Dalam bulan Jun, ada 2 orang anak kaklong sambut birthday. Baru-baru ni Huda. La ni, Husna Fathiyyah pula, anak yang sulung lahir pada 26 Jun 1999, lewat 3 hari daripada yang dijangkakan lahir (sori kakak, ummi tak sempat buat posting ni awal2). Dia dah 8 tahun sekarang, tak sangka kejap masa berlalukan. Dulu masa dia lahir, rasa tak percaya kaklong dah ada anak sendiri. Bila dia dah boleh berjalan, dan kalau kami jalan bersama, rasa macam adik kakak aje berjalan, bukan macam mak anak. Sungguh ni! Sebabnya mcm tak percaya dah ada anak besar! (tapi orang lain lagi besar anaknya hehe).
Kakak, ummi dan ayah doakan kakak berjaya ngan cemerlang dalam pelajaran, dapat mencapai cita2 kakak yang besar tu dan jadi contoh yg baik pada adik2 tau. Kami nak lihat kakak berjaya dengan cemerlang dunia akhirat. Kakak mesti ingat, ada masa ketegasan kami adalah utk kebaikan kakak, kalau ada yang kami tegur perbuatan atau sikap kakak tu, bukan kerana tak sayang, tapi kerana sayang seorang ibu dan ayahlah membuatkan kami kena didik kakak daripada sekarang. Kami sepakat tak mau manjakan kakak dan adik2 dngn barang2 permainan dan penuhi segala keinginan kakak hingga kami tidak berani berkata tidak, takut nanti kakak terlalu dimanjakan. Sudahnya kakak juga yang binasa nanti. Ummi dan ayah tak mo anak2 kami jadi spt cerita Anakku Sazali. Ia menakutkan kami.
Nanti, kalau takdir ummi meninggal dulu, ummi percaya kakak boleh tolong ayah jaga adik-adik sebab ummi dan ayah dah didik kakak daripada awal. Ingat pesan ummi sejak kakak tadika dulu? Kalau ummi mati dulu, selalulah sedekah al fatihah pada ummi ya. Ummi juga dah nampak sifat seorang anak sulung dalam diri kakak, yang boleh diharap jaga adik2nya time ummi memerlukan, sebab kakak nampak matang dalam perbuatan dan percakapan walaupun biasanya sifat keanak2kan tu masih ada. Biasalah kakak masih kecil lagi.
Kakak mesti ingat sentiasa pesan ummi ni yang sejak dulu ummi terapkan dalam diri kakak, kakak anak yang cantik dan bijak, tapi kalau perangai tak cantik, tak de gunanya tau. Jadi, kemana2 kakak pergi, jagalah peribadi dan diri kakak baik2, jangan memalukan diri sendiri ya. Ingatlah, walaupun ummi dan ayah tak nampak apa yang kakak buat di sekolah dan di mana saja, tapi Allah sentiasa nampak kakak dan malaikat di kiri kanan bahu kakak sentiasa mencatat segala perbuatan baik dan sebaliknya.
Ibadah kakak pun kena jaga ya, sebab kat akhirat nanti, amalan2 ibadah baik kakaklah yang boleh bantu kakak utk jalan mudah ke syurga. Dan ummi dan ayah sendiri tak tau dpt jumpa kakak atau tidak masa nak kena timbang amalan kita tu untuk temankan kakak. Untung nasib kami sendiri tak tau macamana masa tu. Tu sebab kami harap anak2 kami semua terutama kakak yang paling besar ni jadi contoh pada adik2 menjadi anak solehah, kerana kalian adalah saham ummi dan ayah di sana nanti. Ingat tu ya.
Ummi juga harap sifat ulat buku kakak ( bukan ulat bulu tau!!) tu akan berterusan hingga akhir hayat kakak. Cuma ummi harap power spek mata kakak tu tak bertambah kuat la..adui, sedih pulak kakak masuk darjah 2 dah pakai spek mata. Ummi dah ayah dulu, masing2 start form 2 baru pakai spek mata.
Oh ya, pasal kakak kata cancel nak jadi angkasawan* tu sebab bulan tu jauh sangat, nak balik rumah pun susah, teruskan aje cita2 kakak tu, mana tau dapat gak jadi angkasawan, nanti dah abih bertugas kat stesen angkasa tu, baliklah bercuti ke rumah lepas dpt keizinan pihak NASA, nanti ummi masakkan lala sweet sour, siakap sweet sour, bubur pisang atau pulut hitam feveret kakak tu ek. Oh, tak ketinggalan teh 'o', minuman feveret kakak. Atau kalau tak dapat jadi, tak pelah, jadilah saintis atau doktor macam yang kakak cakap tu. Tapi, kakak kena bertambah rajin belajar daripada sekarang.
Ummi dan ayah sentiasa doakan kecemerlangan kakak dunia akhirat. Namun, kalau kakak tak dpt memenuhi salah satu atau semua cita-cita kakak ni bila dewasa kelak, jangan terlalu kecewa, barangkali Allah ada perancangan yang terbaik buat kakak. Kena selalu ingat dalam diri kakak, apa yang kita nak buat, andai tak dapat ditunaikan, itu adalah kehendak dan keizinian Alalh juga. Kita merancang dan Dia yang memutuskannya. Ini mesti disematkan dalam diri kakak ya. Tapi yang pasti, berusaha dulu. Dan err..kakak pernah cakap gak nak jadi power rangers lepas tengok citer power rangers tukan?, Lupakan ajelah ya, sebab tak de pekerjaan power rangers kat dunia ni. Itu pekerjaan rekaan semata2 untuk rancangan tv kanak2. Ok kakak, sampai sini aje ek. Ummi dan ayah cayanggggggggggg kakak. Muah! Muah!
8 tahun dah umur anak ummi - di rumah mbahnya
Umur 3 tahun, dia debab masa ni - di rmh mak kaklong
p.s: * Husna cakap nak jadi angkasawan masa umur dia 4 tahun lebih selepas baca ensaiklopedia mengenai angkasa lepas dan angkasawan. Kemudian cakap cancel tu masa announcement kerajaan bakal angkasawan msia kat dlm paper.
- Andai Bro. Id baca entri ni, tag Bro. tu insyaAllah saya akan buat juga :D.
17 comments:
Salam hari lahir buat Kak Husna.. Sedihnya baca N3 dedikasi ni...
Selamat Hari Lahir buat Husna...moga menjadi anak yang berguna dunia & akhirat...serta menjadi anak yang solehah....dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki...diberikan Allah kesihatan yang baik...nanti dah besar rajin2 tolong ummi tu...
Suka nama Husna tu...dulu pernah berangan kalau dpt sorang lagi anak perempuan nak namakan dia NurulHusna....sedapkan?
salam semua,
nbk: tq atas ucapan besday tu :D. la hai, nape la nak sedey2 pulak..
kak lady: tima kasih atas ucapan dan doa panjang lebar utk Husna.amin amin amin :D.
ha, sedap. kak, tak pe, nanti ada cucu pompuan cepat2 cop letak nama idaman akak tu ek..:D
Happy birthday buat Husna.
Hug n kisses from "auntie" apple ehheheheheheh.
mcm tak seswai je jadi auntie tau :P
Happy Bday Husna. Dah lapan tahun dah. Dah besar panjang anak Syikin.
Happy belated birthday to Husna...semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, jadi anak yang berjasa kepada agama dan kedua ibubapa, insyaAllah.
Selamat Hari Jadi buat anak Husna.
Kalau anak sulung ni memang selalunya kita banyak mengharapkan mereka kan? Yalah, nanti boleh buat contoh adik2.
Anak2 akak pun kecik debab, dah besar sikit semua kurus... Alahai....
Happy birthday Husna :)
Happy birthday Husna... maaf lewat... kalau anak sulung perempuan mmg kita sentiasa mengharap lebih sikit... yg lelaki lambat sikit matangnya... perempuan cepat matang...
salam semua,
AP: tq atas ucapan tu. nak wat camner, sesuei ke tak sesuei ke, mengaku sajalah hahah "larik..."
A.M: tq atas ucapan tu :D. ha ahlah, HM...dah besar panjang Husna tu.
azwa: tq atas ucapan besday dan doa pjg lebar tu :D. aminnnnn
Mamamia: Tq atas ucapan tu :D. betullah sis, kita mmg harap anak sulung jadi cth yg baik pada adik2.
Mama Sarah: tq atas ucapan tu :D
Sis Nurazzah8: tq atas ucapan tu :D. ha ah, girl cepat matang, the way of thinking pun berbeza
salam semua,
AP: tq atas ucapan tu. nak wat camner, sesuei ke tak sesuei ke, mengaku sajalah hahah "larik..."
A.M: tq atas ucapan tu :D. ha ahlah, HM...dah besar panjang Husna tu.
azwa: tq atas ucapan besday dan doa pjg lebar tu :D. aminnnnn
Mamamia: Tq atas ucapan tu :D. betullah sis, kita mmg harap anak sulung jadi cth yg baik pada adik2.
Mama Sarah: tq atas ucapan tu :D
Sis Nurazzah8: tq atas ucapan tu :D. ha ah, girl cepat matang, the way of thinking pun berbeza
kak long, u r tag...sila rujuk blog saya... kalau ada masa buatlah ya... this time for charity....
Selamat Hari Lahir buat Husna...moga menjadi anak yang solehah, berguna dunia & akhirat...dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki dan diberikan Allah kesihatan yang baik...
hepi besday husna. Moga membesar menjadi anak yg soleh dan boleh membanggakan ibu dan ayah.;)
happy belated birthday utk Husna..
psstt..ada ka takmo jadi angkasawan sebab bulan jauh, susah nak balik umah??? tapi bila pikir2, memang logik la kan..so sweett...
wah rambut ikal...
salam semua,
Kak Nurazzah: saya dah jawab dah :D.
Sastri n KV: tq atas ucapan dan doa yang panjang lebar utk husna :D. amin. amin. amin
Oren: tq atas ucapan tu :D. itulah Oren, dia boleh terfikir sampai camtu sekali heehe
OS: masa kecik dulu ya, la ni tak dak dah ikal mikal ni..pendek dipotong. senang nak bela :D
Post a Comment