Wednesday, September 12, 2007

Bermalam di Wad

Salam semua,

Terkejut dengan tajuk entri di atas? Ya..malam tadi (Selasa malam Rabu) kaklong terpaksa bermalam di wad. Kenapa? Sebabnya tengahari Selasa semalam kaklong kena contraction yang agak kuat dalam masa 2 jam hingga terasa sakit semacam kat bawah perut dan nafas jadi pendek2, rasa macam nak bersalin pun ya. Masa tu duk sibuk berkunjung ke blog kengkawan yang mana sempat.

Suami hantar kaklong ke GMC. Bidan yang bertugas pun cakap contraction kaklong selang 5 minit masa tu. Syukurlah bila diperiksa pintu rahim ia masih tertutup rapat. Lega betul tengok glove bidan tu tak de tanda2 darah langsung. Kalau ada darah, tandanya dah buka 1 or 2 cm ikut pengalaman kaklong yang lepas2. Kalau kaklong bersalin semalam (Selasa), kesian kat baby sebab paru-parunya masih belum matang dalam tempoh 35 minggu ni. Nanti kena masuk incubator jawabnya. Buat ctg, alhamdulillah jantung baby ok.


Atas arahan doktor, kaklong ditahan wad supaya dapat berehat semalaman. Kaklong kena makan ubat sebiji setiap 15 minit ( semuanya 6 biji ) dalam tempoh 1 jam suku petang semalam. Tujuannya untuk mengurangkan contraction yang kuat tu. Dan Kaklong kena suntik sebanyak 2 kali : petang semalam dan jam 2.14 pagi Rabu. Tujuannya untuk mematangkan paru2 baby takut dalam tempoh 2 minggu ni Kaklong bersalin pula sebab belum genap 36 minggu ( 9 bulan) pun.


Kalau bersalin juga dalam 2 minggu ni, at least paru2 baby dalam keadaan ok. Tapi kalau boleh, biarlah sampai usia kandungan genap 36 minggu. Doktor pun cakap, dapat lepaskan minggu depan jadilah, sebabnya Jumaat ni kandungan kaklong masuk 36 minggu (9 bln). Dan Jumaat depan pula masuk 37 minggu, jadi kalau baby nak keluar selepas Jumaat depan tak mengapalah sebabnya paru-paru dia dah elok matang.


Alhamdulillah, lepas makan ubat petang tu, contraction dah hilang dan kaklong dapat tidur nyenyak. Petang tadilah kaklong discharged. Malam ni, lepas suami pulang solat terawikh, kami akan balik rmh mak kaklong untuk kaklong berehat di sana, sekurang2nya hingga penghujung minggu depan. Sebab rumah mak tu tak de tangga bagai, rumah kaklong ni bertangga. Ni kes nak elak baby keluar cepatlah ni, sebab kepalanya mmg dah kat bawah cuma masih agak tinggi sikit. Turun naik tangga ni membantu baby lebih cepat turun ke bawah, bimbang terbersalin awal aje.

Dan untuk kesekian kalinya blog ni takkan diupdate. Rumah mak takde internet. Selamat berpuasa semua. Jalaninya dengan penuh kesungguhan. Syaitan dah dirantai tapi hawa nafsu kita tidak dirantai. Tidak hairanlah ramai yang masih gagal untuk berpuasa kerana tak kuat berperang dengan hawa nafsu. Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan ini. Na'udzubillah.

25 comments:

Anonymous said...

kak long,

take care ye.
semoga k long & baby selamat sumernya

:)

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...
This comment has been removed by the author.
Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

erm...kak long jaga diri lek lok ek...sorg lagi khalifah nak lahir nie...x sabar lak...(saya lak yg lebih)hehe....semoga kak long sihat b'sama2 baby n keluarga....lawat2 la blog saya ek..n hopefully dpt bg 1 2 nasihat dan pendapat supaya sy pun b'jaya...thanks...erm...
SELAMAT BERPUASA....

mki said...

السلام عليكم

Selamat berpuasa. Semoga sempurna hendaknya!

D said...

Semoga Kak Long dan baby selamat, berkat bulan Ramadhan, insyaAllah...

Mak Su said...

tabah ya.. dan salam ramadhan

Sastri said...

kak long, jaga diri dan baby yea... berehat la banyak2... ceria2kan diri selalu... salam Ramandhan kak...

Alinlai said...

syikin,
selamat berpuasa :) dan selamat berpantang lepas ni... insyaAllah ok semuanya

MOKCIK AZWA said...

Syikin,

Lahai..jadik pengunjung setia wad pulak awak ye..lepas satu, satu dugaan mendatang. Alhamdulillah setakat ini tak ada apa2 kan. Agaknya baby tu dah tak sabar nak beraya kut hehehe

anyway semoga Syikin dapat rehat secukupnya di rumah mak nanti. Gagah lagi ker nak posa nie???

NJ@Goboklama said...

semoga selamat semuanya,amiinn...

ILA said...

Aduhaiii..Kak Syikin ku..
bgitu banyak dugaan yg kau alami
sepanjang kandungan kali ini..
namun ila percaya, kekuatan dan semangat mu melebihi segalanya..

NBK466 said...

Sorang lagi blogger bersalin bulan Ramadhan... Didoakan selamat semuanya...

aNIe said...

Selamat Berpuasa buat Syikin...moga Syikin akan lebih tabah menghadapi dugaan ALLAH di bulan mulia ini...

Take care Syikin...begitu juga dgn baby moga sentiasa sihat....dan moga syikin akan bersalin dengan selamat...

tee said...

salam ramadhan buat syikin sekeluarga. semoga semuanya selamat.

zino said...

selamat berpuasa..

Kak Teapot said...

lahai ye ke kak long? toksah laa aktif sangat pasni ek..bawak2 lah berehat tapi kannn..camner la nak rehat klu anak2 yg lain sibuk berderet nak bertenggek kat kita mase tgh peknen ni kan?

sabor jek laa!

cikdinz said...

take care kak long.
semoga semua nya selamat....

RaFFLeSiA MeRaH said...

slmt berehat yer kak...jaga diri baik2, mudah mudahan dipermudahkan segala urusan akak dan slmt melahirkan baby comei akak, nanti dah bersalin, tayang gambar baby tauuu....nak tgk arrrr...

Titicaca said...

semoga segalanya selamat dan dipermudahkan urusan, amiiinn..

Helena said...

semoga kak long dan baby dalam perut selamat..... take care yer....

Qaseh Bidadari said...

semoga kak long dilimpahi rahmat dr-NYA...dan dikurniakan bb yg comel nanti...

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

moga selamat semuanyaaa

13may said...

jaga diri KakLong :)

Mulan said...

ramadhan kareem to u..

tak lama ladi tu.. syoknya..!! nak nya la satu lagi.. take care ya..

Anonymous said...

Salam Kak Long,

Jgn risau. Si Akif dilahirkan masa hanya 32 minggu. Alhamdulillah, sihat walafiat.