Thursday, March 8, 2007

Alah Blog ?

Salam,

Tak leh lelama ni, mengadap pc ni terutama blog buat kaklong pening kepala dan loya semacam.

Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen kat entri bawah ni. Mendoakan kaklong cepat sihat. Amin. Terima kasih banyak2. Sekali lagi maaflah tak jawab komen2 anda. Sebenarnya, dah lama nak bagitau sebab tak sihat ni, sejak kaklong buat entri "Paksa Diri" dulu, tapi duk berbolak balik nak bagitau atau tidak. Fikirkan awal sangat pulak nak bagitau. Tapi ari ni, nampaknya kaklong bukak citerlah. Kaklong pregnant sebenarnya. Dah nak masuk 9 minggu (esok, Jumaat, genap 9 minggu). Kaklong tau hal ni pada hari birthday kaklong (10 Feb), masa tu dah 5 minggu.

Kaklong rasa kaklong tak leh nak aktif blogging dah, mau pun blog hop. Sebelum2 ni, dah rasa mood on off aje nak blogging, tu yang kaklong announce dlm entri "Buat Sementara Waktu"(tak tahu masa ni dah pregnant) . La ni, bertambah teruk pulak rasanya terutama sejak Sabtu lepas. Agaknya kaklong alah blog tak? Tak taulah. Tapi yang pasti, tak leh ingat kat blog sendiri mau pun blog orang lain. Pening kepala semacam dan loya jadinya. Itu style mengandung pun ada ka???

Kiranya dah terjawablah ya semua persoalan. Nani, dah taulah ya napa akak senyum simpul masa baca entri "Good News" awak lama dulu :D. Oren dan Luna, mmg Alia nak dapat adik dah hihi. Azwa, dah terjawablah ya apa sakit saya hehehe.

Pada yang rajin datang ke blog ni, terima kasih banyak2lah sudi datang lagi walaupun kaklong lama tak jengah blog anda. Kalau jenguk nanti pun, belum tentu tinggal jejak sbb tak leh lelama. Ana banyak fening lalatlah..

Ohh..kena stop dah, kalau teruskan gak, mau boleh muntah depan pc ni. Tak taulah berapa lama alah blog ni berlarutan. Ikutkan banyak nak citer, tapi nantilah ya. Pendek kata, tak leh nak mengganaz lagi... eeiii udah2, nak muntah rasanya ni, kepala tambah berpinor :(.

Tuesday, March 6, 2007

Maaflah ya

Salam,

Maaflah banyak2 ya. Kaklong tak balas komen yang banyak kat entri sebelum ni, terkejut juga ramai yang respon. Kaklong tak blog hop. Bukan sombong tau. Ni lebih kepada kesihatan diri kaklong sebenarnya. Kurang sihat. Bila tak sihat ni, jadi malas blogging. Maaf ya. Sihat nanti, insyaAllah kaklong mengganaz kembali.

Thursday, March 1, 2007

Serangan Stroke

Assalamualaikum,

Pernah tengok orang kena serangan awal stroke? kaklong berpengalaman baru2 ni melihatnya bila ia terjadi pada jiran cina di sebelah kanan rumah kaklong ni. Jiran ni suami isteri, dua2 bekerja. Si suami kontraktor tak salahnya dan si isteri bekerja di pejabat, tak ingat kat mana. Sepasang anak depa duduk kampung dan bersekolah di sana. Rutin si suami ni yang kaklong perhatikan, pagi2 hantar isterinya ke pejabat, pas tu dia akan pulang ke rumah atau lewat tengahari dia akan pulang ke rumah dan hanya akan keluar semula sebelah petang atau malam untuk mengambil isterinya. Jarang nampak dia keluar seharian dan hanya akan pulang malam bersama isterinya. Kalau dia duduk kat rumah tu, memang dia akan tutup pintu, langsir dan mangga sekali grill pintunya tu. Sesekali dia akan buka sliding door dia cuma pintu grill aje bermangga.

Hinggalah pada Isnin (11 Feb), seperti biasa rutin dia balik rumah lepas hantar isteri dan last kaklong tengok dia bukak sliding door dia pada waktu tengahari masa menjemur kain baju. Dan sesuatu menghairankan kaklong masa sebelah petang, lebih kurang hampir jam 6, pintu rumah dia masih bertutup dan dia tak keluar rumah langsung.! hati tu terdetik sesuatu sambil mengangkat kain di ampaian. Pelik napa dia tak keluar rumah langsung petang tu!!

Hinggalah waktu malam, biasanya maghrib kaklong akan tutup sliding door rumah dan buka setelah 8 mlm ke atas. Masa tu kami tak de dengar apa2 atau nampak situasi yang mencurigakan pun. Kebetulan suami kaklong nak keluar, masa tu hampir jam 10 malam, tugas kaklong memang buka dan kunci pagarlah kalau dia keluar tu. Masa nak buka pagar ni kaklong nampak ada satu keta menghalang depan pagar rumah kami dan nampak 2 3 orang depan rumah jiran cina ni. Pelik tu...kaklong dan suami kehairanan mcm ada yang tak kena terus suami tanya pada salah sorang drp mereka ni. Kata sorang perempuan ni, adik ipar lelakinya suspect kena stroke. Terkejut kami sebab tak dengar apa2 bunyi langsung dan tak nampak suasana riuh rendah atau si isteri datang minta bantuan kami. Terus kami masuk ke dalam rumahnya. Terkejut kaklong tengok si suami tu, dia tengah terbaring atas rest chair elektronik kat ruang tamu dalam keadaan badan dia mcm tarik sikit2 sebelah kiri, matanya dah tak boleh buka, paling kasihan tengok mulut dia terbuka dan lidahnya dah tak boleh keluar, macam bergulung ke dalam!!! bila orang tanya dia respon tapi dia tak boleh bercakap dah, cuma keluar ohk ohk..ya Allah, kesiannya tengok dia suffer camtu. Isterinya tolong sapukan minyak angin kat dada dan kepalanya, jiran sikh yg kebetulan sorang nurse tolong urut jari jemari tangan kanannya dan adik lelaki si suami tu pulak urut sebelah kiri. Nurse tu sempat check tekanan darah tinggi. Tinggi rupanya. Kesian gak kat isteri dia, tak sempat rehat langsung terus kena hadapi situasi suami. Syukur dia tak panik, nampak tenang aje. kalau kaklong..entahlah, berapa banyak air mata keluar dah (den ni sonang nangih).

Cerita sebenar, si isteri ni dah abih waktu pejabat, call suami dia, tapi tak berjawab hinggalah last jam 6 petang dia called tak berjawab gak. tu dia balik sendiri naik bas, dan sampai rumah jam 8 malam lebih tengok suami dia dah terbaring atas kerusi rehat yg terletak kat ruang tamu, tapi muntah punyalah banyak kat atas lantai. Cepat2 dia call adik iparnya (adik si suami tu) dan minta datang segera. Kata si isteri, rupanya sejak pagi tu suaminya dah tak berapa sihat, tapi tak sangka jadi camni.

Jam 10 lebih, ambulan pun sampai. Ni pun bercinta menunggu ambulan, adalah 45 minit baru nak sampai. Sebelum tu, call sorang doktor klinik swasta pun doktor tu tak dpt dtg sbb patients tengah ramai.

Ralat sungguh kami sebab tau lambat. Agaknya kalau suami kaklong tak bercadang nak keluar malam tu, sampai ke sudah kami tak tau. kaklong tak terbayang berapa jam dia suffer dlm keadaan tarik tu hingga waktu isterinya balik. Kasihan betul. Kaklong syak, waktu petang tu lagi dia dah kena dah..sayang sangat, kalau dia tak tutup sliding door dia, mungkin kaklong atau jiran2 lain boleh terdengar dia jatuh dan erangan sakitnya, mungkin kaklong dan jiran2 lain boleh tolong apa yang patut segera.

Kami duk seharian esoknya (Selasa) menunggu penuh debar si isteri ni pulang drp hospital sebab dia tak balik langsung sejak ke hospital malam tu. Bila hampir jam 6 petang, baru kaklong terdengar suara anak jiran ni ada, cepat2 kaklong keluar bertanyakan khabar si jiran ni daripada sorang saudaranya yang ada sama masa tu, nampaknya operation di kepala akan dijalankan untuk mengetahui puncanya. Kasihan pada anaknya, baru sampai dr kampung, belum jumpa lagi ayahnya. Kata2 support aje dpt kaklong berikan. Sebelah malamnya pula, saudara mara dan si isteri pulang ke rumah, suami sempat keluar dan berborak kejap. Pembedahan dah dibuat, lebih kurang 3 jam. tapi mereka tak boleh masuk lawat dulu. Tu yang isterinya balik rumah dulu.

Kejadian ni memang menginsafkan. Buatkan kaklong terfikir kena hari2 minta ngan Allah beri kita kesihatan yang baik, jangan ditarik nikmat sihat daripada kaklong sekeluarga. Terbayang2 sebelum tu jiran ni sihat walafiat menghantar dan isterinya . Tup2 petangnya dah jadi camtu pula. Paling kaklong tak boleh lupa keadaan lidahnya tak boleh keluar tu..ya Allah, entah kenapa ngilu melihatnya. Memang nampak sangat dia suffer masa tu. Kaklong doakan dia cepat sembuh. Kasihan isteri dan anak2nya. Paling kesian pada mereka sekeluarga, perayaan tahun baru cina hampir menjelang.

Terkini: Dia dah selamat dibedah di bahagian kepalanya, ada cecair yg tersumbat. Rupanya dia ada hypertension. Ari tu dia dibedah di Hospital Besar KL. Sekarang ni dah dipindahkan di Hospital Besar Selayang. Doktor hanya akan benarkan dia keluar setelah keadaannya benar2 memuaskan. Kata isterinya, dia dah kenal orang. Kaklong pun doa dia cepat sembuh. So, pada sesapa yang ada hypertension tu, kena jaga2 ya. Rajin makan ubat ikut waktunya. Yang cina ni mmg tak tau langsung ada penyakit tu. tup2 terus kena serangan stroke. Moga jadi iktibar buat kita semua.

Kebakaran

api tak nampak, tapi mmg tengah marak kat situ

Masa ni mendebarkan sbb api tu dah hampir ke bawah

Snap drp dlm rumah kaklong

Salam,
Gambar2 di atas ni adalah kebakaran yang berlaku di hadapan rumah kaklong pada hari Jumaat (9 Februari). Deretan rumah ni menghadap bukit. Tak tau daripada mana kebakaran ni datang dan apa puncanya, yang pasti ia merebak daripada arah bukit sebelah kanan hinggalah melepasi depan rumah kaklong ni dan hampir ke penghujung bukit sebelah kiri.

Asalnya kaklong tertidur di ruang tamu bersama Huda dan Alia lepas waktu solat Jumaat dan terjaga bila terdengar bunyi api marak (menyeramkan bila diingat). Masa tu pintu sliding rumah mmg dibuka. Cuma grill sliding door aje bermangga. Kaklong terus bangun dan meninjau keluar, MasyaALlah...api tengah marak sangat2. Sempat tengok jam kat dinding, masa tu lebih kurang hampir jam 3 petang. Panik kejap takut2 api tu baru bermula dan tiada orang yang menelefon bomba lagi. Terus kaklong call 999 nak laporkan kebakaran tu. Bila pihak Bomba jawab, rupanya depa dah tau pasal kebakaran tu dan dah hantar pasukan ke sana.

Adalah dalam sejam depa settlekan semuanya. Syukurnya antara bukit dan jalan raya depan rumah kaklong ni dipisahkan oleh longkang besar, kalau tak mau boleh merebak kat area rumah kaklong ni. Bila fikir2 balik memang menyeramkan saat tu. Yang buat kaklong terfikir, kemana monyet2 liar yang ada kat bukit ni pergi, tupai2 yang rajin turun ke area rmh kaklong ni pun dah tak nampak. Paling merisaukan, kot2 ada ular yg bersarang kat situ turun ke bawah mencari tempat berlindung. Harap2nya tak delah. Sekarang ni, keadaan bukit tu dah jadi macam suasana musim luruh pula. Cantik pula nampaknya. Alamak, tak de pulak gambar tu nak ditunjukkan.