Tuesday, April 24, 2007

Kisah Alah

Salam,

Minggu ni dah masuk 15 minggu kandungan kaklong. Jumaat nanti, masuklah minggu ke 16 pula. Entah napa, mengandung kali ni rasa lambatnya masa berlalu. Mungkin sebab kondisi kesihatan kaklong yang agak teruk bagi kaklong masa minggu 9-12 yang lalu. Minggu ni baru start ok, takde pening2 kepala sangat, tak de loya2 tekak dan rasa pahit payau, angin gastrik pun jarang sangat. Cumanya mmg badan ni terlalu mudah penat. Inilah dia mengandung di usia 30 an ke atas (Ni kali k 3 mengandung dlm usia 30 an). Badan dah sizen kata orang.

Masa minggu 9-12 tu, kaklong rasa suffer gaklah. Sebabnya hari2 sakit kepala yang amat, tu yang jadi nak berbaring aje. Pas tu pulak, sesuka hati rasa demam tu datang. Kalau berbaring atau tidur tu, silap gaya terjaga tidur, sedar2 badan dah panas demam. Loya tekak dan rasa pahit payau tok sah cakaplah. Sampai kena makan asam nak hilangkannya, cuma kekadang tak jalan gak. Tapi saja2 nak muntah memang tak de. Masalahnya pulak, gastrik dan angin dlm badan kaklong menjadi2, setiap hari. Tak kira masa, siang atau malam. Sudahnya, terpaksa jolok tekak untuk muntah, baru rasa lega, kalau tak tu, mmg bertambah sakit kepala. Mmg tak de waktu tertentu keadaan tak sihat ni, pagi ok, petang sampai malam k.o. Begitu sebaliknya. Itu belum lagi penat badan yg teramat sangat, tak tau nape, walhal bukan buat kerja rumah sangat pun. Tapi penatnya masyaAllah. Syukurnya ALia dan Huda (time waktu siang kami bertiga kat rumah) sporting ngan keadaan kaklong, tak buat perangai mana ngan kaklong, takat2 depa bergaduh sesama sendiri tu adatlah.

Bila dah kondisi badan camtu, terus tak daya nak buat kerja2 rumah terutama mengemas dan memasak. Mmg tensyen gak tgk rumah tak berkemas mana. Nak harap cik abe, dia mmg sibuk. malam pun kerja atau dia p kelas master dia. Yang penting dia sporting ngan keadaan tu dan tak de nak marah2, dan tolong bila dia boleh. Makanan pula, lebih banyak beli di luar kecuali ada masa tu badan rasa ok sikit, baru masak. Buat sarapan pun , takat buat sarapan ringan utk anak2. Sarapan berat, biasanya ada waktu yg suami masuk kerja lambat, dia akan pulang hantar sarapan berat utk kaklong. Kami sarapan sama2.

Tapi jangan terkejut, dok tak sihat tak sihat tu, tak jejas langsung selera makan kaklong sbb kaklong tak de muntah2 tak tentu hala. tu yang baru 3 bulan lebih ni dah naik 7 kilo waaaaaaaa.

Kali ni, kaklong lebih sensitif ngan bau termasuk bau tumisan, tapi tak sampailah muntah2. So, boleh lagilah nak masak2 pun tapi masa ni kalau larat nak masak. First time kaklong tak suka ngan bau sabun pencuci pakaian. Pening kepala dibuatnya. Ni dah dua kali tukar jenama. yang terkini boleh tahan sikitlah, tp sesekali tu terasa pening gak ngan baunya.

Yang lucu tu, adalah dlm salah satu minggu tu, suami beli sotong basah, kaklong jadi geli nak nak menyiangnya, tapi sianglah jugak. Nak muntah pun ada. Peliklah mengandung kali ni.


Yang best tu, tengah tak sihat ni, ramai pulak tukang urut dlm rumah ni. Anak2 kaklonglah, sapa lagi. Husna dan Aiman (dia paling rajin volunteer nak urut), mmg tangan depa boleh tahanlah mengurut, rasa lega lepas tu. Tak lah susah2 nak tunggu suami balik nak minta tolong dia. Huda dan ALia pun sama sibuk nak tolong. Tapi Alia, alahai..jari jemarinya kalau mengurut mcm rasa semut jalan atas kulit kita. heheh..tak pelah, kena bagi dia urut gak, kalau tak menangis tak dpt nak urut umminya.

Oklah..nanti sambung lagi.

p.s. terima kasih semua atas doa akan kebahagiaan rumah tangga Kaklong. Amat dihargai, moga rumah tangga kita semua bahagia ya..

Kaklong dah start tinggal jejak kat blog orang, sebelum ni jenguk2 gitu aje..Tapi tak dpt nak ronda hari2 macam dulu. Blog ni pun kaklong takkan update hari2, tengok keadaan diri gak.

Thursday, April 19, 2007

Angka 9

Salam,

Tak leh lelama, cuma nak kongsi kegembiraan di hati ini.

Hari ni 19.4.2004. Genap 9 tahun usia perkahwinan kaklong. Alhamdulillah. Tak sangka masa berlalu tanpa disedari.

Doa kaklong moga alam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga kaklong dirahmati Allah sentiasa, kebahagiaan tanpa penghujungnya dan terpelihara daripada sebarang gangguan kejahatan dan hasad dengki syaitan, jin dan manusia; lelaki dan perempuan. Murah rezeki kami sekeluarga dan kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit2 yang merbahaya. Amin...

p.s. Terima kasih ya di atas komen2 di entri sblm ni.

Wednesday, April 11, 2007

Lepas gian

Salam,


Nak lepas gian ni...Rindu nak mengganaz blogging tapi keadaan diri kurang mengizinkan. Badan masih on off kurang sihat terutama sakit kepala dan mual2 tapi tak de saja2 muntah2 pun. Dah masuk 13 minggu lebih (3 bulan 4 hari).

Oklah, tak leh lelama ni, dah mula mual tekak. Terima kasih ya atas semua ucapan tahniah dan doa yang diberikan. Amat dihargai.

Ni tak tau bila lagi nak buat entri baru. Wassalam.