Sunday, August 5, 2007

Terima kasih dan Rindu...

Salam penuh takzim buat semua,

Rinduuuuuuuuunya....alahai lama tak blogging ni :D . Rumah mak kaklong tak de internet. Hari ni baru balik rmh (Ahad, 5 Ogos). Trimas buat suami kaklong yang buat entri surprise pasal kecederaan kaklong tu, dia tak citer apa2 langsung, cumanya dia minta username n password aje, ingatkan dia nak tolong godek2 html kaklong. Pecah rahsia bila Kak PB called tanya khabar kaklong masa di wad tu. Masa tu suami kaklong ada sama. Dia senyum2 aje. Padanlah dia ada tanya ada tak sesapa call...sabor ajelah hehe.

Oklah...TERIMA KASIH atas DOA KALIAN semua samaada dlm blog ni mahupun sms dan telefon. Alhamdulillah, bertambah baik kaki ni. Menurut doktor pakar, ligamen kedua2 kaki kaklong cedera. Tak de yang patah. Cuma amik masa 3-6 minggu utk pulih sepenuhnya. Atas saranan doktor, kaklong kena berkerusi roda dan bertopang ketiak serta memakai ankle guard sentiasa untuk membantu kedua2 kaki yang terseliuh ni cepat sembuh. Merasalah jadi oku sekejap. Menjadikan diri lebih menghargai sepasang kaki ni.

Kaklong masuk wad pada hari kejadian (hari yang suami kaklong buat entri tu), Selasa hingga Jumaat. Syukurlah mak mertua datang dan tolong jaga anak2 hingga kaklong keluar wad. Kemudian kaklong balik rmh kejap sebelum suami hantar kaklong, Huda dan Alia pada hujung minggu tu ke rmh mak kaklong dan duduk sana hinggalah kaklong balik hari ni (Ahad, 5 Ogos). Sepanjang 2 minggu ni, dua anak yang bersekolah, suami yang jaga sebab sekolah anak lebih dekat ngan rmh kami.

Mungkin ada yang tertanya2 apa yang berlaku sebenarnya pada pagi kejadian tu. Suami dan anak2 kaklong pun tak nampak apa yang berlaku. Awal pagi Selasa tu, mcm biasa kaklong dah turun naik tangga dua tiga kali utk siapkan anak2 ke sekolah, hinggalah kejadian tu nak berlaku, masa kaklong turun tangga, tinggal lagi 3 anak tangga nak sampai ke ruang tamu, masa nak melangkah turun tu tak semena2 kaklong rasa badan ringan dan tak boleh nak imbang badan, terasa badan tu macam melayang. Sempat terdetik " ya Allah, jauhnya.." bila perasan kaki tak dapat pijak lantai. Kaklong cuma ingat nak tahan dua2 tangan aje dan kaki tapak kanan yang jejak lantai dulu tak dpt landing ngan baik, terus terseliuh, kaki kiri pun sama.

Pendek kata, jatuh berdebuk la, syukur sangat perut dan punggung tak terhentak kat lantai. Tapi, sakitnya kaki..masyaAllah. "Abang..tolong!!!!!!" jerit kaklong sekuat hati. Masa tu mmg menangis2 sakit dah. Kaklong luruskan kaki perlahan dan baring mengiring, tak berdaya nak bangun. Suami yang kat bilik atas masa tu mmg terkejutlah bila tengok keadaan kaklong. Dia duk tolong urut2 dan tanya kaklong boleh rasa ke kedua2 kaki kaklong tu. Memang boleh rasa lagi. Kaklong duk risau kalau2 turun darah ke, syukur tak de apa2.

Dek anak2 nak bersekolah, kaklong suruh suami tolong uruskan depa. Kaklong cuba bangun ke sofa, sakitnya tak terkata masa jejakkan dua kaki tu jejak lantai terutama kedua2 buku lali . Baring ajelah sambil luruskan kaki. Masa tu kedua2 tapak kaki kaklong mula menggigil dan sejuk, tp kaklong tak cakap apa2 ngan suami lagi, sbb tak mo susahkan hati dia, yang penting anak2 mesti ke sekolah, tambah pulak suami kaklong dah start mengajar hari tu.
Kaklong ingatkan boleh hilang sakit tu lepas setengah jam, rupanya tidak, sakitnya berpanjangan. memang layan air mata jelah. Syukur sangat2 Huda dan Alia tak meragam. Suami sempat uruskan Alia sebelum dia keluar. Kaklong teringatkan baby, yang tak bergerak sejak kaklong jatuh tu. Cepat2 kaklong tepuk2 perut perlahan. Ya Allah, syukur sangat2 dia mula bergerak. Aktif pula tu.

Duk sakit2 tu rasa nak terbuang air ler pulak. Sabar ajelah. Nak minta tolong ngan sapa? Kaklong cuba bangun untuk berjalan. Tapi tak boleh sebab dua2 tapak kaki sakit sangat masa tu bila jejak ke lantai. Sudahnya, kaklong merangkak ke tandas. Bayangkan ibu hamil 6 bulan lebih merangkak !!! Bila keluar aje drp tandas, rupanya suami kaklong dah kat muka pintu rumah. Bila dia tengok kaklong merangkak tu, dia taulah keadaan kaklong teruk. Dia tanya camner sakitnya, kaklong cakaplah sama cam mana dia rasa sakit sebab terseliuh sebelah kaki dulu masa buat latihan (dia kena bertopang ketiak dulu).

Cepat2 dia cakap kaklong memang kena duduk wad untuk rest, takkan nak uruskan rumahtangga dalam keadaan camtu. Dia bantu kaklong untuk berjalan, tapi sakitnya tetap sama. Sudahnya kaklong lebih rela merangkak sambil bersiap ke klinik. Lupa sungguh masa tu topang ketiak suami ada kat dlm bilik bawah. Suami mmg tak leh nak dukung, ngan dia2 sekali jatuh nanti, yelah, kami lebih kurang sama besarnya hahaha. Tapi masa nak masuk ke kereta tu, mmg terpaksa berjalanlah. Syukurlah teringat yang topang ketiak suami ada, kaklong belajar gunakan, tu yang boleh tolong support nak melangkah, tpi tulah sakit jugak. Sampai klinik, aduh..setiap tangga yang kaklong jejak tu memang mengalir air mata dibuatnya sebab sakit wlwpun topang ketiak dan suami membantu sama. Sib baik 3 anak tangga aje luar pintu klinik tu, kalau banyak..haru.

Hari pertama di wad tu, berjuntai kaki pun sakit biarpun kaki berbalut. Rasa nak tanggal tapak kaki ni. Berdenyut2 tu tak yah cakaplah. Gila2 denyutnya. Pain killer dan x-ray mmg tak dapat sbb kaklong pregnant. Cuma panadol dua biji dan ubat susut bengkak ajelah yang boleh diberi. Nak pakai balutan kaki sendiri pun tak terdaya mula2 tu. Nurse yang tolong pakaikan. Petang sikit barulah boleh pandai pakai sendiri balutan kaki.

Petang hari kedua, dah tak sakit bila kaki berjuntai. Hari ketiga, dua2 tapak kaki dah boleh diletakkan ke lantai tapi tak leh nak berdiri betul lagi. Biarpun kedudukan bilik air ngan katil wad tu cuma dua langkah aje, tp nak jejak kaki tu tak kuat, sudahnya kena letak kerusi kat tgh2nya supaya kaklong boleh bergerak cara duduk dgn mudah untuk masuk keluar bilik air. Hari terakhir di wad, kaklong dah boleh bergerak tanpa rasa sakit pada kedua2 tapak kaki tapi dengan bantuan topang ketiak. Tanpa topang ketiak, kaklong berdiri pun tak leh tegak, mesti kena kaki bengkok sikit sbb rasa tulang betis tu tak kuat nak tampung beban badan kaklong.

Dua tiga hari lepas dalam minggu ni, kaklong dah slowly berjalan tanpa bertopang, tapi tak leh selalu dan renyah, sbb kedua2 buku lali tu akan rasa sakit dan betis akan rasa lenguh seharian. Melangkah pun kena perlahan2 mcm dlm pantang tu. Pendek kata tak leh jalan kucing (catwalk) la. Dan baru dua tiga hari ni juga kaklong kurangkan penggunaan kerusi roda. Tapi kat rmh kaklong ni, mmg masih kena berkerusi roda lagi sbb ruang lebih luas berbanding apartment mak kaklong tu. Pendek kata, penggunaan kaki masih tahap minima lagi, sekarang pun kalau aktiviti dlm bilik air tu mesti dlm keadaan duduk atas bangku tinggi kalau berdiri pun tak leh lelama, tandas pun mesti guna tandas mangkuk, solat pun masih dlm keadaan duduk. Barang2 pun tak larat nak angkat sangat.

Doa kalian masih kaklong perlukan terutamanya konvo kaklong tak lama lagi, 25 Ogos. Harap sangat masa tu kaklong dah boleh berjalan betul. So, buat masa ni, mmg jalan2 cari makan ke, jalan2 shopping barang ke mmg tak de dlm list, hatta dua jemputan kenduri sedara pun kaklong tak pergi sbb tak mo banyak jalan sangat. Untuk program kat rumah anak yatim anjuran Bro. Id n famili tak lama lagi, memang tak pergilah jawabnya. Maaf ya Bro. Id. Kebetulan pula ada appointment ngan dr. pakar hari tu.

Alamak, panjang lebor dah ni. Oh ya, tq ya pada yg first time dtg berkunjung, dan yg lama dah tak blogging datang menjengah ke sini semula Yang hari2 dtg tu, lagilah terima kasih bebanyak. :D. sabor nak mengganaz lagi ni..tp slowly ek.

18 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..kv risau gak dan tertanya tanya cemana keadaan kak long sebab lama sgt takde en3. Syukur, walo pun sakit2 tp kak long dan baby selamat. Harap cepat sembuh.

Unknown said...

alhamdulillah. Risau juga sbb lama akak takde n3. Walaupun yus dah jarang beri komen di sini, tapi sentiasa mengikuti perkembangan kak syikin. Harap2 semuanya akan kembali seperti biasa. Dah nak konvo yer, tahniah untuk akak. 25 Ogos tu InsyaAllah yus dah berada di Malaysia..hehe

Take care yer kak syikin.

Ummi said...

salam,

Alhamdullilah, syikin dah baik. ummi tertanya-tanya jugak macamana le keadaan syikin. nak msg no tipon tak de. nampanknya ummi kena minta no tipon syikin jugak. wah syikin nak konvo dah. bilalah ummi nak merasa plak. Tahniah.

hari tu abah terjumpa ustazah kartini, dia cakap dia kawan internet syikin. terbeliak mata ustazah kartini. bila abah cakap syikin msg dan email isteri saya jugak baru dia kecikkan mata. :)

Alinlai said...

hmmm... la ni dah OK? kesian syikin...sabaq saja la...insyaAllah sihat seperti sediakala lepas ni :) aminnnnn!!

Mummy Rizq said...

alhamdulillah kak long dah beransur pulih. semoga cepat sembuh. doa saya sentiasa mengiringi...

TAKE GOOD CARE!

Mak Su said...

ngeri membacanya, bawak-bawak berehat kak long ya, jaga kesihatan

13may said...

jaga diri kaklong :)

ontahsapo said...

tak sabor nak mengganas tu kurang jelas la... hehehehhe

silversarina said...

Alamdulillah semuanya okay dah..kena rehat lagi , jangan 'mengganas' sangat lagi.. sabo dek, sabo :)

Anonymous said...

smg kak long cepat kembali sprti sediakala ya!

MAMAMIA said...

Semoga cepat sembuh. Ada sesiapa bantu Kak Long dgn anak2 buat masa ni?

Anonymous said...

syikin
penyakit datang macam ribut, pergi macam semut so take care ok..

RaFFLeSiA MeRaH said...

alhamdulillah, syukur sgt2 akak dah sihat, yg pentingnya skrg ni akak kena hati2, kat umah pun kekdg byk accident yg leh berlaku kat diri kita....mudah-mudahan segala urusan akak pasni dipermudahkan olehNya, ni sumer sekadar ujian tuhan buat akak, satu lagi macih sbb e-mail kat sy tu kak....ape2 ujung tahun ni jgn lupa yerr...kalo x der aral kena jumpa sy gak...hehehehe....

ILA said...

Salam kak...
ila jguk kjap kat sini.
masa ari akak explain kat phone tu, ingatkan lpas 2,3 ari wl b on line..ngupernya lama gak akak senyapkan diri.
haiii...hidup nie sntiasa ada ujian.Org yg menanggung/hadapi lebih berat banding org yg mlihat.oleh itu apa yg t'daya hanya kami pohon "SEMOGA K.LONG DALAM KESABARAN MGHARUNGI UJIAN INI"
cayang k.long:D

Jungle Playland said...

Baguslaa Syikin dah selamat, baby pun ok.

Terkejut jugak bila dengar pasal jatuh tangga tuu.. Evertime naik turun tanga kita pun dah extra careful now.

Kita berdua nie dah tak lama lagi kan due.. heheh

simah said...

lepas ni syikin kena belajar terbang lak *wink*...glad to hear that u r alrite :0)

Sastri said...

syukur kak long okay... semoga sihat sepenuhnya menjelang majlis konvo nanti...

Unknown said...

syikin....aduh...baru terbaca pasal accident tu...alhamdullillah dah selamat.....
hati2....accident buleh berlaku di mana2...walaupun di rumah sendiri ...

i am back in kl...now tinggal d taman melati....

idham