Ini adalah forward email yang kaklong dapat. Bacalah..tak rugi
Aku dan Su
Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.
Aku dan Zu
Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.
Aku dan As
As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.
Aku dan Mag
Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.
Aku dan Is
Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.
Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is, masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.
Komen Kaklong: Menarik kandungannya, simple tapi berkesan di hati. Moga kita tergolong dlm mereka yang memelihara solat. kalau asyik bekerja sampai terlepas waktu dengan tidak sengaja, atau tidur nyenyak sampai terlepas waktu, cepatlah2 qada'.
TErima kasih ya doakan kaklong sekeluarga cepat sembuh. mata kaklong ngan suami dah ok. Kaklong malas sangat nak mengadap blog sekarang..apasal entah.
13 comments:
Salam k.Long:)
Wah..sungguh simbolik citer t'sebut.Specially appointment dgn "IS"..cos t'lampau enak di buai oleh En.TV..terus..berdengkur x ingat diri:p
at les..citer nie..sedar2kan lahhhh.. diri ini..Ameennnn~~
SEMOGA CEPAT SEMBUH OK:D
Satu kisah yg indah lagi menginsafkan...
menarik!
Salam dan jaga diri kakLong:)
Kak Long,
KS pun sama jugak kekadang janji nak dating denegan kawan2 tu awal tapi ada aje benda yang buatkan tertangguh. Geram betul banyak tul dugaan luar dan dalam iblis dan syaitan juga nafsu.
Sembahyang ni adalah perkara yang mudah bagi yang tahu akan fadilatdan kelebihannya.amat susah bagi kita orang2 awam ni.
Terima kasih kerana berkongsi..
Ustaz Ismail Kamus dlm ceramahnya kata ISLAM itu juga Isya', Subuh, Lohor [orang Jawa kata zohor=lohor, Asar, Maghrib. Kalau tak cukup satu abjad itu, belum sempurnalah ISLAMnya. :)
kak...sekadar singgah kejap nak bgtahu sy dah kembali untuk berblog, hehehehe....nak mengganas balik...
5 minit setiap waktu x 5 = 25 minit sehari tak terbanding dgn.masa 24 jam kita perabih buat benda lain,nauzubillah...
take care,kalau malas,berenti sekejap,kami akan tunggu.. :)
salam perkenalan kaklong, menarik ya kisah ni.
menarik dan sungguh bermanafaat. TQ kak long!
Best! Best! Ada makna tu.
Salam, kak long. Pelan - pelan kayuh !
manusia dan alasannya kan.
terimakaseh kerana memberi peringatan....
take care!
Salam,
Terima kasih entri ini :)
Post a Comment