Friday, September 7, 2007

Apa nak cerita ya?

Salam semua,

Adoption stories

Kaklong baru lepas menangis tadi..kenapa ya? Sbb baru lepas menonton "Adoption Stories" channel 77, kisah ibu muda yg terpaksa berpisah ngan anak k2 nya 3 hari slps melahirkan demi memastikan babynya dpt kehidupan yang lebih baik. Dia n suami mengalami masalah kewangan terutama suaminya yg masih mencari2 pekerjaan hinggakan mrk hampir nak berpisah, tapi memikirkan nasib anak sulung yg akan hadapi kehidupan x stabil lepas perceraian nanti, mrk x jd bercerai, sbliknya amik keputusan serahkan baby k 2 tu pada sepasang suami isteri yg belum mempunyai anak dan golongan berada pula. Berjurai2 air mata kaklong tengok part si ibu berpisah ngan babynya di airport, air mata ibu tu sendiri tak dpt ditahan2, lama dia dukung dan belai pipi babynya tu. Dan ciuman kasih si ibu meruntun hati kaklong. Camnerlah dia beroleh kekuatan emosi utk ber'pisah' ngan babynya tu. Nak buat camner, keadaan memaksa. Tapi syukurlah teknologi boleh 'menyatukan' ibu n anak yg berpisah jauh tu, si keluarga angkat bermurah hati dengan selalu menunjukkan web cam baby pada keluarga asalnya.

Kaki

Kaki kaklong camner pula? Alhamdulillah, hari ni adalah hari k3 x salahnya kaklong x pakai topang kaki langsung!!! Kaklong dah boleh berjalan macam biasa, tanpa berdengkot2 lagi. Cuma sesekali tu jalan berdengkot gak, sbb dah terbiasa jalan camtukan. Alkisahnya, kaklong p berurut ngan Kak Normah (03-61851925) di Taman Selasih Fasa 1, Gombak pada pagi Rabu lepas. Dalam 1 1/2 jam dia urut drp pinggul ke hujung jari tu. Dia 'bongkar'kan mana urat berselirat, kembang bagai. Mmg sedaplah rasanya, biarpun mengaduh sakit dan berkeriut gak sesekali. Maklumlah ni kali pertama mengurut sejak terseliuh aritu. Alhamdulillah, nampaknya serasi urutan dia ngan kaklong. Tak perlu ada urutan susulan, kecuali kalau saja2 nak dtg lepas tu bolehlah. Murah pun ya juga, RM 30 inggit aje untuk urutan ni. Bukan takat urut seliuh aje, urut bersalin pun dia buat. Tapi kena amik n hantar dia baliklah sbb x de kenderaan sendiri. Kalau lelaki nak berurut pun boleh, tapi syaratnya bawa isteri or ahli keluarga perempuan samalah (bagus ni nak elak fitnah). Yang seronok tu, mengurut kat rmh kakak ni ada privasi, sbb ada bilik khas, x de la kat ruang terbuka. Oh ya, setiap jenis urutan tu upahnya berlainan tau. Kena tanyala berapakan regenya dan kat bilik urutannya pun ada ditampal siap2 upah mengurut tu. Oh ya, nak mengurut ngan dia, kena wat appointment dulu, biasanya waktu kita mengurut tu mmg x de orang lain la. So dia pun mengurut tak rushing sbb mmg betul2 tumpu kat kita.

Baby

ALhamdulillah, minggu ni masuk minggu k 35. Debornya makin bertambah. Selasa malam Rabu lepas mmg mendebarkan sbb, start 8 malam lbh hingga jam 3 pagi, kaklong kena mild contraction selang sejam. Risau betul sbb takut kalau keluar sekarang, baby baru 8 bln lebih, belum matang betul lagi. Takut masuk incubator aje nanti. Doa pun x putus minta dia tak keluar cepat. Tapi standby gak siapkan barang baby dan kaklong sikit dalam bag kot2 nak kena ke klinik bersalin malam tu. Tapi syukurlah kaklong boleh tidur nyenyak. Laa..ingatkan stop dah contractionnya, rupanya jam 7 - 9 pagi tu kena lagi contraction selang sejam. Tapi suami cakap, pergi urut kaki dulu, then sakit sangat terus ke klinik lepas tu. Alhamdulillah, contraction berhenti. So, sampai sekarang dia masih duduk dalam peyut umminya lagi lagi la. Minggu lepas, p antenatal check-up, dokt. bagitau kepala baby dah elok kat bawah. Ya Allah, minta dia keluarlah bila masanya sesuai nanti. Amin.

Rombongan Sekolah

Tiada apa yg melegakan hati kaklong bila Husna dan Aiman selamat pulang ke rumah setelah mengikuti trip sekolah ke destinasi masing2 pada hari Rabu lepas (Isnin-Rabu cuti sempena UPSR). Aiman (Drjh. 1) ke Zoo Negara dan Husna (Drjh. 2) ke Galeri Perdana dan Aquaria KLCC. Kes kehilangan Adik Nurin sampai sekarang belum bertemu cukup meresahkan. Kaklong duk pesan tak sudah kat anak2 sejak beberapa hari sblmnya hinggalah pagi nak pergi (ummi depa ni mmg pakar leter satu dan pakar pesan memsan satu hehe..kekadang berkerut dahi ayahnya kalau mendgr). Kaklong pesan ikut aje arahan cikgu, jgn senang2 ikut ajakan kawan nak berpisah drp kumpulan, jgn jauh drp guru, jgn ikut ajakan org x dikenali bla..bla..bla..siap kaklong bagi contoh kes Adik Nurin lagi Kaklong pun bagi depa sorang sehelai kertas informasi no tel. hp kaklong, suami dan guru kelas mrk, nama sekolah depa, alamat rumah dan no. tepon rmh kaklong, in case la depa terlepas drp cikgukan. Doa mmg tak putus minta anak2 selamat pergi dan pulang. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.


Kesiannya Nurin tu, dahlah kaklong difahamkan dia ada penyakit. Moga Allah gerakkan hati org yg menyimpan/menjaga Nurin utk memulangkan kembali pada keluarganya.

Kepada adik2 yang ambil UPSR, kaklong doakan selamat berjaya. Hmm..napelah saban tahun ada ajer report pasal kemungkinan soalan bocor ni ?

22 comments:

Anonymous said...

kak long... kita dr ckp tulang2 kat area bawah ni dh stat regang nak bukak lorong utk pala baby engage, tu yg skg sakit pinggang yahamat.

dah r doktor expect kuar awal ni sal dia berat, xpadan ngan body kita. huhu. jgnla... at least biar la sempat blk kampung. huhu.

Eddie Putera said...

kaklong, weekend ni buat apa lak ? tak pergi jalan jalan ?

Sastri said...

hmmm.... nak urut kaki gak... cuma tak jumpa lagi kat mana tempatnya... kak long take care ya...

Kaklong Syikin said...

salam,

MommyA: yelah, anak sulungkan baru nak ada 'jalan'. tp drp sekrg doa sentiasa supaya masa bersalin nanti x de sakit pinggang langsung. insyaAllah x sakit pinggang.

Bro. Adiejin: x tau lagila..kami ni jenis jarang plan awal2, takut x jadi..biasanya on the sport aje plan tu on hehe.

Sastri: cubalah kat kak normah ni, mana tau serasikan. Awak pun sama jaga diri.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Bakal baby Syawallah ni ekk... :)

WRA said...

alhamdulillah...kaki syikin dah makin pulih....
biasa la kot anak belakang2 ni, contraction tu macam cepat jer terasa...tapi warning signs ajer tu...insyaAllah....selamat la ya?

Kaklong Syikin said...

salam,

Blackpurple: hehee..gitulah gayanya, tp ikut due datenya akhir ramadhan baru keluar :D

Kak Wan: lega kak sbb dah boleh jalan cam biasa. bab contraction tu, betui agaknya. Amin..moga selamat semuanya :D

Ummi said...

salam,

ummi selalu pegi urut. ada sorang mak cik kalau dia mengurut mmg lama, lebih kurang 2 jam. sakitnya Allah je yang tahu. segala jenis urat yang bersimpul dicarinya. tapi best!

semoga semuanya selamat!

D said...

Sorry lama tak tinggal komen... ada datang ziarah, check gambar baby tu ada tak - kot la terlepas lama pulak berita kaklong bersalin! Pohon pada Illahi semuanya selamat dan dipermudahkan nanti...

Kaklong Syikin said...

salam,

UmmiBatrisya dan d: amin..moga saya mudah bersalin :D

Anonymous said...

ye la agaknya. 2-3 hari ni mmg galak betul, terasa sengal2 je kat pinggang. arap2 semuanya dpt yg terbaik la utk kita2 kan kaklong?

Kaklong Syikin said...

salam,

mommya: betul tu. kita doa ajelah sentiasa :D

Bunga Rampai said...

Salam,

Alhamdulillah, segalanya baik terutama kaki Kaklong tu.

Semoga dipermudahkanNya untuk Kaklong bersalin nanti.

Moga bersalin 1 Ramadhan, cantik tu:) amboi, saya pula yang menyibuk dan seronok ... hehe

Ku Keng said...

Semoga afiah dan Ramadhan Karim

Azer Mantessa said...

semoga kaklong dan baby selamat seadanya ... amin

tu jgn lupa, bila contraction dah mula obvious ... terus gi spital. bila nak bersalin ... contract jer ... teran ... lagi sakit teran lagi ... supaya senang bersalin.

insyaAllah.

MOKCIK AZWA said...

Alhamdulillah Syikin dah semakin beransur pulih keadaan kaki tu ya. Semoga bila dah semakin dekat tempoh nak bersalin, kaki semakin baik keadaannya. Baby pun makin aktif ya...agaknya tak sabar nak kuar melihat dunia dah tu..semoga dipermudahkan segalanya buat Syikin...aminnn...

Anonymous said...

kak long, selamat menyambut ramadhan

NJ@Goboklama said...

bestnya dpt diurut2. Tahniah sbb dah sembuh & good luck utk kelahiran mendatang,tak sabor nak nengok anak kaklong. :)

Anonymous said...

saya buleh mengurut tapi takde org pulak yg buleh mengurut saya :(

Kopi Suam said...

salam, kak long...
semoga semuanya ok..semoga baby dan mummy sihat2 belaka..selamat menyambut Ramadhan.

MAMAMIA said...

Salam Kak Long,

Tajuk "Apa nak cerita?" macam tak da apa nak tulis. Tapi banyak jugak yg diceita.

Ch 77 tu memang fav channel akak skrng ni. Samalah kita, kalau tengok "Adoption Stories" kalau tak tersntuh hati, tak sah.

Anak akak Alia pun lahir bulan Ramadhan. Masa nak bersalin tu macam2 risau ade, termasuk risaukan hal sahur & berbuka Papa & anak2. Ya lah, kita tak da maid, nasib baik mak akak tolong.

Take care...

Kaklong Syikin said...

salam,

Bunga Rampai: Amin..trimas mendoakan. Alamak, taklehlah nak minta baby keluar 1 Ramadhan sbb usia kandungan masih 8 bulan lbih, takut keluar time ni, bimbang paru2 baby belum matang. Tapi kalau 20 sept. ke atas tu sedang eloklah sebab dah masuk 9 bulan :.

Ku Keng: Sama juga untuk Bro. :D

Bro. Azer: Amin..trimas mendoakan. hehe..itulah debor tu bab teran meneran ni.takut over teran, baby lmbt keluar, saya dah kepenatan. Harap2nya tidaklah

Azwa: Tentang kaki ni, alhamdulillah. Mcm x percaya jer dah x perlu pakai tongkat.Yelah 2 bulan lbh krg pakai tongkatkan. Amin..trimas mendoakan :D

Dr. NBB: selamat berpuasa juga utk doktor

Qistt: mmg best hehe. insyaAllah, dpt baby nanti masuk dlm blog ek..

Luna: jwbnya kena cari tukang urut la :)

KS: amin..nak citernya, sejak minggu lepas sering gak berlaku mild contraction.Selamat berpuasa juga :D

Mamamia: hehe..itulah saya, rasa x tau nak citer apa..tup tup panjang lebar . Saya pun insyaAllah mak yang akan tolong. untung masih ada mak lagikan..