Sunday, October 7, 2007

Nama Baby & Jaundice

Salam semua,

Ni kaklong ni. Terima kasih semua atas ucapan tahniah dan doa kaklong dipermudahkan bersalin. Alhamdulillah memang mudah bersalin. Tapi kali ni tak sempat nak citer perihal bersalin tu. Kaklong balik rumah sekejap ni lepas bawa baby ke klinik untuk check-up lepas seminggu.

Baby kena jaundice yang agak kuat, mata putih pun nampak kuning. Doktor arahkan baby masuk wad. Malangnya tak de cukup alat fototerapi kat klinik bersalin tu. Makanya kami memilih Hospital Selayang sebab dekat dengan rumah mak kaklong. Jadi, lepas waktu berbuka ni kaklong dan suami akan ke sana. Tolong doakan baby kaklong cepat hilang kuningnya ya.

Kesihatan kaklong pula, kena tekanan darah rendah beberapa hari lepas bersalin. Terkejut juga sebab masa bersalin tak de kes darah keluar banyak. Tak pernah kena macam ni. Doktor nasihatkan banyak minum air. Ada sesiapa punya petua untuk normalkan kembalikan tekanan darah selain daripada makan limpa, hati, kerang ?

Eh, lupa pula, nama baby ialah ASMAA (bunyinya Asma'). Simple ajekan. Part kaklong mengandung dan beranak dah selesai hehehe. Jadi, urusan nama anak2, suami kaklong yang uruskan :D. Oklah, berhenti dulu, kaklong nak balik rumah mak ni. Terima kasih di atas kunjungan kalian yg tidak pernah jemu ke sini.

Monday, October 1, 2007

Kaklong Selamat Bersalin

Assalamualaikum pembaca blog Kaklong yang budiman,

Alhamdulillah, Kaklong telah selamat melahirkan seorang baby girl seberat 2.8 kg pada jam 11.39pm malam tadi, 30 September bersamaan 18 Ramadhan di Gombak Medical Centre, Tmn Sri Gombak.
Baby selepas dilahirkan
Baby selepas dibersihkan

Video clip baby
Terima kasih atas doa kalian semua.
Nanti bila Kaklong dah balik rumah, dia akan cerita lagi.

Suami Kaklong,
http://www.AmalJariah2u.com/
Jom Berilmu & Beramal