Wednesday, June 27, 2007

8 tahun dah...

Dalam bulan Jun, ada 2 orang anak kaklong sambut birthday. Baru-baru ni Huda. La ni, Husna Fathiyyah pula, anak yang sulung lahir pada 26 Jun 1999, lewat 3 hari daripada yang dijangkakan lahir (sori kakak, ummi tak sempat buat posting ni awal2). Dia dah 8 tahun sekarang, tak sangka kejap masa berlalukan. Dulu masa dia lahir, rasa tak percaya kaklong dah ada anak sendiri. Bila dia dah boleh berjalan, dan kalau kami jalan bersama, rasa macam adik kakak aje berjalan, bukan macam mak anak. Sungguh ni! Sebabnya mcm tak percaya dah ada anak besar! (tapi orang lain lagi besar anaknya hehe).

Kakak, ummi dan ayah doakan kakak berjaya ngan cemerlang dalam pelajaran, dapat mencapai cita2 kakak yang besar tu dan jadi contoh yg baik pada adik2 tau. Kami nak lihat kakak berjaya dengan cemerlang dunia akhirat. Kakak mesti ingat, ada masa ketegasan kami adalah utk kebaikan kakak, kalau ada yang kami tegur perbuatan atau sikap kakak tu, bukan kerana tak sayang, tapi kerana sayang seorang ibu dan ayahlah membuatkan kami kena didik kakak daripada sekarang. Kami sepakat tak mau manjakan kakak dan adik2 dngn barang2 permainan dan penuhi segala keinginan kakak hingga kami tidak berani berkata tidak, takut nanti kakak terlalu dimanjakan. Sudahnya kakak juga yang binasa nanti. Ummi dan ayah tak mo anak2 kami jadi spt cerita Anakku Sazali. Ia menakutkan kami.


Nanti, kalau takdir ummi meninggal dulu, ummi percaya kakak boleh tolong ayah jaga adik-adik sebab ummi dan ayah dah didik kakak daripada awal. Ingat pesan ummi sejak kakak tadika dulu? Kalau ummi mati dulu, selalulah sedekah al fatihah pada ummi ya. Ummi juga dah nampak sifat seorang anak sulung dalam diri kakak, yang boleh diharap jaga adik2nya time ummi memerlukan, sebab kakak nampak matang dalam perbuatan dan percakapan walaupun biasanya sifat keanak2kan tu masih ada. Biasalah kakak masih kecil lagi.

Kakak mesti ingat sentiasa pesan ummi ni yang sejak dulu ummi terapkan dalam diri kakak, kakak anak yang cantik dan bijak, tapi kalau perangai tak cantik, tak de gunanya tau. Jadi, kemana2 kakak pergi, jagalah peribadi dan diri kakak baik2, jangan memalukan diri sendiri ya. Ingatlah, walaupun ummi dan ayah tak nampak apa yang kakak buat di sekolah dan di mana saja, tapi Allah sentiasa nampak kakak dan malaikat di kiri kanan bahu kakak sentiasa mencatat segala perbuatan baik dan sebaliknya.

Ibadah kakak pun kena jaga ya, sebab kat akhirat nanti, amalan2 ibadah baik kakaklah yang boleh bantu kakak utk jalan mudah ke syurga. Dan ummi dan ayah sendiri tak tau dpt jumpa kakak atau tidak masa nak kena timbang amalan kita tu untuk temankan kakak. Untung nasib kami sendiri tak tau macamana masa tu. Tu sebab kami harap anak2 kami semua terutama kakak yang paling besar ni jadi contoh pada adik2 menjadi anak solehah, kerana kalian adalah saham ummi dan ayah di sana nanti. Ingat tu ya.

Ummi juga harap sifat ulat buku kakak ( bukan ulat bulu tau!!) tu akan berterusan hingga akhir hayat kakak. Cuma ummi harap power spek mata kakak tu tak bertambah kuat la..adui, sedih pulak kakak masuk darjah 2 dah pakai spek mata. Ummi dah ayah dulu, masing2 start form 2 baru pakai spek mata.

Oh ya, pasal kakak kata cancel nak jadi angkasawan* tu sebab bulan tu jauh sangat, nak balik rumah pun susah, teruskan aje cita2 kakak tu, mana tau dapat gak jadi angkasawan, nanti dah abih bertugas kat stesen angkasa tu, baliklah bercuti ke rumah lepas dpt keizinan pihak NASA, nanti ummi masakkan lala sweet sour, siakap sweet sour, bubur pisang atau pulut hitam feveret kakak tu ek. Oh, tak ketinggalan teh 'o', minuman feveret kakak. Atau kalau tak dapat jadi, tak pelah, jadilah saintis atau doktor macam yang kakak cakap tu. Tapi, kakak kena bertambah rajin belajar daripada sekarang.

Ummi dan ayah sentiasa doakan kecemerlangan kakak dunia akhirat. Namun, kalau kakak tak dpt memenuhi salah satu atau semua cita-cita kakak ni bila dewasa kelak, jangan terlalu kecewa, barangkali Allah ada perancangan yang terbaik buat kakak. Kena selalu ingat dalam diri kakak, apa yang kita nak buat, andai tak dapat ditunaikan, itu adalah kehendak dan keizinian Alalh juga. Kita merancang dan Dia yang memutuskannya. Ini mesti disematkan dalam diri kakak ya. Tapi yang pasti, berusaha dulu. Dan err..kakak pernah cakap gak nak jadi power rangers lepas tengok citer power rangers tukan?, Lupakan ajelah ya, sebab tak de pekerjaan power rangers kat dunia ni. Itu pekerjaan rekaan semata2 untuk rancangan tv kanak2. Ok kakak, sampai sini aje ek. Ummi dan ayah cayanggggggggggg kakak. Muah! Muah!

8 tahun dah umur anak ummi - di rumah mbahnya

Umur 3 tahun, dia debab masa ni - di rmh mak kaklong



p.s: * Husna cakap nak jadi angkasawan masa umur dia 4 tahun lebih selepas baca ensaiklopedia mengenai angkasa lepas dan angkasawan. Kemudian cakap cancel tu masa announcement kerajaan bakal angkasawan msia kat dlm paper.

- Andai Bro. Id baca entri ni, tag Bro. tu insyaAllah saya akan buat juga :D.

Friday, June 22, 2007

Dah 4 tahun...

Salam,


Dalam adik beradik, dia anak ke 3, tetapi hari lahirnya paling awal. Makanya semalam, 21 Jun 2007 (Khamis) adalah hari jadinya yang ke 4. Huda Nasriyyah namanya. Dah 4 tahun Allah pinjamkan roh pada anak kaklong ni. Moga umurnya panjang hingga dewasa supaya kaklong sempat asuh dan didik dia hingga berjaya, insyaAllah. Teringin nak tengok dia masuk sekolah, masuk universiti, kahwin dan beranak pinak ...eiii bestnya!!!



Sorilah Huda, semalam ummi tak larat nak buat posting. Bahu lenguh semacam, jadinya nak menaip lama2 rasa sakit belakang. Yang harunya, ummi yang beria2 sejak hari Rabu nak wish Huda pagi semalam sebaik dia bangun tidur, terlupa le pulak. Time bila teringat ? SEmalam jugalah, tapi waktu ummi tengah gunting cili kering kat sinki dapur masa Huda tengah ralit tgk channel 63 (ruang dapur sederet ngan ruang tamu, tak de penghalang), huhu..bertuah punya ummi. Terus ummi cakap kat Huda lebih kurang, "Eh..hari ni hari jadi Hudalah.." apalagi, sambil menggunting cili kering tu, ummi pun nyanyilah kuat2 happy besday to you, hahaa..mak zaman moden, dah tak peduli dah larangan org tua2 jangan suka menyanyi kat dapur. Eh, tapi larangan tu untuk anak dara ajekan? Ummi dah jadi mak orang..so, tak termasuk dalam pantang larang tu, hahaha..( hish..jangan percaya pantang larang.ini gurauan semata. Percaya pantang larang yg tak wujud dlm agama boleh bawak syirik). Huda sengih aje masa ummi nyanyi tu.



Kaklong pun cakap kat Huda lebih kurang,

Hari ni umur Huda 4 tahun. Kalau orang tanya berapa tahun umur huda, huda jawab berapa?

4 tahun...(dia jawab sambil matanya ralit pandang kaca tv)


Bila kaklong bagitau Husna dan Aiman malam tadi yang hari tu adalah hari jadi Huda, Husna mengeluh kenapa tak bagi tau dia awal-awal (sebelum dia ke sekolah) kalau tak dia boleh beli kek potong kat kantin sekolahnya hehe..kaklong cakaplah lupa nak bagitau. Sorilah kakak...

Bila dah umur 4 tahun ni, memang banyaklah perkembangan tumbesaran dan kerenahnya;

Makanan feveret: roti letakkan susu f&n (makan berkeping2. Tengah malam pun boleh minta ), bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur nasi kosong, lala sweet sour, cekodok pisang, laksa (itu yg ingat buat masa ni)

Minuman feveret: semestinya susu fernleafnya tu

Hobi:

suka melukis, mewarna, menggunting (pernah gunting rambut sendiri..huhu) dan bermain, suka cakap pktn2 inggeris (guru dia adalah kartun astro channel 63. Rupanya, sambil tengok dia hayati perkataan2 yg dia dpt tu, biarpun kaklong tak ajar) .Inisiatif dia sendiri nak menyebut, tapi kadangkala penggunaannya salah cth:


huda meh la makan,

no, i'm hungry..

eh, kata lapar, mehla makan

no, i'm hungry

(baru faham dia rupanya maksudkan dah kenyang..)

oh..katalah i'm full (errr..ada perkataan Inggeris lain bermaksud kenyang? kaklong pun bukan reti sangat b.i ni). Hungry tu maknanya lapar.


karakter:

a. suka bergurau tapi sensitif, mudah menangis


b. bila menangis tak puas hati, dia akan press press tangisannya ( tau tak kalau orang tekan minyak motor berulang2? begitulah gayanya.ha, time tu mmg nak kena kalau suruh diam tak mo diam),


c. akan pertahankan diri betul2 kalau dia rasa dia benar, kalau rasa dibuli dia akan lawan cukup2 siap menangis lagi (pernah sorang adik sepupu sakat dia, dia lawan betul2, bila rasa dia kalah, dia dtg mengadu kat kaklong sambil menangis "ada sorang lelaki tu kacau uda" hahaha..punyalah ayat budak ni).


d. Tak boleh ditegur keras kalau tengah mengamuk atau menangis, dia akan lagi melawan, kena slow talk.


e. Ada masa dia tak mo berkongsi permainan, masa ni mmg tak leh dekat ngan dia


f. Bila Alia (adiknya) buli dia, dia akan menangis tapi tak melawan, susah nak tengok dia balas balik kat adiknya tu

g. Pandai berimaginasi


- dulu, dia suka cerita dia ada sekolah, cikgu dia masak utk dia, kat sekolah ada itu ini (kemaruk minta nak masuk sekolah. tahun depanlah rasanya masukkan dia ke tadika)


- la ni, bila nak dpt adik, dia suka pegang perut kaklong, pas tu dia boleh imagine adiknya kat dlm perut tu tgh main komputerlah, tengah memasaklah..kaklong cakap mana boleh baby buat semua tu, dia kata boleh, masukkan komputer kecik sangat dalam perut ummi, masukkan dapur kecik sangat dalam perut ummi..ha, pandailah tu. Bila kaklong cakap baby duduk dalam air (air ketuban) dia terkejut dan membulatkan matanya tak percaya..pas tu dia cakap, oohh..dia berenang? ha, ya lah..


h. suka meleser2 kat ummi ngan ayah, dan dia akan cakap, "ayah..my best fren" atau "ummi..my best fren"

i. Dulu, kalau minta tolong rajin betul nak membantu tanpa alasan, bahkan boleh volunteer nak tolong, tapi la ni dah pandai bagi alasan tak mo tolong, " uda sakit perut", "uda gatal kaki (sambil garu kakinya tiba2), "uda minum susulah". Masa ni tak leh nak kata apa dahlah..



Itulah ratu hati kaklong yang ke 3 ni.



Dulu : Rambutnya panjang

Sekarang : Gara-gara gunting rambut sendiri, terpaksa ayahnya 'betul'kan balik, potong pendek terus, kalau tidak, rambutnya nampak bercapuk2..

Tuesday, June 19, 2007

Kisah bersama Su, Zu, As, Mag dan Is........selamat membaca

Salam,

Ini adalah forward email yang kaklong dapat. Bacalah..tak rugi


Aku dan
Su

Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.


Aku dan Zu

Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.


Aku dan
As

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.


Aku dan
Mag

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan.


Aku dan Is

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.


Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is, masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Komen Kaklong: Menarik kandungannya, simple tapi berkesan di hati. Moga kita tergolong dlm mereka yang memelihara solat. kalau asyik bekerja sampai terlepas waktu dengan tidak sengaja, atau tidur nyenyak sampai terlepas waktu, cepatlah2 qada'.

TErima kasih ya doakan kaklong sekeluarga cepat sembuh. mata kaklong ngan suami dah ok. Kaklong malas sangat nak mengadap blog sekarang..apasal entah.

Friday, June 15, 2007

Kembali but slowly

Salam,

Kembali but slowly...maknanya kaklong dah boleh blogging tapi mood tu masih tahap minima lagi, so kena slowly la ni.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kaklong anak beranak cepat sembuh dan ada gak yang prihatin minta kaklong hati2 makan ubat ni sbb tgh pregnant. Terima kasih sekali lagi. Kepada yang baru dtg ke blog kaklong, terima kasih banyak2 kerana meninggalkan jejak.

Syukur mata2 anak kaklong semua dah sembuh betul minggu ni. Cuma mata kaklong ngan suami masih ada sikit2 kaler merah tu. Tapi yang penting tak perit lagi dah dan tak rasa siksa waktu sujud dalam solat. Rasa nak tercabut biji mata sakitnya. Kiranya hampir 2 minggu la kami sekeluarga sakit mata ni, siap demam panas lagi semua anak2 kaklong. Kaklong dan suami on off demam.

Minggu ni dah mula alam persekolahan sejak Isnin lepaskan, tapi Husna dan Aiman baru hari ni (Jumaat) kaklong benarkan ke sekolah setelah puas hati tengok keadaan mata mereka tu.


Oklah..nanti citer lagi (Malas lagi sebenarnya nak menulis ni).

Thursday, June 7, 2007

Sakit mata

Salam,

lama tak update ni..ada banyak citer. tp tak dpt nak citer buat masa ni. Kaklong, Husna, Aiman, Huda dan Alia sakit mata. Sakit mata ni sampai demam jadinya. Asalnya, biras kaklong (baru terima biras 26 Mei lalu) kena sakit mata ni Isnin lepas ( 4 Jun). Ahad tu (3 jun) baru majlis bertandang kat rmh mil. Kaklong balik Gombak malam Selasa tulah, cik abe dah start kojo. Husna dan Aiman tinggal rumah mil. Huda n alia ikut balik. So, hari Selasa, Husna kena pulak. Huda kat sini pun kena. Aiman kena Rabu. Sama ngan kaklong. Syukur kat rmh mertua tu ada klinik panel ofis suami, taklah susah2 pak mertua nak keluarkan duit ubat.

Pagi Khamis ni, Alia pulak kena, bangun pagi terus dua biji mata tu merah bengkak. Susah betul nak titikkan dua budak kecik ni ngan ubat mata. Punyalah dikejapkan matanya. Si Huda tu tahan lagi. Ni si Alia, sampai kena kepit dia utk paksa dia bukak mata. bunyinya kejam. tp kalau tak buat camtu, mmg tak dpt masukkan ubat. terpaksa tahankan hati tu ngan raungan dia. Tapi dah masukkan ubat tu, cepat pulak diamnya.

Oklah..nanti dah ok, sambung citer lagi. Ni badan pun rasa dedau semacam dah.