Tuesday, November 13, 2007

Kembali

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ni (Selasa, 13 Okt) genap 44 hari kaklong berpantang. Makna kata, MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! hihihi. Tapikan, nak bagitaunya, pantang kali ni mmg kaklong lasak betul, banyak berjalan! Bukan saja2, tapi ada beberapa urusan rasmi yang terpaksa kaklong lasak bergerak. Tak pe, bab urusan rasmi ni nanti kaklong akan ceritakan bila tiba masanya.

Bab-bab kerja rumah pun kaklong slowly buat time pantang, terutama masa dah masuk hari ke 25 ke atas, biarpun mak ada jaga; sebabnya bila dah anak ramai ni, memang tak leh nak manjakan diri macam masa anak sulung dan kedua dulu. Takkan nak harapkan semuanya kat mak, mau pengsan kepenatan mak kaklong nak uruskan kaklong dan anak2. Kecuali ada maid, ha bolehlah nak manjakan diri.

Terima kasih ya atas segala petua untuk hilangkan jaundice baby. Alhamdulillah, Asmaa bertambah baik wlwpun ada sikit lagi kuningnya. Doktor bagitau baby yang menyusu badan mmg lambat sembuh betul, bahkan ada yang sampai ibu habis pantang pun ada. Hmm..Huda dulu pun sebulan gak dia kena kuning. Walaupun Asmaa' kena kuning dan kena bermalam dua malam di wad pada minggu kedua selepas lahir, tapi dia kuat menyusu. Selang 2-3 jam mmg automatik dia bangun minta susu hinggalah sekarang ni. Dek kerana jaundice gaklah, sampai la ni kaklong tak jamah walau sebutir jamu bersalin, minum air herba apatah lagi. Tapi kaklong pastikan kaklong makan multi vitamin setiap hari dan bertungku sampai hari ni. Lagi satu, untuk elakkan sembelit, kaklong minum phyto fiber, alhamdulillah tak de masalah sembelit. Tunggulah Asmaa sembuh betul, baru kaklong makan jamu.

Syukurlah Asmaa ni jenis tak meragam. Yang penting dia kenyang susu. Pastu dia tidur dan bangun bila dia rasa lapar. Dan sambung tidur balik. La ni, berat dia dah 4 kg lebih (lahir dulu beratnya 2.8kg). Oh ya, dia dah mula pandai tersenyum. Masa umur dia 4 hari dia dah pandai angkat kepala. Dan masa di wad neonat dulu, doktor pun terkejut tengok Asmaa' boleh mengangkat kepalanya masa ditiarapkan ketika fototerapi. Dia pun tidur lasak, kalau tidur tu, kepalanya mesti selalu melurut daripada bantal. Dia ni kuat meneran gak. Kata orang tua2, teran daging...maknanya meneran tu nak cepat besar. Nanti kaklong masukkan gambar dia yang terkini, masih x pindahkan lagi drp digital kamera. Dek kerana dia ni menyusu badan, makanya dia ni dah boleh mengiring badan ke kiri ke kanan, pandai mengalih kepala mengikut arah suara yang dia dengar. Syukurlah dia tak mudah menangis terkejut kalau dengar bunyi bising2, faham2 ajelah kalau anak kita ramai, rumah memang riuh rendah ngan suara budak2. Agaknya dia dah biasa sejak dalam perut dengar riuh rendah kat luar, hihihi.

Anak2 kaklong yang lain memang excited giler ada baby baru ni. Kalau boleh nak dibelek Asmaa sepanjang masa. Syukurlah Alia tak jeles ngan adiknya, sayang lagi adalah. Dia suka sebut "ala chayang..chayang...nak shushu ya.." bila tengok adik dia merengek nak susu. Dia tiru ayat kaklong la tu. Lagi satu, dia suka dekat2kan mukanya ke muka Asmaa, risau dia terjatuh atas asmaa aje. Yang si Aiman pulak, suka sangat cium adiknya, bila ditegur, dia bagi alasan bukan nak cium adik, tapi nak nak bau aje..sabar ajelah. katanya baby bau wangi. Yang si Huda pulak, suka tatap muka adiknya lama2 sampai nak berlaga kepala tu. Lagi satu, dia suka genggam tangan Asmaa dan goyang2kannya. Risau takut terkehel tangan Asmaa dibuatnya. Husna pulak, suka cium kepala adiknya...Hmm.. pendek kata, Asmaa' ni sentiasa kena ditengok selalu sebab risaukan kakak2 dan abangnya terpenyekkan adiknya. La ni, mmg kaklong letakkan Asmaa' kat bilik aje, so taklah depa duk mengadap adiknya memanjang, sebab depa takut naik ke bilik sensorang. Bab minta tolong berkaitan ngan baby tak jadi masalah, berebut lagi adalah terutamanya Huda ngan Alia, selalu berebut nak amikkan kain baju baby time nak salinkan si Asmaa sampai bergaduh2 jadinya. Kaklong gak yang jadi pengadilnya..sabar ajelah.

Oh ya, bab tekanan darah kaklong rendah, alhamdulillah ok dah. Memang kaklong makan apa saja yang membantu menstabilkan tekanan darah, macam kerang, hati, paru dsb. Syukurlah mak dan mak mentua kaklong sporting bab makanan dalam berpantang ni. Ikut rasa badan kata orang, kalau tak kena gatal2 tu, oklah boleh makan. So, jangan terkejut kaklong makan laksa time pantang ni tau hihi. tapi kaklong pastikan belacan tak de atau sikit aje dalam kuah laksa tu. Biskut2 raya pun kaklong makan, ketupat sebat aje, lauk pauk raya yang boleh dimakan belasah gak. tapi yang pasti, makanan2 jenis sejuk mmg kaklong elakkan terutama yang boleh menyebabkan gastrik. Dan time pantang ni minum air suam tu mmg sedap sangat rasanya.

oklah, dah panjang lebar ni, nanti citer lagi. Terima kasih atas komen2 kalian kat entri2 sebelum ni, insyaAllah, kaklong akan mula jengah blog kengkawan perlahan2. Oh ya, nanti kaklong buat entri khas pasal hal bersalin ari tu.

Update:

Al-fatihah buat arwah suami sis D yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Moga sis D dan anak2 tabah meneruskan kehidupan mereka selepas ini.

15 comments:

Alinlai said...

la...dah lepas pantang ke? kejap je kan... boleh le buat masak lemak cili padi ketam/ udang/ ayam ke ke ke... senang le ramai yang nak menolong jg adik... sonang kojo omaknyo :)

NJ@Goboklama said...

teringat masa brpantg dulu. Kononnya tunjuk rajin nak mmbasuh kolah,pastu rasa seram sejuk seluruh badan,hihi...Kena marah mak le apa lagi? Dulu nak namakn anak Alia juga tapi dah 7 bulan doktor kata boy,namakn pula Arif :)

Anonymous said...

wah..alhamdulilah..akhirnya kak long dah pon habis pantang...syukur...nanti kak long hapdet pict bb asma k!

AppleB said...

salam kaklong,

lama tak masuk sini. rupanya dah abis pantang ehheeheheh. comel la baby Asmaa..geram rasa nk cubit2 ahaahahhaha. anyway tahniah kak.

Anonymous said...

dah habis pantang kena jaga kesihatan juga...jangan main hantam makan ye...anak saya yang kecil dah umur 10bulan tapi kalu isteri makan laksa dia akan rasa sakit badan......

Sastri said...

dah habis berpantang ya... hmm... sas tak bole imejin camana la kalau sas yang kena tu... dahlah nenek sas sangat 'strict' bab pantang ni... dengan jamu, pepes, bengkung, makanannya lagi... isk isk...

Ayu Mohamad said...

Salam kak...
Hmmm dah selamat yer.. sonoknya baca.. kak.. saya pon suka bau baby.. mmg suka sangat
dari zaman saya jaga adik2 saya sampai sekang.. cuma blom ada rezeki lagi nak cium bau baby sendiri... takpe.. satu hari nanti pasti ada rezeki saya dan kwn2 yang lain juga.. aminnnnnnn

WRA said...

salam Syikin...
Banyak bergerak waktu pantang OK tapi kena ada cara dia ye tak? hehehe...
biasa la, akak risau betul tengok & dengar org pantang tapi lasak-lasak...kekeke...

memang baby baru musti kakak2 abang2 depa suka punya...satu hikmah la tu kan?

Azer Mantessa said...

salam,

saya tak pantang ikut hari
saya pantang ikut jari
clear saja ... 'on'

err ... sori3x

salam aidil fitri
maaf zahir batin

alfatihah buat suami sis D

Al Fatihah ...

Cik Tat said...

ramainya nak tolong jaga adik...

sedap kan bau baby..tambah2 yang menyusu badan..

RaFFLeSiA MeRaH said...

mane gambar asmaa yg terbaru kak? sy skrg ni ngan baby suka sgt tgk....tomey jerrrrr....alhamdulillah anak2 akak suka kat adik dia....

Anonymous said...

wah cerdasnya asmaa! hafiy malas alih kepala , dia cume pandang dgn mata dia je.

nt k long ltk gmbr asmaa yer.

Zareda Norman said...

dah 44 hari ek.. kejap aje kan.. zar dah 3 bulan operate pun masih pantang lagi.. kalau makan pun rasa rasa jer.. sekarang ni ada ler makan sikit sikit..

Nanti jangan lupa letak gambar baby

aNIe said...

Kak long alhamdulillah dah abis berpantang...dan syukur baby Asmaa pun sihat walafiat dah...moga kaklong akan kuat dan sihat seperti sediakala....

Kaklong Syikin said...

salam,

Alinlai: ha tu la kan, tak sangka masa berlalu cepat sekali. eh, semalam saya buat ikan keli masak lemak cili api tau..tp x berapa pedas la..

qisst: wah..terrernya awak sampai basuh kolam. saya pun tak seberani tu. tak pe, simpan nama alia utk next baby pulak, mana tau ada rezeki dpt girl nanti.

Mamaranggie: alhamdulillah.tu yg hepi tu. cuma tak leh lasak sangat2 lagikan..takut bentan pulak.

AP: tq so much. hehe..cubit jgn tak cubit. insyaAllah, awak pun akan ada bb gak nanti.amin

Azamkdh: alahai, kesian kat anak tu. sampai camtu jdnya ya? baru tau. tq atas nasihat tu, insyaALlah mmg jaga kesihatan ni.

Sastri: kalau ada org jaga betul2 kita ni time pantang, mmg bagus sangat..cepat baik dan cepat kurus. cuma tak tahan part tahan makan tu la, yg lain ok aje insyaAllah.

Ayu: amin..awak akan ada anak sendiri, insyaAllah.jgn tensen2 tau.

Kak Wan: ha betul kak, nak lasak kena ada caranya. mmg ada hikmah kak, paling senang nak minta tolong depa kalau berkaitan ngan bb, berebut lagi nak tolong.

Bro. Azer: heheh tak pe, yg penting bukan dlm waktu haram.

The Singa: satu part mmg untung, tp yg tak best tu ramai nak kacau, kita yg penat mulut duk melarang. Bau bb mmg best, tp tak best time dia termuntah huhu.

RM: heheh..wah lum kawin ni perasaan keibuan dah terserlah..bagus bagus..awak akan jd ibu penyayang nanti akak doakan ya

Mami Hafiy: tak pe, nanti bila dia bersedia, dia akan alih kepala la tu

Zar: Take care Zar . harapnya lepas ni tak kena apa2 operation dah.

K. Lady: ha, mmg lega kak dan tq atas doa tu :D