Wednesday, February 7, 2007

Cabaran Murid Darjah Satu

Assalamualaikum,

Duk perah2 otak nak tulis apa ari ni (errr...blogging pun kena perah otak ka???), baru teringat ada satu perkara lama dah kaklong nak kongsi, tapi asyik duk tangguh aje. Seingat kaklong dulu, masa masuk darjah satu (1981), tak de kena duduk test untuk penentuan kelas. Masa tu belajar pun duk kenal huruf lagi rasanya,belajar suku kata (betulkan kaklong kalau salah ya) yelah tak semua budak2 masuk tadika mcm sekarangkan. Jadinya, masa tu kita tak de subjek pemahaman BM lagikan.. Kaklong pun tak ingat umur berapa tahun boleh membaca.
Kaklong tak amik pot pun pasal alam persekolahan zaman sekarang ni hinggalah Husna mula masuk darjah satu tahun lepas. Masa hari pendaftaran, baru kaklong tau darjah satu kena ujian untuk penentuan kelas. Kalau tak reti membaca, alamatnya mmg duduk kelas belakang2lah. Tapi, kaklong masih tak terfikir lagi, kenapa penting sangat nak ada test BM dll ni.

Setelah dia mula belajar, barulah kaklong perasan bila tengok buku teks BM dia tu, mak aiii..baru darjah satu dah ada pemahaman karangan, menyusun ayat. Zaman kaklong dulu tak de camni. Syukur sangat2 rasanya Husna dah boleh membaca masa tu, kalau tak, jenuh gak kita nak mengajar. Yelah, buatnya dia tak reti lagi nak membunyikan suku kata perkataan, camner nak membaca satu ayat? Jawabnya memang kena bagi dia extra kelas untuk membaca B.M dan B.I.

Dan kaklong sedar, zaman sekarang, anak2 dah kena pandai membaca selewat2 nya usia 6 tahun. Kalau dulu, mungkin satu KEHARUSAN anak2 umur 4-6 tahun dah pandai membaca. Tapi sekarang WAJIB pandai membaca. Kalau tak, memang kesian kat anak tu.

Sudahnya, untuk Aiman, kaklong terpaksa push dia lebih untuk minat membaca sebab dia tak seminat kakak dia masa tu untuk membaca. Kalau kakak dia 4 tahun lebih dah boleh membaca, dia masih lagi ngan abjad2 dan sukukata pun nak tak nak belajar. Sampai ayahnya cakap, Aiman ni kena belajar ramai2 ngan kengkawan baru nak belajar. Tu antara sebab kami masukkan dia tadika seawal 5 tahun. Itu pun dia masih malas2 lagi nak belajar membaca, lambat dapat. Mudah lupa kalau membunyikan sukukata tu. Selalulah kaklong cakap ngan dia, "kalau Aiman darjah satu nanti, time exam sapa nak tolong kalau tak tau membaca? ". Cuma satu kaklong perasan, dalam duk Aiman malas2 belajar B.M tu, Aiman lebih cepat tau membunyikan perkataan B.I berbanding B.M, berbeza ngan kakaknya, B.M dulu baru B.I. Dan syukur, integrated pre-school yang Aiman dan Husna masuk ni, guru besarnya memang tekankan latih tubi membaca untuk 6 tahun. Tu yang lega sangat, sekarang ni, Aiman dah boleh membaca. Dia minat tak minat membaca tu lain cerita, yg penting sekarang BOLEH membaca. Lama-lama nanti dia minat membaca juga.

Itulah dia cabaran anak2 kita sekarang yang nak masuk darjah satu berbanding dengan kita dulu. Dan cabaran juga kepada pengusaha2 tadika/kindergarten dll untuk pastikan murid2 mereka pandai membaca. Kalau anak2 masih tak pandai gak, nampaknya mak bapak kat rumahlah kena bagi extra kat anak, sebab kalau kat tadika tu ramai, kekadang guru tak dapat nak fokus sorang2. Sudahnya, mak bapak balik yang kena mengajar anak kat rumah, kecuali kalau hantar kelas luar.

36 comments:

SitiNur77 said...

Sian anak2 kita ye. Memang betul mencabar. Mencabar juga untuk ibu bapa.

Kaklong, duk kg masa kecik2 ok tak? Risau tgk anak2 yg membesar di bandar ni. Confused budak2 mana satu betul, mana satu salah.

Anonymous said...

Salam K.Long!!!
smemgnya ila juga dlm keadaan d lema ttg perkara ini..
paling takut subjek math, budak drjh 4 dah start belajar subj utk form 1(zaman sya) punya..adeh..panik d buatnya..dah ler guna inglish language.huhukkk
rgds.
ila wt smile:)

Anonymous said...

k.long...tolongler..mansuhkan "word verification" tu....
ila.

Kaklong Syikin said...

salam,

sitinur:tq dtg sini ya. betul mencabar jaga anak2 akhir zaman ni

pasal anak2 duduk kg masa kecil, terserah pada individulah. terutama anak tu sendiri, dia suka atau tidak. kaklong lebih suka tanya pendapat anak. sbb dia yg akan alami benda ni.takut dia tak suka, dia akan alami depression n mungkin boleh jejas prestasi pelajaran dan emosi dia sendiri.takut2 dah besar nanti dia blame kita sbb letak dia kat kg.

saya kira, parent jaga sendiri anak2 pun ok juga, yg penting kita pantau perkembangan anak2 kita esp. ngan sapa dia berkawan. pd saya, utk mmbolehkan anak2 nak bercerita ngan kita apa saja, kita kena jadi kawan dia juga, baru senang dia nak share apa saja. lagi satu, doa tu penting utk anak2. apapun terserah pada parent utk masa depan anak2nya.

ikut pengalaman mentah saya, setakat ni, anak2 akan balik bercertia hal ehwal kat sekolah, kat situlah kita terangkan balik mana yg elok dan tidak. so, kat situ depa akan lebih jelas mana yg baik dan tidak.

Kaklong Syikin said...

salam,

Ila: wah..gitu ke? dahlah akak ni lemah math..ayok, bab math ni pas kat ayah depa la jawabnya. ke kita mak2 pun kena attend tuisyen math? aduh..siannya kat anak2 kitakan, teruk betul kena belajar

utk ila, akak dah hapuskan word verification tu :D..

Anonymous said...

TRIMASSSssssssss....hehehehhhh:)
trimas=tima kacih..
ila

Azer Mantessa said...

budak2 sekarang mang hebat. beg pun bertambah berat. dulu kita belajar matematik:

2 + x = 5 masa tingkatan satu

sekarang darjah satu pun dah belajar algebra nih ... peh

Kaklong Syikin said...

salam,

ila: sama2 :D

bro. Azer: ye betul tu..sib baik math drjh satu ni boleh lagi saya ajor..tp lelama, mmg surrender, sbb saya tak pandai math. nampaknya anak kena masuk tuisyen math la nanti

blackpurple @ jowopinter said...

Kanak-kanak sekarang jauh tak seperti kita dulu-dulu..

Dulu kita sekolah menengah baru merasa pegang komputer,sekarang semasa tadika...

Wan Amira said...

kaklong

tahun baru wajah baru..

anak-anak zaman sekarang ni kalau ikutkan exam oriented, kadang-kadang derang memang tahu bende yang kite ajar tapi tak tau macam mane nak apply, tak macam orang dulu2. tak tau laa ape pendapat kak long

Kaklong Syikin said...

salam,

BP: betul tu BP. kalau ada pc dan internet kat rmh, umur 3 thn dah start dah.

Mira: betul, kita terlalu exam oriented, sedngkan kemahiran lain yg ada pada mreka kurang kita gilap. ada pun time tadika, rasanya tak banyak..tp tak taulah di skolah swasta camner kan..

Lan Rambai said...

kita sebenarnya sedang mendera anak-anak kita tanpa kita sedari. umur 6 tahun dah dilatih tubi membaca kat tadika-tadika. Homework pun dah banyak.. kesiannya kat dorang.

ps.. saya darjah 1 tahun 1979.. hehehe

SitiNur77 said...

Salam...

Nampaknya, kita memerlukan lebih ramai 'educated housewives/moms' untuk lahirkan anak-anak cemerlang. Yang bestnya, syok dpt sama ulangkaji bila mengajar anak sendiri. Betul tak? Terutamanya bila bacakan mereka kisah-kisah Nabi ke.. Silap2 kita pun sama belajar.

Cam org Jepun kan, tatau la... masih diamalkan rasanya: Once dorang kawen, ada anak, dorang berhenti keja jaga anak. Tak kisah la dorang tu lulusan ijazah ke, master ke.. Cam tak caya je kan. Tp sebenarnya, itulah yg sebaiknya untuk anak-anak.

Saya selalu cemburu dgn surirumah yang dpt menjaga dan mendidik anak2 sendiri di rumah. Kebanyakan keluarga, tak mampu buat camtu. Terpaksa dua-dua suami isteri bekerja.

SitiNur77 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SitiNur77 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

inilah yg yus takutkan, anak yus lebih kepada BI, baca BI dah hampir lancar, BM satu pun tak pandai...sebut satu dua tiga pun mcm tergeliat lidah..tp one, two three dah boleh kira sampai 100..besarnya cabaran ibubapa skrg kan...Nasib baik balik Malaysia nanti dia masih 5 tahun, masih tadika..kalau tidak, susah jugak ni.

SitiNur77 said...

Sorry Kak Long.
Internet sini problem. Tu yg terpos 3 kali. Sorry yaaa... :p

RaFFLeSiA MeRaH said...

akak masuk darjah satu tahun 1981 yerk? akak lahir tahun bape yerk, tah2 same baya ngan sy kot...sy tahun 1975 lahir...hehehehe, sori tanyer umur akak lak...x nak gtahu x per kak, takut sebaya, duk panggil akak ni akak lak...hehehe, emmm...tapi biasa lelaki ni nampak jer lambat dpt bila belajar, biasa diorg ni lebih concentrate masa cikgu ngajar...tgk diorg studi pun susah....tapi result peksa, bagus dari yg pompuan duk study 24 jam tuhhh...stgh2 la kan....x sumer mcm tuhh...

Kaklong Syikin said...

salam,

LanRambai:betul tu Lan, mmg kesian kat depa. Syukurnya, tadika anak saya dulu tak pernah ada homework, bahkan tak pernah bawak balik buku, hatta pensil sebatang. Beg sekolah pun tak payah bawak. Kiranya pergi balik lenggang kangkung aje. Itupun sapa nak bawak bekal aje, terserah. tp kat situ dah disediakan pun.

1979...oh pangkat bro. la ni..oklah Bro. Lan..saya panggil bro. tanda hormatkan yg lebih tua :D

SIti Nur: betul pendpt siti tu ttg educated moms. tpkan ada gak ibu yg tak berpelajaran tinggi tapi berpandangan jauh. depa bagi moral support anak belajar sungguh2 hinggalah anak tu dah besar. ini berdasarkan pengalaman ibu saya sendirilah.

mmg seronok kalau kita dpt tolong mrk belajar. jgn tak percaya, kita boleh refresh memory kita balik terutama subjek2 agama tu (anak saya ada subjek agama silibus JAIS). saya setuju sangat ibubapalah pendidik utama anak2.di sekolah, mrk timba ilmu, cikgu x dpt fokus sorang2..so di rumahlah ibu bapa kena pantau pula mcm homework mrk dsb. skrg ni, tinggal ibu bapa atau salah seorang drp mereka sanggup atau tidak buat begitu.

itulah masalah wanita di zmn moden ini di mana mrk terpaksa bekerja utk membantu meringkan beban suami. kecuali kalau mrk boleh bekerja drp rumah.

p.s. hehe, jangan risau, saya tak marah kalau sampai komen keluar 2-3 kali ni, ia mmg kesilapan teknikal yg biasa. komen saya pun selalu mcm tu kat blog orang lain.

Yus: tak pe, masih ada masa lagi. satu segi yus dah untung, anak yus tak de masalah penguasaan b.i dah..kat sini kat math n science dlm B.I..cuma BM lah nak kena ajar diakan..tak pe..since dia dah kenal alphabets tu, yus pun dah boleh mula ajar anak tu suku kata dlm BM. sikit2 lama2 anak tu akan mahirlah, insyaAllah.

cikdinz said...

kalu bebudak lembeb masa tadika, maka die akan ketinggalan masa darjah 1...

13may said...

hahha...1st day masa darjah satu...saya terajang perut sorang budak lelaki...sebab lepas rehat, dia curik bangku saya....nangis dia..kesian kat dia....

sekarang, budak tu kawan baik saya....kawan baik sesgt:)

Unknown said...

tahun 1981 saya baru lahir.. heheh

Kaklong Syikin said...

salam,

cikdinz: betul tu ...parent dia la kena cepat2 bertindak

13may: kesiannya dia. sib baik jadi best fren dah

lindosh: hehe..junior sungguh ni

Mama Sarah said...

Semoga anak-anak saya tidak ketinggalan nanti.

Hanisumayyah said...

Kak Long, saya pun dok risau camana nak bagi Hani fokus masa saya ngajar dia dan boleh pandai baca bila 5 tahun. Takut bila masuk darjah 1 tak boleh nak ikut pelajaran darjah 1. Untung Kak Long dapat besarkan anak depan mata...puas hati, kan?

Kaklong Syikin said...

salam,

MamaSarah: InsyaAllah tidak. Yang penting kita usaha daripada awalkan

Hanisumayyah: betul tu Hani. Mmg puas hati. Ni saya dlm dilema juga sbb nak keluar bekerja, insyaAllah. takut saya tak dpt bantu mereka dlm pelajaran mcm saya buat sekarang.

tak pe, nanti bila tiba masanya insyaAllah awak boleh handle pelajaran Hani. Paling penting dia sendiri minat belajar.

D said...

bab sistem pendidikan kita, kalau nak cerita, kang monopoli blog kaklong pulak! tapi, kalau mengenai mengajar anak-anak membaca, ibubapa kena involve. lain anak, lain minat dan kebolehan. tapi ibubapa kena prihatin dan kenalpasti kalau ada masalah sebab cikgu pun tak reti gak (sesiapa ada keraguan, baca entry saya bertajuk 'think a little harder' : www.pausetoreflect.blogspot.com)

Kaklong Syikin said...

salam,

d: Allah..dialu2kan utk bercerita di sini. menarik nampaknya. jgn risau kalau ia panjang sampai monopoli blog saya :D
saya setuju ngan pendapat D mengenai hal ini :D

maklang said...

tu lah dia di Malaysia,,kesian bebudak ni, asyik kena belajar aje...mana dia skill lain yang boleh didevelop kat. Mulan kata kat Vietnam, schooling is more interesting...tak exam oriented...

Kaklong Syikin said...

salam,

maklang, samalah ngan Simah yg tinggal kat turki cakap, anak2 tak de exam pun start tadika- drjh 3. lebih kepada skill, tp still dpt report card utk tunjukkan prestasi anak tu.

itu agaknya budak2 kita tak berapa kreatif sbb exam oriented aje..menghafal aje tu (mana yg kena hafallahkan)

WRA said...

Syikin...itu hari akak ada beli set buku Mudah Membaca, dari set 1 sampai 8...bagi kat anak yg memang zero bab baca2 ni, bila masuk buku set 3, dah siap buleh baca ayat2 basic macam ibu, ini, susu, kuku kaki kekekekeek...akak la pulak rasa excited...nanti adik2 dia pun akak nak ajar guna buku ni sbb senang....

tengok gambar baby kat bawah tu, nak terkeluar air mata...sampai hatiiii!!!!!

ILA said...

wahhhhhh!!!!! sgat byak komen kat sini...sangat jeles okeyyy!!!hehekk
k.Long..meh..jenguk ke Pesta flora..ila dah update entry baru:)

Kaklong Syikin said...

salam,

Ila: jangan jeles meles ila. Orang lain tu lagi banyak dpt komen tau..akak punya ni sikit aje, tak caya tgk kat blog si 13May tu..fofular betul dia.

Haa..bagus2 dah update entri, akak p tengok nanti. insyaAllah.

Kaklong Syikin said...

salam,

Alamak, sorilah kak wan, tertinggal pulak komen kakwan. betul tu kakwan, mula2 ajarkan kita rasa mcm frust sbb bilalah anak ni nak pandai membaca.tak sabar betul, walhal, kena beransur2lahkan..mmg excited anak dah pandai menyebut suku kata tu..tu yg lagi galak belikan anak2 buku macam2 tu.

cikdinz said...

cobe lah anto anak kat smart reader. mahal lah sket tapi berbaloi....

Kaklong Syikin said...

salam,

cikdinz: dengar juga depa kata berbaloi. cikdinz antar anak k smart reader ya?