Thursday, July 5, 2007

Cerita baby

Salam,


Kemaruk pulak rasanya nak buat entri lagi . Adakah tanda2 ketegaran kembali semula? ;)

Nak citer pasal baby dalam perut nilah. Rasanya tak pernah citer pasal dia kan? Citer pasal kaklong alah aje adalah.

La ni, syukur baby dah 25 minggu lebih ( 6 bulan lebihla tu). Dah aktif kat dalam. Sebenarnya, kaklong mula rasa pergerakan dia sejak dia berusia 15 minggu ke atas lagi. Agaknya dah 5 kali pregnant ni, mudah terasalah sebarang pergerakan kat dalam.

Dia ni mmg sensitiflah, mudah bagi tindakbalas. Kekadang tu senak rasanya bila dia bergerak.Usap perut sikit, dia pun bergeraklah. Kaklong tergelak sikit, dia respon. kaklong duduk depan pc ni, lagilah dia respon. Kekadang terasa jari jemarinya menggeletek, atau terasa bagai disiku. Hmm..tak sabar nak tunggu saat2nya nanti perut ni macam roller coaster jadinya. Yang best tu, dia aktif tak kira masa, sampai kekadang terfikir, dia ni bila masa tidurnya? Alhamdulillah, tandanya dia sihat kat dalam tukan? InsyaAllah.

Last pergi antenatal check up 2 minggu lepas, doktor cakap, "ni mesti mak dia rajin berjalan ni" Apa taknya, baby dah elok kat bawah!!! ( Dulu, masa Alia, doktor terpaksa bagi kaklong pil penahan pintu rahim jangan cepat bukak, sebab masa umur dia 34 minggu, kepala dia dah engage kat bawah!!!. Doktor takut kaklong bersalin masa 8 bulan lebih aje masa tu. Doktor ingat kaklong cikgu sbb biasanya cikgukan selalu turun naik tangga sekolah, itu yang baby senang engage kat bawah. Kaklong bagitaulah bukan, tpi kaklong menyewa rumah dua tingkat, tu faktor membantu kot. Syukur Alia lahir ikut waktunya wlwpun cepat 2 hari).


Doktor siap tanya, kadang2 awak rasa susah nak jalan tak? Ya betul..mmg sakit kalau nak berjalan. Paling ketara, tulang punggung sebelah kiri ni mcm ada problem, terasa meregang. Kalau time baring tu, janganlah tersilap gerak, terus rasa sakit mcm nak patah tulang tu. Biasanya terpaksa minta tolong suami bantu kaklong bangun. Kalau dia tak de, berpaut kat mana2 lah. Mengalir gak air mata kekadang tu. Oh ya, lega uri dah kat atas, sebabnya awal2 mengandung dulu, doktor kata uri kat bawah. Debor jap (Teringat pada Siti Nur, mama blogger kita tu, harap2 urinya dah betul2 kat atas)


Setakat ni, doktor bagitau, usia kandungan baby dan beratnya (ikut timbangan scanner tu) sesuailah. Kalau perkembangan tumbesarannya ok hingga waktu bersalin nanti, tak mustahil 3.5 kg. Tapi dia kata, ikut sejarah kelahiran sblm ni jugak. Hmm..anak kaklong paling besar pun, keluar 3.3, si Aiman tu la. Alia dan Huda, masing2 3 kg. Husna paling kecil 2.78 kg.

Kali ni, kaklong rasa pergerakan baby kat semua tempat dalam perut. Bukan sebelah perut aje. Ia beri tanda awal pada kaklong, mungkinkah lelaki? Sebabnya ikut pengalaman2 sebelum ni, semua anak perempuan kaklong masa dalam perut suka 'lepak' bahagian sebelah perut aje, terutama belah kanan, jarang bergerak seluruh perut. Kekadang tu rasa macam depa terselit2 kat celah kaki kaklong, sakit! Dan masa Aiman kat dalam perut dulu, dia suka bergerak seluruh perut. Lagi satu, stail perut yang membujur ke hadapan, masa Aiman, camni stylenya. Dan 3 anak perempuan kaklong, stail perut membulat besar. Hmm..itu satu tekaan cuma. Dah scan beberapa kali pun tak nampak lagi. Tunggu next week utk check up seterusnya.

Sekarang ni, yang sibuk mengadap perut kaklong, si Huda ngan Alialah. Hari2 mesti nak communicate ngan baby. Sebenarnya, awal2 mengandung dulu, Alia bersikap dingin. Dia macam tak suka. Bila sebut pasal baby, dia buat derk aje. Hinggalah bila start channel baru astro, 77 (Home n Health kalau tak salahnya) yang banyak memaparkan kisah baby, kaklong amik peluang suruh dia tgk program2 pasal baby ni terutama ttg kelahiran bayi mcm kisah kembar 2, 3, 4, 5 & 6 yang disiarkan dlm channel tu. Tak sangka dia teruja, bahkan dia pulak sibuk lebih nak tgk citer baby. Paham ajelah bila dia sebut, " nak tgk bibi (baby), nak tgk bibi", maknanya dia nak tgk channel 77 la tu.. Lepas tu, perlahan2 reaksi dia berubah. Dia suka bila kaklong sebut pasal baby dalam perut. Paling ketara dia nak sentuh perut kaklong yang sebelum tu dia mmg tak mau sentuh langsung. Dikeraskan tangannya lagi tu.

Sejak mengandung, kaklong ajar Alia dan Huda 'tegur' baby, terutama utk Alia, supaya dia tau ada baby baru nanti dan dia bukan lagi yang bongsu ! Hari2 kaklong suruh depa tegur baby selalu suruh ucap " Assalamualaikum / hai baby, ini kakak Alia / Huda", sambil sentuh perut kaklong. Sekarang ni, mmg wajib la Alia nak sentuh perut kaklong. Dia akan cakap "ummi, nak tgk baby "(baru betul sebutannya skrg). Huda pun sama gak. Bukan itu aje, depa berdua selalu berebut nak pekap telinga kat perut kaklong, sampai pernah berlaga kuat kepala depa. Apalagi melalaklah kesakitan Kecoh betul masa tu.

Bukan takat suruh menegur baby aje, kaklong pun perlahan2 ajar si ALia tu yang dia akan banyak kena mengalah adiknya, tapi reaksinya? Negatif!!! Sampai sekarang ni tau, contohnya:

Masa naik kereta (ni awal mengandung dulu) : "Nanti adik baby ada, Alia duduk belakang ya, baby duduk ngan ummi". Langsung dia tak respon, pandang luar tingkap aje. 2, 3 kali k.long ulang, dia diam gak. Mukanya masam aje. Akhirnya, "oklah, baby duduk belakang, ALia duduk depan ngan ummi ya ?" Ha...barulah dia menggangguk dan mengeliat manja. Oh..banyak nak kena latih dia lagi ni.


Hari2 lain pula. Masa di bilik tidur (dia baring atas katil): "Nanti ummi ada baby, Alia tidur ngan ayah ya kat bawah, ummi ngan baby tidur atas"

"Nanak (taknak)!" jeritnya.



Lain waktu pula. "Nanti, kalau ummi tidur hospital nak keluarkan adik baby, Alia tidur ngan ayah ya ?"

"Nanak!"



Hinggalah baru2 ni, dia dah pandai bercakap, dia balas, "Tak nak. shaya (saya) nak tidur ngan ummi, " Siap melenting2 badan dia dalam dukungan kaklong. Alahai..ni yang buat luluh hati ni. Tapi mmg dah kena ajar dia perlahan2.





Husna dan Aiman excited gak, tapi depa dah besar, gelagatnya tak serupa cam adik2 depa dua orang tu. Cuma minggu2 pertama Aiman tau nak dpt adik baby, sibuklah tanya berapa lama baby dalam perut sebelum keluar. Jenuh menjawabnya. Sesekali depa letak gak tangan atas perut nak rasa pergerakan baby. Bulat mata depa kalau terasa pergerakan baby :).



Persiapan baby? Dah 6 bulan lebih ni, k.long start cari balik kain baju baby yang tersimpan dlm beg2 plastik. Nak check apa yang ada dan yang tak de, so bolehlah beli mana yang patut. Periksa punya periksa; barut, sarung tangan n kaki, selimut, topi, baju seluar - lengkap!!!! Hehehe, berangan awal nak beli baru, nampaknya tak yahlah. Pokoknya, untuk tempoh berpantang ni mmg cukuplah kelengkapan asas pakaiannya dah. Yelah, bukannya nak kemana pun time pantang. Inilah kelebihannya kalau jarak anak dekat. Tinggal pas aje kat anak2 yang bawah tu. Ni pun kaklong perlahan2 basuh semuanya dan clorox mana yang nampak dah sedikit kusam tu. Rancangannya, nak letakkan semua barang2 baby ni dlm bekas khas mcm toyogo comel tu ke, senang nak angkut ke rumah mak or mil time pantang nanti.



Tapi, nak gak tu beli sepasang dua yang baru, untuk meraikan baby keluar hospital nanti hehehe. Oh ya, napkin nak gak beli sebungkus. Koman2 buat bedung. Itu mmg dah tak dak. Berangan nak cari napkin yg colourful tu, kan biasa napkin kaler putih aje. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni dah ada yang colourful. Nak beli sejak Alia dulu tak terbeli sebab yg putih dah ada. Tak mo membazir. Barang2 lain yang mana tak de tu, mmg kena belilah.




Kali ni, tergerak nak beli katil baby. Selama ni mmg tak pernah ada pun. Bukannya apa, 4 anak yang sedia ada ni dah kategori kanak2 ribena, lasak tu boleh tahan. Takut depa geram sangat kat baby yang elok baring atas tilam, nanti duk berkerumun mengadap baby mcm semut hurung gula. huhu. Tak mustahil sorang2 duk belek dia nanti, cium peluklah bagai. Paling takut tak sengaja terpenyek pulak baby tu, lagi haru. Sekurang2nya katil baby yang berpagar tu menghad tumpuan berlebih kat baby. Kalau tak nanti, mau bentan ummi duk sound memanjang jangan belek baby. Baby katakan..sapa tak geram mcm anak patung bergerakkan?




oklah..dah meroyan menulis panjang ni. Kena stop dulu ;)




22 comments:

Jungle Playland said...

Syukur baby dalam perut sihat...
Samalaa Syikin, baby kita pun asyik dok buat gymnastik kat dalam tuu...hahahaha


Macam mana nak kejar ni, nie dah masuk 5 kan, kita baru nak masuk dua..hahah

Kaklong Syikin said...

salam,

A.M: itulah kita sengkak dibuatnya depa wat gimnastik kat dalam. eh, boleh kejar apa..tiap2 tahun dptkan baby hahah.

Anonymous said...

saya yang dah 33 minggu nih pun, tak prepare apa lagi..sibuk kunun..(padahal anak baru jer 2)

memang guna balik dulu2 la..beli baru pun cuma towel dan botol air masak..baju, almost pakai hat abnagnya punya..

MOKCIK AZWA said...

Seronok kalau anak2 pun tumpang gembira tak sabar menanti kehadiran baby baru kan. Tapi yang nak tido ngan ummi tu, memang payah nak pujuk hehehehe, silap2 dia pun nak ikut sama nak nenen hehehe...

Mak Su said...

eh... tahniah.. pregnant lagi rupanyer... baguslah kalu sihat. menambah zuriat. sian Alia...manja mak ya? cian dia...

blackpurple @ jowopinter said...

Bunyinya memang semua dah tak sabar-sabar menunggu kedatangan orang baru ni. :)

MAMAMIA said...

Masa pregnant, suka sangat tengok perut kita bergerak2 tu. Towards the end selalunya mengusap2 perut... Kenangan Terindah...

Jaga diri baik2..........

NURAZZAH8 said...

wuuuaaa....I miss getting pregnant again...

KAMATO said...

Mudah-mudahan baby terus sihat, dah rancang ke nama baby

Ummi said...

salam,

wah, macam2 planning. seronoknya. how ummi wish i am also in the same boat. sure abah dengan eica orang yang plaing excited.

semuanya ader hikmah kan syikin. :)

Anonymous said...

semoga sihat sihat hendaknya. jangan meroyan lelebih ye...

Kaklong Syikin said...

Salam,

Oren: hehe..relax la, ada masa lagi tu. akak aje excited terlebih. :D

Azwa: ha, itulah masalahnya, sbb malam2 dia masih nak nenen lagi sampai skrg huhu.

Maksu: hehe..ha ah maksu, saya pregnant, tp kali ni alah teruk sikit la. Hmm..mmg sian kat ALia, tu la ni duk pastikan dia tak rsa diketepikan. tak pe, ada abg kakak yg rajin layan dia hehe.

BP: hehe..memanglah. tak pe, nanti sampai masa BP, mmg taulah camner rasanya :D. Err..bila nak kawin ni? calon dah ada tu ..

Mamamia: Ya betul..kenangan terindah :D. mengandung berapa kalilah punkan, bab dia bergerak tu mmg sentiasa dinanti, wlwpun kekadang senak kita dibuatnya huhu. InsyaAllah, saya jaga diri. tq

Kak Azzah: ha..pregnant la lagi :D.

Bro. Kamato: Amin..tq doakan baby. Bab nama2 anak ni, pas kat suami la. bab lahirkan anak, pass kat saya hihi. adilkan? :D. rasanya nama boy ada dah, tp girl, tak terfikir lagi. let the bos think about it hehe..


Ummi Batrisya: sebaknya saya :D. akan ada tu lagi ummi. usaha, yakin dan tawakal. InsyaAllah, yg penting jgn putus asa selagi hayat masih ada. p la second honeymoon ngan abah kat mana2 ke, lari drp tekanan2 sekeliling seketika. mana taukan. Saya doakan batrisya punya adik lagi. kembar lagi.

Dr. NBB: amin. tq doakan saya. hehe..idaklah mau meroyan lebih2 :)

Mummy Rizq said...

excited kan nak menerima org baru.. terutama bab bab persiapan nie.. geram tgk brg baby comel comel..

Kaklong Syikin said...

salam,

mummy rizq: betul tu, tak kira anak dah ramai, mmg masih excited nak terima new born baby :D. ha ah, kalau ikut nafsu, semua nak borong barang2 baby ni. Mummy, saya doakan Rizq akan dpt adik juga nanti :D.

Anonymous said...

nanti kita lumba sapa kuar duloooow!

Anonymous said...

alahai...sukanya baca tapi pada masa sama jelesnya Syikin dapat rasa pengalaman ni untuk kali ke 5...rupanya excited nya sama jer cam nak dapat anak sulung yer...saya ingat kotlah berkurang ker... rasa cam syikin dah tak sabar2 nak keluarkan baby????

mama_fynn said...

salam,

hai syikin apa khabar? saya lama tak meblog. baru balik cuti. saya dah move to blog lama saya. http://mamafynn.blospot.com

Singgah-singgah le...rindu baca entri.

Ok take care of yourself and the baby.

Kaklong Syikin said...

salam,

lerr..ada komen lagi rupenya

Sitilina: hehe..jom

AMmieHani: mmg excitednya ttp sama tau, tak de berkurangnya :). saya doakan Hani akan dpt adik lagi. Ada hikmah tu lum lagi bertambah anak, sabar ya. X sbar n takut gak dlm masa yg sama nak bersalin ni :(

M.Fynn: takziah Mama..sedih saya baca entri awak :(. al-Fatihah utk arwah baby ya. Moga Allah gantikan ngan yg lebih baik lagi. RIndu sgt kat arwah, sedekahkanlah fatihah ya.

izzahazfar said...

salam perkenalan...semoga akak dapat lahirkan zuriat dengan selamat..saya baru bergelar isteri...seronok baca pengalaman akak..doakan saya dan suami dapat merasa jadi ibu dan ayah macam akak..

Anonymous said...

Assalamualaikum...

KakLong, nak tumpang tanya kat sini la, kpd kaklong sendiri & kepada sesiapa yg tahu.

Ibu2 semua, pernah rasa tak cam dlm perut tu kadang2 ada denyutan sekata gitu.

nak kata cam baby's kicking, xkan sekata
camtu (sbb slalu kalau baby tendang, dia tendang kuat2 camtu, pastu x sekata..)

Denyutan tu nak kata kuat sgt, taklah kuat. Slow skit dari rasa tendangan. Dan timing dia sekata. Cam satu saat, satu denyutan rasa kat dlm perut tu.

Adakah tu heartbeat dia? Cam terlalu kuat plak denyutan tu kalau utk heartbeat, sbb heartbeat tu kan bunyi slow je, leh kesan dgn mesin scan or doppler je kan..

Risau gak tetiba dia tersepit ke or dia susah nak gerak ke. saya slalu rasa camtu. kekadang lepas berdiri jap, ok.
kadang still denyut.. sape pernah rasa..? musykill ni.. maklumlah 1st time mummy ni. byk benda xtau...

Kaklong Syikin said...

salam,

Izza: tima kasih datang ke sini n doakan utk akak :D. akak doakan awak juga :D

Msayue: tq dtg ke sini :D. kandungan ayue ni dah berapa bulan? biasanya ibu rasa pergerakan baby tu tak salahnya seawal 15 minggu ke atas. bab denyutan mcm ayue tu, wallahu'alam..itu akak tak perasan pulak kena kat akak. sebaiknya kena tanya doktorla, depa lebih tau, boleh minta scan.

pernah jatuh tak? kalau tak pernah jatuh, tak delah masalah tersepit or susah gerak, sbbnya mmg dia ada ruang kat dlm tu kecuali kalau dia besar sangat..mcm akak dulu pernah terjatuh, biarpun jatuh tu x terduduk, tp akak susah sgt nak jln, hingga nak bangun payah, kalau bangun tu menangislah sakit, so, bila urut sikit tu (p tukang urut tau kalau jatuh2 tu), barulah ok, rupanya baby tu mcm terselit sikitlah..

sbaiknya, mana2 kemusykilan tu tanya doktor, sbb pengalaman setiap ibu tu berbeza, jrg jumpa yang sama. apatah lagi ini kandungan pertama, kita tak tau lagi patern kita mengandung camner..dah anak 3 ke atas tu, kita bleh agak la..

mcm kes ayue ni, kena bagitau doktor, yelah risau gak kot heartbeat tu kuat sangat ke..mungkin gak ayue ni sensitif jd boleh peka ngan bunyi yang halus2 camtu.

tahniah ya..bila due ni ?

Anonymous said...

hehe, kaklong, ayue dah tanya bbrp org, diorang ckp tu baby tersedu. diorang pun slalu gak rasa camtu. thanks ye kak long tlg jawabkan utk ayu, but utk pastikan lg, ayu akan tanya nurse time checkup next week.

ayu dah 31st weeks skrg. due 12 sept ni (dkt bulan puasa..). ayu rasa maybe betul bab tersedu tu sbb start dari week brp tah, lupa lak, mmg baby akan terminum amniotic fluid. maybe sbb tu dia tersedu.

takat ni ayu x pernah terjatuh lagi. mmg jalan berhati2. kaklong bila pula due?

nice to know u, kaklong.. :)