Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tinggal 2007

Salam,


Tahun 2007 telah meninggalkan banyak kenangan pahit manis buat kita semua. Tahun ni banyak peristiwa besar yang telah berlaku pada kaklong:

1. Kecederaan kedua2 buku lali ketika sarat hamil dan terpaksa berkerusi roda selama 2 minggu dan bertongkat lebih kurang 2 bulan;

2. Majlis konvo untuk pengajian Master kaklong. Berkerusi roda di atas pentas yang pastinya tidak dapat dilupakan;


3. Kelahiran Asmaa; anak ke 5 dan merupakan anak perempuan ke 4 kaklong ;

4. Aiman selamat berkhatan. Selesai satu tanggungjawab;


5. Kembali bergelar pelajar pada 26hb. Disember yang lalu. Cabaran terbaru.



Tinta kehidupan kaklong dan keluarga pada tahun 2008 berpindah ke:



SELAMAT TINGGAL 2007


Sunday, December 30, 2007

Asmaa dah 3 bulan

Salam,

Hari ni 30 Disember, genap Asmaa 3 bulan. Alhamdulillah dia sihat walafiat. Berat bulan lepas 5kg, tapi yang terbaru ni tak tahu lagi sebab 2 Jan nanti baru appointment suntikan dia. Badan dia kalau didukung rasa 'keras' dan tegap. Dia pun dah pandai menggenggam. Berborak style dia tu mmg dah, bahkan makin kuat suara dia bila berborak tu. Kalau dia memandang tepat pada kita, dia cukup suka membesarkan mata dia. Nampak bulat heheh. Tapi belum ada tanda2 dia nak pandai meniarap.

Sejak awal minggu ni, hari2 kaklong selitkan pesanan pada Asmaa kalau berborak ngan dia, lebih kurang, "Asmaa kalau duduk dengan orang jangan buat perangai, jangan suka menangis. Nanti orang tak suka. Duduk diam2 macam kat rumah tau." Dan macam biasa mata dia akan bulat besar memberi reaksi. Sambil mulutnya kumat kamit.

Hujung minggu ni memang tak kemana2 pun, suami ada hal. Jadi duduk rumah saja :D. Kepada Bro. Zino dan Rafflesia Merah, maaf tak de rezeki nak hadiri majlis kalian. Harap tak serik menjemput :D.

Friday, December 28, 2007

Muhasabah diri

Salam semua,

Saja nak share dgn semua akan fwd email yg kaklong dpt ni;

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.

Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.

Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kata2 Ibn al-Qayyim ni

Takziah kepada keluarga Benazir Bhutto atas kematian beliau yang mati ditembak. Al-Fatihah.
Hmm..bila pula ajal aku ni?

Seperti yang disarankan Simah, kaklong pun dapat semangat sikit nak kemas bilik belakang tu perlahan2. Memang tahan nafaslah time masuk bilik tu..sabor ajelah