Tuesday, September 11, 2007

Menjelang Ramadhan

Salam semua,

Di bawah ini adalah forward email yang kaklong perolehi;

Malaikat Jibril pernah berdoa menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, sempena kehadiran Ramadhan dalam minggu ini, Kaklong mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog ni yang setia berkunjung tanpa jemu dan juga pembaca senyap kalau posting2 kaklong ada yang menyinggung perasaan, kalau ada komen2 yang tak berbalas tu dan kalau kaklong lambat atau jarang menjengah blog kengkawan lain.

Moga puasa dan jenis ibadah2 lain dalam bulan Ramadhan tahun ni adalah lebih baik daripada tahun2 yang lepas. Amin.

17 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

sy pun amik kesempatan gak kat akak nak mintak maaf, moga dipanjangkan umur kita yerr....

ILA said...

Salam wat kak Syikin yg di sayangi..
(ishhh..mcm nak wat surat jerkk:p)

Alhamdulilah..Ramadhan bakal berkunjung..
Semoga bulan yg baik
lebih di bukakan hati
untuk mentafsirkan diri.
Terima kasih di atas nasihat
yang tak berpenghujung..
buat kak Syikin dari ila yg jauh di sini...

Kaklong Syikin said...

salam,

RM:samalah kita ya. 0-0 :)

Ila: heehe, awak ni mmg suka bersastera. sama2. untuk awak juga atas berkongsi cerita. amat dihargai.

Anonymous said...

salam kak long,

slamat nyambut Ramadhan.

kita skg ni mmg hampir tiap2 mlm sakit pinggang, b4 ni xpenah pon. ms awal2 nk tido tu OK, tgh2 malam sampai tebangun2 sal sakit sangat. tambah plak ngan braxton hicks tu. nak g ngurut ke apa, xkenal org. ni igt nkgi wat fisio kat spital karang ni.

2 hari dah xgi keje. hehe. xlarat beta.

cikdinz said...

sy pun nak minta ampun dan maaf sekiranya ada menyinggung perasaan kak long....

Kaklong Syikin said...

salam,

MommyA: kalau tak kenal org pandai mengurut, eloklah p ke spital. rehatlah cukup2 ya. tak pe mc 2 hari. nak wat camnerkan..

cikdinz: yelah. samalah 0-0 ya.

maklang said...

sama2 bermaafan sempena bulan yang baik ini..

13may said...

selamat berpuasa KakLong :)

Mak Su said...

Kak Long, mak su pun nak minta maaf ler kalu ada terkasar bahasa di arena blog ini ya

Anonymous said...

kak long,

tadi pegi klinik tu doktor suspected sakit2 pinggang tu sal kencing kotor. dia kasik antibiotik & suh minum ayaq byk2. so far alhamdulillah, tak sakit dah. hehe.

mmg sbb kurang minum kot duk sakit2 ni. pasalnye.. malas ulang alik toilet. bole x...

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan Kaklong,

Selamat berpuasa :)

Jaga kesihatan juga.

IKHWANI said...

bagus ingatan ni...salam maaf dihulur..

Ramadhan Kareem to you and family.

MAMAMIA said...

Akak pun minta maaf kalau ada tersalah komen.

Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih sempurna.

NBK466 said...

Ingatkan nak raya jerk baru minta maaf.. Kalau gitu den pun samolah yo..maaf Pn President & selamat berposo juo utk seisi keluarga..

Anonymous said...

salam ramadhan 2 kaklong & family. :)

MOKCIK AZWA said...

Syikin,

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, maaf zahir dan batin jika ada kata2 yang menyinggung perassan selama ini ek.

Semoga puasa kita selamat, dan selamat bersalin kelak, InsyaAllah..

Kaklong Syikin said...

salam,

Azwa, Aidura,nbk, mamamia,sis OO,Bunga Rampai, Maksu,13May & Maklang: samalah ngan saya juga ya. moga kita jalani ibadah ni dngn penuh keimanan.

MommyA: oh..gitu kisahnya. la..jgn suka tahan buang air, takut kena batu karang nanti, satu hal pula.