lama sangat tu yang dia suruh kaklong berhenti teran kejap. Kemudian doktor suruh kaklong push lagi sekali. Maka, keluarlah Asmaa sepenuhnya pada jam 11.40 mlm (ikut jm dinding 10.45 mlm, tp jam tu cepat 5 minit). Lepas tu, doktor suruh push lagi utk keluarkan uri, alhamdulillah keluar semua.

Paling best dapat menyusukan Asmaa dlm labor room tu. Memang kaklong minta nak menyusukan secepat mungkin. Tapi yang haru tu, bila kaklong dah dihantar ke bilik dan sempat sambung menyusukan Asmaa sekejap sebelum bidan A bawa balik ke nurseri, kaklong tak leh tidur nyenyak langsung. Tidur2 ayam aje, kejap2 jaga, kejap2 jaga, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena, sampai 6 pagi lebih. sudahnya kaklong bangun, mandi wiladah. Sib baik ada shower panas. Jam 8 pagi barulah rasa mengantuk sangat dan tak sedar terlelap. Bidan A datang kejutkan nak tanya bagi bila nak menyusukan Asmaa, kaklong surrender minta dia tolong bagi Asmaa susu formula dulu, sebab letih dan mata tak larat nak buka. Kaklong dapat balik sebelah petang tu. Kat rumah, baru bagi Asmaa semula susu badan. Itupun dia macam tak cukup, kaklong mengalah lagi. Terpaksa bagi susu formula . Tapi lepas tu, tak bagi can dah, kaklong terus bagi susu badan sampai la ni.

Nota:

-bagi ibu yang dah turun tanda darah sebelum bersalin, masih wajib solat. Ia dikira darah istihadah. Tapi, setiap kali nak solat wajib tu, kena ganti tuala wanita.

-Mandi wiladah - mandi ni disebabkan darah yang keluar bersama bayi semasa bersalin. Dan darah yang seterusnya keluar, itu dikira darah nifas. Oleh itu, mandi wiladah ni sebaiknya lepas bersalin, cumanya rehatlah dulu.

Mandi nifas pula setelah abih darah nifas. Paling lama darah nifas 60 hari. Tapi kalau lepas 60 hari tu masih keluar darah lagi, kena mandi nifas dan start solat. Darah yang keluar selepas 60 hari tu dikira darah istihadah. Solat tu kena pakai tuala wanita dan disalin setiap kali nak solat wajib yang lain pula.

22 comments:

Mak Su said...

seronoknyer baca cerita pengalaman org bersalin... pengalaman indah kan

amnizam said...

betapa susahnya nak bersalin...itulah pengorbanan seorang ibu...syurga di bawah tapak kaki ibu

Kaklong Syikin said...

salam,

maksu: betui tu, dan kali ni saya tak nafikan paling enjoy berada dlm labor room :D

azamkdh: betui tu :)

KakNi said...

Pengalaman Kak Long ni kira pengalaman bersalin yang lancar, Alhamdulillah, itu semua pemberian Allah.

Bila baca kisah bersalin yang menakutkan tu, dalam hati ni berdoa semoga Allah permudahkan urusan bersalin tu bila time kita nanti.

Saya bukan tak nak mengandung/beranak tapi buat masa ni hubby tak mau. Anak yang kecik tu dah 7 tahun, yang sulong pulak 10 tahun. Anak saya 2 org je setakat ni...

Kaklong Syikin said...

salam,

Ahni: tak pelah, kalau suami tak mahu tu, mungkin ada sbbnya. bykkan berdoa moga dia terbuka pintu hati nak ada baby lagi :D. saya pun tolong doakan sama ya.

Maryam said...

he he... nenek belah mak beranak 13x... belah ayah 10. mak sendiri 10x -- 1 caesarean... tengok video cam serik tapi nak juga merasa... bila? wallahu a'lam. he he

Anonymous said...

Salam Kaklong
Terima kasih kerana sudi singgah di blog. Membesarkan anak 5 orang tu mesti menyeronokkan ya.

Kopi Suam said...

teringat zaman dulu-dulu...bila lagi KS nak masuk labor room lepas ni yek..mudah-mudahan ada lah rezeki

Zareda Norman said...

Kak long
agak agak serik tak nak tempuh lagi pengalaman tu..:)

ummi said...

dua2 anak saya bersalin kena induce jadi saya pun tak tau sakit yang 'natural' tu macamana rasanya. semakin banyak kali mengandung, semakin takut saya nak bersalin, maybe I know what to expect already,.. tu yang takut tu kot.

Anonymous said...

alhamdulillah..rasanya kali nih saya paham betul ngan istilah mandi wiladah dan mandi nifas..sbb masa Mira dulu, tak tau..masa kat najmi baru tau perbezaannya..

Masa bersalinkan Naufal pun, sat je sakitnya..tapi banyak kali gak suh nurse on-offkan aircond..sesekali terasa sedih sebab takde yang meneman..nurse tanya jugak, tapi apalah yang nak saya cakapkan..

Dan baby Naufal jugak paling special antara ketiga2 anak saya, sebab dia, saya yang azankan dan iqamahkan..kalau dikenang semula, memang syahdu dan bleh tangkap leleh wooo....

Anonymous said...

wah syikin... awak ingat segala details masa bersalin?? memang memory awak kuat gila la syikinnnnn....!!

take care! n kiss the baby for me... n hugs n kisses utk anak anak awak yg lain tu...

Qaseh Bidadari said...

kaklong,seram lah nak delivered bb lagi...tp still nak tambah lg sorang je nih...

Azer Mantessa said...

lemah segala urat saraf haku ... baca takat 11 pagi yg awal2 tu ja ... jari dah lemah nak tekan button arrow down ... rasanya kalau baca lagi ... haku pengsan

zino said...

ni kira boleh dijadikan panduan kepada bakal ibu atau yg nak menambah lagi..hehe

MAMAMIA said...

Org perempuan, dah dekat2 nak bersalin, masih nak bershopping mopping lagi....

Seronok baca pengalaman Kak Long.

Macamana sakit masa bersalin sekali pun, the minute tengok baby, terus lupa rasa sakit...

Mommy Lyna said...

tringat masa first time bersalin dulu :)

sume pengalaman lain2 ya.

ILA said...

Salam buat K.Syikin:)
uiiii....
Walau ila dah ada 2 anak..
time bersalin dia org , lain2 pgalamannya.

dah 6 tahun tak der pgalaman:p..
so cerita k.long sedikit sebanyak mbuatkan riak muka ila 'jadi lain'..hihikkk~~

ILA said...
This comment has been removed by the author.
Kaklong Syikin said...

salam,

Maryam: besornya keluarga awak Maryam..heheh..akak doakan ada rezeki awak tu. yg penting sekarang, cari jodoh awak tu cepat2 :D

Ummi365days: ya, menyeronokkan dan memenatkan juga diperingkat mrk kanak2 ni. tak de mrk hidup saya tak keruan huhu..

KS: akak doakan KS masuk labor room lagi lepas ni ya :D

Zar: insyaAllah tidak Zar. bahkan inilah pertama kali saya rasa x serik nak beranak lagi. first time rasa enjoy beranak ni hehe.maybe wirid dan zikir yg saya first time amalkan tu berikan kekuatan dalaman yg subhanallah, tak tau nak kata :D.

ummi: betul tu, bila kita dah banyak kali mengandung lagi takut nak bersalin sbb mcm ummi cakap tula.

Oren: u are really a supermom!!!akak tabik ngan awak. atas segala kepayahan yg awak alami, ALlah mudahkan urusan bersalin awak tu.akak doakan anak2 awak semua jd anak soleh..sejuk perut awak mengandung.dan murah sentiasa rezeki awak anak beranak.
eh, setau akak, kalau suami x dpt temankan, mak kita boleh temankan tau..

Simah: err..ada org lagi terrer drp saya. yg ingat waktu tu sbb jam dinding kat hujung kaki saya tu yg boleh ingat waktunya hihi. ok i'll kiss them

mamaranggie: samalah cam saya, seram dan takut memanjang, tp sedor2 anak dah masuk 5 heheh. ala, tambah lagi la, mesti anak2 mama hapi tu.

Bro.Azer: kalau dah ok urat saraf tu, sambunglah baca lagi ok..:D

Bro. ZIno: hehe..betui tu. tp yg penting asmaa dah besar nanti taulah camner umminya lahirkan dia :D. saya sendiri boleh recall bila dah tua nanti, baca semula kisah mudo2 dulu hihi.

mamamia: berani amik risiko tu sbb jenis pintu rahim lambat bukak..kalau jenis laju tu, terus msuk wad la jawabnya hehehe. mama pun boleh tambah lagi baby. betui tu, dah tgk baby terus hilang rasa sakit tu. tp part rengat tu, mmg tak leh nak katalah..mmg sakit.

MamiHafiy: betui tu ina, lain anak lain pengalamannya...kalau sama aje kureng thrillnya, betui dak ;)?

ILa: betui, lain anak lain pengalamannya. ha, dah 6 tahun jarak tu, bolehlah tambah lagi, dptkan kembar ke :D

Puteri Satu said...

salam kak long syikin...kiranya bersalinkan asmaa ni berjalan lancar ya kak long..alhamdulillah...sakit pun cuma sekejap...cam saya...c-ser..muahahaha..tapi kan kak ..klu c-ser camana..kena mandi wiladah ke kak long? sebab baby keluar ikut tingkat...camana tu kak...???

Unknown said...

berguna tul baca blog kak syikin..saya baru tau psl mandi wiladah tu..tq2..