Wednesday, January 31, 2007

Takde rezeki dan perkataan berlawan

Assalamualaikum,

Sepatutnya, tika dan saat ni (tika begini mencari2 kemana kau menghilang, saat begini ternanti2 wajah mu sayang..eik..dah melalut lagu si Ijam - Medicine tu plak. entah tul lirik tu entah idak.harap maafkan ya peminat2 maut Ijam. ni zmn tok kaduk saya dulu 2 lah ni ) saya berada di dalam dewan seminar yang saya sebutkan minggu lepas. Tapi, dah namanya tak de rezeki, saya terpacak depan pc menaip entri ni. Alkisahnya, mak saya yang bersetuju untuk menjaga Alia dan Huda terpaksa pulang ke kampung gak hari ni ada urusan yg sangat segera. Asalnya dia nak bawak sekali kanak2 ribena ni pulang ke kampung sebab balik hari aje, tp saya tak benarkan, bimbang kot apa2 berlaku tengah jalan, mcm keta rosak ke, tayar keta pancit ke, nanti menyusahkan ibu dan adik saya pulak nak kisahkan anak2 saya tu. Suami pun berat hati nak bagi disebabkan jauhnya tu (negeri Sembilan). Jadi, saya batalkan sertai seminar tu. Sedihlah gak, tapi tak pe, ada hikmah di sebaliknya.

So, kepada bro. Akma (kalau baca entri ni), nampaknya tak dptlah saya nak buatkan soft copy tu ya. Dan kepada Inqilaab , nampaknya tak de rezeki kita nak jumpa, wlwpun seketika. Sori ya sms lewat tgh malam, sbb kalau awak tau awal, mungkin awak boleh cepat2 buat agenda lainkan.

Ok..cubalah bayangkan jika anda berada di tempat cikgu B.M ni:

Murid : Selamat pagi, Cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan
itu,
faham?

Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
***

Penatkan kalau macam ni...er, jangan mare ya. saya dapat forward email ni :D.


Tuesday, January 30, 2007

Ucapan

Assalamualaikum,

Semenjak 10 malam lebih tadi, mata saya kerap memandang jam dinding. Tak sabar menanti jam 12 malam. Kalau dia pulang awal, nampaknya tak jadilah surprise ni. Beberapa minit sebelum jam 12, saya menaip sesuatu dan menunggu masa utk detik 12 malam. Elok aje masuk 12 malam, saya pun hantar sms tu:

HAPPY BIRTHDAY

Tak lama tu, berbunyi handphone saya. Lebar saya tersenyum. Tak sangka dia nak call plak hehe.

Happy birthday!! ucap saya

Er..baru 11.59 la (Dia dalam keta ni)

eh dah 12 dahlah

ha, baru 12... (jam kami tak sama, cit..sabor ajelah).

hehehe...dah bertambah tua

alah 33..tua apa...Nak bagi hadiah apa?

*&^%%%$$% (shhh..tak leh citer ni)


ada ke *&&%$$##, dia gelak. Saya pun gelak

Kat mana ni?

Nak balik dah, baru lepas bayar bil

belilah kek ke kot2 kedai bukak lagi (ada ke kedai kek masih bukak 12 mlm?sajalah tu) . Kemudian perbualan kami stop.

Jadi, Entri ni khas untuk SUAMI Kaklong terchenta,

SELAMAT HARI JADI SAYANG
I LUV U SO MUCH. I HOPE U LUV ME and OUR KIDS MORE :D

TIGA PULUH TIGA dah ya bang...

Doa Nor;

Moga panjang umur supaya kita boleh meniti hari2 tua bersama, ingat lagi abang tanya umur kita dah 50, nak gurau senda lagi tak? Off course la...Nor nak gurau senda ngan sapa lagikan. InsyaAllah ya...
Moga kesihatan abang baik sentiasa. Tak sanggup tengok abang menanggung sebarang penyakit;
Moga murah rezeki abang sentiasa ;
Moga menten hensem pada mata Nor sentiasa;
Moga amal ibadah abang bertambah sentiasa;
Moga abang menjadi anak, suami dan bapa yang bahagia sentiasa.
Moga abang jadi insan berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Monday, January 29, 2007

Jiran

Assalamualaikum,

Nak citer ni pasal jiran sebelah kiri rumah saya. Keluarga Melayu. Baru berpindah keluar ke rumah baru mereka minggu lepas. Semalam (Ahad), jiran baru berpindah masuk. Keluarga Melayu juga. Ramah pasangan suami isteri ni. Yang menariknya ttg sbb perpindahan rumah mereka ke sini ialah rumah sewa lama yang baru beberapa bulan diduduki tu ada 'orang' lain gak..eiii..meremang bulu roma saya mendengar cerita si Isteri. Suami n anaknya diganggu. Yang 'orang' tu siap bermain ngan anaknya lagi ( 1 thn lbh). Si suami pulak nampak kelibat hitam. Start 10 mlm lebih ke atas dah kacau. Cuma isterinya tak kena kacau. Kemudian depa pun dapat tau yg sblm ni, ramai penghuni sewa rumah tu keluar masuk. Tak tahan lama. Tulah depa pun amik keputusan pindah rumah. Menyeramkan bila serumah ngan 'orang' lainkan. Saya pun pernah ada pengalaman camni. Takpe, itu entri lain nanti.

Oh ya, jiran lama tu, tinggalkan beberapa pasu bunga termasuk sepasu pokok limau purut. Pasu2 bunga yang lain tu, ada jiran lain pula mengambilnya. Ada yang ambil pasu aje, bunganya dikeluarkan. Ada yang amik bunga + pasu sekali. Awal lagi saya dah minta izinnya utk mengambil pasu pokok limau purut tu. Dengan senang hatinya dia izinkan. Hmm.. dah jimat sikit duit belanja sayur. Kat kedai, RM 1 beli beberapa tangkai daun limau purut tu. Bukannya sekali pakai terus habis, selalunya sampai jadi layu dlm freeze tu.Yelah, bukannya hari2 masak menggunakan daun limau purut. Dah ada pokok ni, senanglah, time nak guna aje pi petik sehelai dua. Fresh lagi tu.

Friday, January 26, 2007

Rumah Pink

Assalamualaikum,

Lokasi: Ruang tamu rumah

Waktu: 6 petang lebih

Hari: Jumaat (hari ni daaa)

Pelakon: ummi, ayah, Husna (Drjh 2), Aiman (drjh 1), Huda ( 3 thn lebih), dan Alia ( 2 thn lbh) .

Suasana : Duduk bersantai sambil menonton tv dan Aiman mengadap kerja sekolahnya. Husna duduk kat bilik tidurnya di tingkat atas.

Sedang khusyuk menonton Mutiara Hati berselang seli ngan citer cina TV3 tu (payah kalau satu tv ni, masing2 nak tgk citer kesukaan, sudahnya bergilir time iklan), Aiman yang tengah buat kerja sekolahnya tiba2 bersorak,

Yeee..Aiman dah ada rumah. Rumah merah, sambil mengangkat dua2 tangannya.

Husna (drjh 2) yang mendengar sorakan Aiman, berlari turun ke bawah sambil menjerit,

Kakak rumah hijau,

Ummi dulu rumah biru, sampuk ummi pulak.

Tiba-tiba,

Uda rumah pink, sampuk Huda yang tengah menyusu botol tu sambil duduk bersandar kat ayahnya.
Kami semua terkejut. Tak sangka itu reaksi Huda. Bulat mata ummi memandang uda sambil tersengih. Uda tersengih2 memandang ummi. Ayahnya yang ralit menonton memandang Uda sambil tersenyum meleret.

Mana ada rumah pink! Aiman menidakkan Huda dngn air mukanya yg seakan marah. Dia memang pantang adiknya cakap benda yang tak benar.

Biarlah dia Aiman, sampuk ummi. Ummi mmg biarkan Huda bercakap, biarpun salah faktanya. Saja nak galakkan dia bercakap, pendiam nanti susah pulak.

Ayah..ayah rumah apa dulu? (Ummi tak ingat sapa yang tanya)

Ayah rumah hitam..sengih ayahnya menjawab. Semua riuh jadinya. hehe.

****

Hehe..Huda tak tau rumah yang Aiman maksudkan ialah rumah sukan sekolah. Teringat balik zmn sekolah rendah dulu, kaklong dapat rumah biru. Memanaskan kerusi penyokong aje . Kaki bangku tak masuk mana2 acara balapan (err..betui ke istilah ni? kalau salah tolong betuikan ya. Alah, acara lari2 tu (100m, 200m, berganti2)...masa ujian pemilihan wakil rumah, awal2 dah out hehe. Harap aje badan kurus masa tu. tapi takleh gak lepas.

Dulu anda rumah mana?

Thursday, January 25, 2007

Jangan Ketawa

Assalamualaikum,



Afdal kalau baca sebelum keluar rumah.

Doa pemanis muka nie sesuai dibaca 3 kali sebelum memakai bedak atau apa2 alat solek. selamat mencuba.....



"minyak si tuang tuang, ku tuang dalam kuali, muka ku macam beruang, semua orang lari. kuang.. kuang.. kuang.."....... :):) :p

Err..jangan marah saya ya. saya pun dapat forward email ni :D

Saman

Assalamualaikum,

Saya kira sejak berita utama malam tadi terutama yg menonton Buletin TV3 dah maklum yang ada warga bloggers kena SAMAN oleh NST yg dikatakan me LIBEL NST. Sebenarnya 2 malam lepas saya masuk drp satu blog ke satu blog hinggalah termasuk ke blog Rocky's Bru salah sorang blogger yg kena saman ni (Beliau seorang wartawan). Dan seorang lagi Jeff Oii . (Anda boleh klik kat nama mereka ni). Saya doakan mereka kuat dan tabah. Saya percaya, jika mereka menulis di atas nama kebenaran, mereka akan mendapat kemenangan juga, tidak kira dalam apa juga bentuknya.

Update:

Saya difahamkan juga, satu Bloggers Legal Fund akan ditubuhkan untuk membantu bloggers yang menghadapi tindakan undang2 seperti kes bloggers di atas. Oh ya, Bloggers United juga ditubuhkan rentetan perkara ini.

Wednesday, January 24, 2007

Cabaran khusyuk

Assalamualaikum,

Kaklong masuk ke blog ni sebagai lawatan balas, dan entrinya mengenai petua khusyuk dalam solat. Kesimpulannya, memang nampak mudah, tapi praktikalnya payah. Mungkin orang lain mudah khusyuk, tapi kaklong...aduh, banyak pantang larangannya untuk khusyuk. Dulu, masa zaman sekolah, kaklong memang tak boleh menghafal lagu2 , siaplah, time solat tu, angkat aje takbir, tup2 macam dalam hati ni ada radio, terus aje hati tu menyanyi2 lagu2 yg kaklong hafal tu. Menyampah tul, entah syaitan calit berapa bapak iblis hantar nak goda kaklong jgn khusyuk. Kekadang tu, elok aje angkat takbir tup tup tak sedar dah bagi salam..macam tu pun ada ka??? Itu belum lagi kalau tengok2 citer drama or filem, tengah solat tu, elok aje terbayang2 scene drama kat mata kita, jahat tul syaitan ni kan, saja jer nak distract kita drp 'berbual-bual' khusyuk ngan Allah. Puaslah duk pejam2kan mata nak khusyuk. Tapi tembus gak, nampak gak scene2 tu..naknya hero heroinnya, terutama citer hindustan...haru tul. Pendek kata, kalau lagu n citer tu, untuk diri kaklonglah, dengar dan tengok camtu aje, jgn sampai melekat kat hati, payah khusyuk solat.

Lagi satu, kalau ada masalah, tengah solat tu memang boleh teringat2. sudahnya hati kita hanya fokus pada masalah, bibir aje yg kumat kamit baca ayat, tak sampai kat hati. Camnerlah nak jadikan solat kita tu sebagai salah satu cara utk tenangkan fikirankan. Kekadang duk memikir masalah tu, sampai terlupa kita dah rakaat ke berapa. Itu belum lagi kalau sebelum solat kita terlupa letak mana sesuatu barang tu, or kita terfikir nak buat sesuatu tapi terlupa, ha time solat tulah tiba2 teringat kat mana letaknya atau teringat benda yang lupa nak buat tu. sabor jelah.


Lagi satu, perasan tak, kalau kita start aje baca surah2, ada masanya laju aje nak abihkan bacaan, macam nak kejar sesuatu. tu yang solat pun tak sampai 5 minit dah siap. tu yang tak sedar solat dah siap, sedar2 dah bagi salam kedua. Ni pun syaitan kacau gak sebenarnya, dia nak kita cepat sampai kita tak perasan entah tajwid surah yang kita baca tu betul atau idak. kalau tak betul, dah salah, silap haribulan solat tu tak sah. itu belum part sebutan ayat betul atau tidak, kalau salah sebut dah lari makna bahkan salah sebut baris ayat tu pun boleh berubah makna. Bahasa arab ni lain sikit, sesetengah perkataan boleh beri banyak makna, salah sebut, tu berubah makna. Tu kena hati2, silap hari bulan, itu bukan ayat quran dah yang kita baca, tapi ayat songsang. Tu pentingnya belajar tajwid, terutama mengetahui tempat keluar huruf tu. Ini salah satu ingredient penting untuk solat kita diterima Allah. Tapi, kalau baca laju dan tajwid bacaan hebat, dan mmg fokus 100%, no hal.

Kalau dah ada anak ni, lagilah susah nak khusyuk, terutamanya anak2 kecil dua tiga orang. Kalau sapa ada anak2 tu fahamlah. Terutama yang toddler tu, kita elok aje mula solat, depa landing kat tempat sujud kita, atau main sorok2 dlm telekung kita (ni anak2 kaklong lah ni), siap peluk2 kaki kita, main kejar2 keliling kita, kita yg nak khusyuk ni jadi hot. Itu belum lagi depa panggil2 kita, sebab tak tau yang tengah solat tak leh jawab. Selagi tak jawab selagi tu depa duk memanggil kita. Naknya kalau depa pegang barang, siap tayang2kan lagi depan muka kita. Pernah sekali tu, kaklong nak sujud sambil pejam mata (ni kes nak khusyuklah ni), terkejut sebab kaklong tersujud atas kepala anak kaklong!!! bukak mata, ya Rabbi, rupanya elok anak kecik kaklong ni landing atas tempt sujud tu. Mungkin ada berpendapat, jangan solat time anak2 ada, memang betul. tapi kalau kita dn anak2 aje yang ada masa tu. mcmana pula, terpaksa solat gaklahkan. tp sebenarnya inilah salah satu cara didikan utk mereka solat awal, paling penting tahu pergerakan solat tu. seronokkan bila anak kita usia setahun lebih dah tau pergerakan solat.

Pendek kata, kena usaha lebih utk khusyuk ni terutama bab memahami apa yg dibaca dlm semua rukun solat. Bacalah entri blogger ni tentang petua tu. Dan sebaiknya mula masa berwuduk tu dah kena khusyuk. Kaklong pernah baca kisah sorang sahabat Rasulullah, masa amik wuduk tu muka dia dah pucat, bila ditanya kenapa, sebabnya dia nak mengadap ALlah. Tengok tu, punyalah sampai camtu sekalikan. Kalau kita, tengah amik wuduk tu boleh siap2 bercakap lagi, naknya time berwuduk ramai2, siap boleh anyam ketupat ( mengumpat) lagi tu, gelak2 lagi. Itulah dahsatnya penangan godaan setan ni tak mo kita rapat ngan Allah. Kita yang tak perasankan.


Tapi..bila dapat tangkap khusyuk tu, aduh...rasa tenang setenang2nya. Bila qiyam (berdiri) tu, rasa badan kita cinonit sangat. Masa membaca surah tu ngan tajwidnya, rasa lazat sangat bacaan tu. Masa rukuk tu rasa rendah sangat sebab tunduk pada kuasa Maha Besar. Masa sujud tu, ni lagi best, rasa kita kecik sangat macam semut sampai rasa tak mau bangun, sedap sangat sujud tu rasanya, tak sedar air mata mengalir laju. masa ni memang boleh keluar air mata sebab kita rasa kita lemah sangat sampai mintak semuanya ngan Allah. Masa duduk antara dua sujud tu atau tahyat tu, rasa kecik sangat sebab kita berteleku dan memohon depan kuasa Maha Besar. Kan seronok kalau hari2 solat 5 waktu dapat rasa macam ni.

Tuesday, January 23, 2007

Macam2 pun ada....

Assalamualaikum,

Nak citer apa ya?

Ok, semalam seharian kat rumah mak, sebab ada penyelenggaraan paip air ke apa entah kat rmh kaklong, so kena tutuplah main paip kat luar rumah tu. Nak harapkan air tangki aje tak berani, takut terbanyak guna, tak cukup plak nanti. Dahlah asyik keluar masuk tandas aje. Lepas hantar anak2 ke sekolah, suami hantar kaklong dan dua anak kecik ni p rumah mak. hampir tengah malam baru balik Gombak semula.

Oh ya, hari Sabtu ari tu, sapa tengok Majalah 3? Rezeki Aidid n isterinya dpt buat haji dlm usia muda n badan tengah sihat. Ditaja lagi tu. Itulah rezeki namanyakan. Rindunya ngan tanah haram tu...Sibuk Aiman tanya napa ummi menangis. Bila kaklong cakap sedih pasal citer kat Majalah 3 tu, dia mcm tak percaya aje. Hehe. Entahlah, sebak sangat masa tu. Bilalah dpt ke sana lagi ya. Kalau kalianlah diberi peluang utk hijrah tempat..kemana pilihan kalian? kaklong nak duduk samada kat Mekah or Madihah. Memang seronok kat sana tau..aura dia tu lain mcm sikit. Sapa dah ziarah sana, taulah.

Pas tu pulak, citer cerekarama..tak ingat tajuk penuhnya, tapi hujungnya Ijtihadlah..paling tak tahan babak anak - emak cakap melalui tepon kat penjara tu..masa tu mmg nampak best watak si emak tu. Sedihkan dpt pasangan suami / isteri sanggup aniaya kita demi kepuasan nafsu serakahnya tu..nak kayo, sanggup buat apa saja.

Hari Ahad pulak, kami ke IJN waktu tengahari, lawat bapa saudara pupu suami yg buat pembedahan bypass. 3 saluran dah tersumbat. So depa gunakan urat kaki sebagai ganti pada yg tersumbat tu. Bila citer ngan mak kaklong, dia cakap lebih kurang, "kuasa Tuhankan....kat dalam badan kita ni siap Allah bagikan spare part lagi". Kaklong terfikir bab spare part tu. Betul pun. Adakah kita hamba yang tahu berfikir dan mengakui keagunganNya ? . Waktu lawatan tengahari, budak2 tak boleh naik ke wad, tu yg bergilir ngan suami jaga anak2 kat bawah. Upah depa ngan buku cerita, beli di kedai majalah kat dlm bangunan tu.

Dan sori ya HM, sebab tak dpt pergi kenduri Aidan, anak2 duk batuk berkahak n selsema lagi, tu tak berani nak attend, takut kang berjangkit2. Kalau kat public yg tanpa batasan tu, ok sikit. Ni kat kenduri kendara orang, senang nao berjangkitnya, ngan izin ALlahlah kan.. Tapi, hati tu duk teringat aje kat kenduri HM.

Malam tadi, masa berita tv, terdengar sepintas lalu, ada mangsa banjir adu dicabul oleh petugas yg membantu? er..ke kaklong salah dengar? harapnya tak betullah. mungkin salah fahamkan. tapi kalau betulah, tak bolehlah berlaku camni.
Eh, nak tanyalah, ada tak istilah Tuesday blues? YYelah, biasanya orang cakap Monday blueskan..bukannya apa, rasa malas sangat2 (mmg hari2 pun malas hehe) hari ni, mood pun tarak nak buat kerja2 rumah.

Saturday, January 20, 2007

Seminar Sehari

Assalamualaikum,

Pengumuman Penting (jeng jeng jeng) :


Tajuk:
ISLAMIC PARENTING IN THE 21ST CENTURY:
CHALLENGES & PROSPECTS

Tarikh:
31 JAN 2007 (Rabu)

Tempat:
Senate Hall, IIUM (UIA, Gombak)

Waktu :
8.30 a.m( pendaftaran) - 4.30 p.m (majlis penutup)

Penganjur
Dept. of Gen. Studies, IRKHS

Tajuk2 :
1. Parents & Social Ills
2. Parenting Skills: Communication
3. Parenting Skills: Tips for child education
4. Parenting Skills: Khalifah method of parenting
5. Working Mothers
6. Single mothers & broken families

Berminat, hubungi selewat2nya 24 Jan ini:
03-61965576 /5582 /5575


Saya tiada sebarang kepentingan dalam seminar ini. Saja jer nak share ngan kengkawan kalau2 berminat nak join sama. Itu pun semalam saya surf website UIA. Ada rezeki kita boleh berjumpa di sana, insyaAllah.

1428H

Assalamualaikum wbth,


Salam Ma'al Hijrah 1428
Berhijrahkah anda?
Hijrah tempat?
Hijrah keperibadian?
Walau kemana dan apa jua hijrah anda,
pastikan ia mendapat status dan cop keredhaanNya.

Antara sms yang saya terima:

"Wishing you 12 months of taufiq, 52 weeks of hidayah,
365 days of barakah, 8760 hours of patience,
525600 minute of zuhud, 31536000 second of redha"

"Ya Allah ya Rabbi ya Tuhan kami,
muliakan dan limpahkan rahmatMU dan sayangi sahabatku ini.
Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya,
berkati rezekinya, kuatkan imannya.
Berikannya kenikmatan ibadah, jauhkan dari fitnah.
Suburkan benih KEISLAMAN pada dirinya, zuriatnya @ keturunannya,
dan masukkan dia dalam syurgaMu tanpa hisab"

Amin ya Rabbal 'Alamin

Doa ini juga saya tujukan untuk anda semua.

Friday, January 19, 2007

Cabaran ibu bapa

Assalamualaikum,

Ok, ni nak citer sikit. Hari Jumaat 2 minggu lepas, saya ikut suami keluar, ada urusan sikit. Kami on the way balik dah nak masuk waktu solat Jumaat. Elok azan pertama tu, kami sampai kat masjid. Jadinya suami berhenti solat kat situ. Saya, Huda n Alia turun ke kawasan tasik rekreasi. Husna n Aiman masih di sekolah.

Banyak bangku dan tempat rehat. Ada tiga kumpulan kecil budak2 sekolah. Anak2 melayu semuanya. Saya kira mereka dah sekolah menengah dan ada yang dalam darjah 5-6. Saya duduk tak jauh daripada mereka. Memerhatikan gelagat budak2 ni. Selamba aje tok imam tengah berkhutbah, depa duk kat situ lagi. Siap hisap rokok tu..kongsi2. Sedih saya. Muda2 dah hisap rokok. Nak je saya cakap kat depa berhenti merokok, boleh kena KANSER!!! (2 bapa sedara saya meninggal krn kanser, berpunca rokok). Grup paling dekat ngan saya, perasan saya duk perhatikan mereka. Memang saya pandang aje depa, esp. yang hisap rokok tu. Sekadar pandang.


Tiba waktu solat bermula, dua tiga orang aje beredar ke masjid. Yang lain, boleh MELEPAK lagi tu. Kaklong yang nak menangis tengok keselambaan mereka. Sian kat budak2 ni sebenarnya. Kalaulah depa tau Iman Islam tu mahal, mesti mereka berlumba nak solat. Akhirnya kaklong bangun dan pergi ke grup2 tu. Kaklong bawak Alia dan Huda sama. suruh depa pegi solat, tak de nak marah2. Sebak semacam masa suruh depa p solat tu, tak tau nape. Budak2 ni macam terkejut. Sib baik depa tak melawan, depa beredar. Habih semua grup tu kaklong suruh pergi. Syukur tak de yang kurang ajar. Bila semua dah beredar, baru kaklong perasan, tangan kaklong menggigil rupanya. Berani dalam takut. Takut gak depa pakat2 belasah kaklong ngan anak2 kecil ni. Sejujurnya, kalau itu grup2 lelaki dewasa, mmg kaklong tak berani hampiri, cuma berdoa dlm hati ajelah.

Tapi, bila kaklong meneruskan langkah, rupa2nya grup 1 (paling dekat duduk ngan saya tadi tu) melepak pulak kat kedai kopi makcik ni. Makcik ni masih bukak kedai dia lagi, patutnya dia tutuplah. kaklong hanya memandang, tak pergi dah ke tempat mereka. Kaklong dah tegur tadi, depa dah faham patutnya. Mereka belum ada kesedaran lagi. Teguran macam ni mmg nak kena buat selalu, sekali tak jalan. Naknya kalau solat tu bukan makanan mereka.

Terus kaklong teringatkan Aiman, camner dia dah seusia mereka nanti, adakah camni jugak perangai dia? menipu ibu bapa tentang solat. Na'udzubillah. Itu baru solat jumaat, belum 5 waktu lagi tu. Dan menipu ibu bapa tentang rokok. Sebak dan takut memikirkan, cepat2 berdoa mintak2 janganlah anak2 kaklong berakhlak begitu. Tak kira anak lelaki mahupun perempuan, cabaran tetap sama pada zaman sekarang ni..

Inilah cabaran ibu bapa sekarang, mendidik anak2 agar menjadi insan yang bertakwa dan cemerlang dunia dan akhirat. Kaklong dan suami baru 7 tahun lebih bergelar ibubapa. Masih muda lagi berbanding dengan ibu bapa lain, banyak kerja kami rupanya dalam mendidik anak2, bukan takat melahirkan dan membesarkan mereka. Keperluan mereka kat dunia ni mmg kena sediakan, dan sama pentingnya dengan SANTAPAN ROHANI mereka, untuk kejayaan mereka di akhirat nanti.

Ternyata, cabaran ibu bapa Muslim hari ini memang hebat sangat, kena bekerja keras utk memastikan anak2 mereka cemerlang bukan takat di dunia tapi di akhirat. Doa juga peranan utama, siapa yang nak mendoakan anak2 kalau bukan ibu bapakan? Moga usaha kita semua berhasil. Amin.

Sempat berangan tu, kan bagus time waktu solat Jumaat, anggota2 keselamatan wanita mcm polis2 wanita melakukan rondaan untuk di semua tempat terbuka untuk memastikan semua lelaki Muslim pergi solat Jumaat. Ini juga sebahagian daripada jihad mereka; amar ma'ruf nahi mungkar.

Wednesday, January 17, 2007

Ikutkan hati...

Assalamualaikum,

Yeah...(menggeliat dulu).Akhirnya dapat gak blogging. Kemana menghilangnya tuan punya blog ni? ada..ada kat rumah, mengadap pc lagi menyiapkan typesetting arabic. Hari ni baru siap. Bukan sikit, banyak ooo...sib baik hari Jumaat akan datang ni dateline dia. Bukan Jumaat lepas. Tapi tensyenlah, tak leh nak blogging bagai..baca aje komen2 orang kat entri lepas, tapi takleh nak spend masa membalas. Masa itu emas untuk typesetting arabic ni. Poya2 kat blog orang pun tak leh. Ni dah abih, ha..bolehlah jenguk2 n tinggalkan komen kat blog kengkawan. Tapi kena slowly, mabuk menaip arab ni ada lagi, sampai konfius dah setting alphabet kat keyboard ni. adeh..

Hmm..ikutkan hati nurani ni:

1. nak terus buat phd -
tapi tak boleh sebab
  • masalah kewangan - loan mara utk master ni pun dah mula kena bayar
  • anak2 baru sekolah ni, takut tak boleh fokus kat depa. Buat phd lagi menuntut masa yang banyak daripada studentnya,
  • kepala ni masih tepu ngan saki baki disertasi lagi. Koman2 utk literature review phd pun 6 bulan (betui dak sesapa yang buat phd tu? KL tau ni sbb orang bagitau). nanti dululah, takut overload kepala ni, sapa nak tanggung? sendiri gak yang tanggung.

2. Nak jadi surirumah sepenuh masa seumur hidup -

tapi tak boleh sebab tak tau apa akan jadi pada masa akan datang. buatnya suami pergi dulu, nak kena kerja gak utk sara anak2 (pengalaman ayah meninggal dulu).

So, misi terkini : cari kerjalah jawabnya. dah mula hantar resume dah ni. TOlong doa2kan ya.

Mesti ada yang bertanya, nak kerja apa? bidang pendidikanlah jawabnya. Ada gak yang tanya, nape tak jadi peguam syarie. Kalau semata2 nak jadi peguam syarie, tak perlukan master degree, cukup ngan ijazah pertama tu aje. Tapi, tengoklah kot2 tergerak masa depan nak apply lesen peguam syarie.

Bila kaklong konvo? InsyaAllah tahun ni, tapi tak pasti bulan bila. Bestnya pakai jubah konvo nanti, pastu anak 4 orang berderet bergambor sama, opps, termasuk suami terchenta..tapi tak taulah kot2 pembawaan budak pulak masa tukan..kan.. Tapi, yang pasti, masa tu mesti nak kena kuruslah rasanya, ni dah terlajak gemuk dah ni. aduh, masalah sampingan betullah. Tapi, kaklong dah pesan kat suami, manalah tau tak sempat konvo sebab kontrak nyawa dah abihkan, kaklong suruh suami aje naik pentas jadi wakil. Boleh gitu?

Thursday, January 11, 2007

tak sempat

Assalamualaikum,

Tak sempat lagi saya nak balas komen2 kat entri2 sebelum ni. Maaflah ya. Baca sekali imbas aje komen2 tu. Saya tgh sibuk ngan typesetting arabic ni. Esok (Jumaat) nak hantar. Terima kasih semua atas ucapan tahniah tu. Tapi, dalam banyak2 komen nikan, saya tergelak ngan komen Ontahsapo (OS). OS, sibuk saya bukan sebab pembawaan budak hehe. Pasal misi saya lepas ni, nanti saya ceritakan. Tunggu......wassalam.

Tuesday, January 9, 2007

Ye..ye..

Assalamualaikum,

yehaaaaaaaaaaaaaaaa. lega..syukur..suka..ske kita, ske kita (huh, buruk mak orang umur 32 tahun terlompat2 gembira).

Apapun nak maklumkan saya dah LULUS!!!! Lulus apa? Alhamdulillah, saya dah lulus program Master saya ni. Ari tu, 29 Dis 2006, meeting senat universiti untuk endorsement result postgraduate student ( gitulah yang saya faham). Punyalah berdebar menunggu surat jawapan tak tiba2, makanya baru kejap ni saya called ofis postgraduate unit, tanyakan keputusan meeting ari tu, dan jawapannya saya lulus!!! Dah graduatelah kiranya saya ni. So kena pegi kampus, nak buat clearance bagai, baru boleh amik full transkrip dan surat rasmi kelulusan saya ni. Dah boleh cari kerja lepas ni.

Lega sangat2 ni. Akhirnya, setelah 3 tahun (6 sems) bertungkus lumus dapat habiskan master saya ni. Ikutkan 2 tahun (4 sems) aje, tapi dua sems lagi tu maternity leaves..hehe boleh gitu? Jangan tak caya, 2 kali bersalin saya ni dalam tempoh pengajian Master. Kata kengkawan, rezeki dua dalam satu. Belajar dan beranak. ngeh ngeh ngeh. Masa huda, saya sibuk ngan coursework. Masa ALia, saya sibuk ngan disertasi. Syukur maternity leave ni not counted, kalau counted, payah tau. Mcm sorang lecturer yang saya kenal, lagi best. buat phd, dlm tempoh 3 thn tu pun dua kali bersalin. Sorang awal tahun n sorang akhir tahun. Rezeki tukan.

Bila kenang2 balik, ya Allah, macam tak percaya aje saya dapat habiskan Master ni, ngan rumahtangga dan anak2. Tapi, saya dapat 1000% support daripada suami tercinta. thank you so much darling, cayang, busyuk, masyam..semualah. lengkap. dan mak saya yang tolong jaga anak2 masa saya p kelas, dan adik2 saya pun sama. mak dan bapa mertua saya yang tolong jaga anak2 masa saya berminggu2 jalani exam. air mata tumpah rindukan anak masa berpisah tu toksah cakaplah. Boleh giler jadinya.

Tak pernah ke rasa down masa belajar?? apa tak pernahnya..paling terasa masa tinggal 1/4 aje lagi nak siapkan disertasi saya. Pernah saya menangis puas2 sebab rasa letih sangat nak mengadap disertasi tu, tapi semangat tu masih kekal ada. Pernah rasa nak tutup aje semua buku2 rujukan dan draft2 disertasi dan nak jumpa supervisor bagitau takat itu ajelah saya buat. mmg dah nak berhenti masa tu. tapi saya pujuk hati perlahan2..sikit aje lagi, sikit aje. Ngan B.I lintang pukang. Tapi, saya BERDOA hari2..minta naikkan mood saya untuk habiskan belajar. Allahuakbar, mmg slowly mood tu datang dan alhamdulillah, hari ni saya dapat berita gembira tu.

Cabaran paling hebat? saya dapat tau saya pregnant kali k 4. Terdiam sekejap. Huda baru 8 bulan masa tu (dah satu sem maternity leave), saya baru nak start menulis disertasi. Saya tak bersedia untuk hamil lagi mentally. Physically saya tak kisah. Saya menangis dan rasa marah pada diri. tapi suami support 1000% kehamilan saya. Dia cakap, orang susah nak dapat anak, kita senang dapat anak. kena hargai. ya saya tau tu, tapi saya tak ready, saya nak habiskan disertasi ni cepat2. bimbang saya tak dapat siapkan disertasi ni cepat. Sampaikan suami cakap, kalau beli makanan hari2 pun tak pelah, kalau saya tak mo masak..hehe. bangkrap suami den, dahlah dio sorang yo kojo. taklah den kojam camtu. tapi kalau gaji dia macam datuk K tu, mmglah beli ya tak.ngeh ngeh ngeh.

Apa yang saya buat? Saya DOA hari2 minta Allah beri saya kekuatan, datangkan RASA REDHA HAMIL (menangis2 saya minta) dan MINTA MUDAHKAN SEGALA URUSAN KEHAMILAN DAN BERSALIN SAYA. saya detailkan setiap apa yang saya nak; tak mo sakit pinggang, tak mo sakit kaki bla..bla..bla... Sampai satu tahap tu saya doa apa tau (saya ingat sampai sekarang doa tu lebih kurang camnilah): Ya ALLAH, AKU TAK MINTAK MENGANDUNG, TAPI KO YANG BAGI AKU MENGANDUNG, MUDAHKAN SEGALA URUSAN AKU HAMIL DAN BERSALIN (sampai sekarang kalau saya ingat doa ni, air mata saya mesti mengalir.skrg ni pun ha).

ALlah tu Maha Besar, Dia Maha Mendengar, Maha Penyayang, Maha Pengasih,Maha Memakbulkan..perlahan2 REDHA saya datang. sampai tahap 100%. saya jadi semangat nak buat disertasi, rajin jumpa supervisor, dan baby kat perut ni mmg bagi perangsang jadinya. mmg mudah mengandung dan bersalin. Cuma yang ralat tu, saya buat empirical research, jadi masa nak agih2kan questionnaires, saya tak dpt turun padang jumpa responden2 ni, masa tu dah nak due dah. Buatnya terberanak dalam bas, kan satu hal. saya mmg tak mahu ganggu suami saya untuk hantar jumpa responden2, sebab nanti kerja mengajar dia pun terganggu sama. sudahnya saya pos aje pada wakil2 mereka. Settle satu masalah.

cuma tulah, ada masa mood menulis tinggi, ada masa down giler2. Azimat penting, berdoa banyak2. Mmg berhasil insyaAllah. Dapatkan support. Kena kuatkan semangat. InsyaAllah, boleh habis. Tapi, cabaran saya ni tak sekuat kengkawan saya yang bekerja, isteri pulak tu, ada anak2 lagi. Saya ni mmg tak berani bekerja sambil belajar. takut kantoi. ada kawan, buat master aje, kat 5-6 tahun baru habis, sebab banyak sangat tanggungjawab mereka.

So, pada sesapa nak sambung belajar, mesti kuatkan semangat, dapatkan support. Kalau yg dah kawin tu, support suami mesti 100%, kalau tak de langsung or 50% aje, susah nanti, sebab postgraduate program ni tuntut banyak masa kita. kalau suami tak izin, janganlah buat. sengsara nanti. apa2 hal, kita balik dipersalahkan 100%, silap haribulan, rumahtangga berantakan sbb tak de redha suami. cuba pujuk cara lembut, bagi rasionalnya dan paling utama doa minta suami lembut hati dan redha. Kalau suami yang belajar, isteri kena banyak sabar, sbb koman2 hujung minggu susah nak keluar kemana2 kalau kelas postgraduate tu weekend stail. Ha, yang belum kawin tu, mmg sesuai sangat sambung belajar. sbb masih tak de beban tanggungan keluarga: pasangan dan anak2.

Eh udahlah, dah panjang ni, merapu meraban.

Monday, January 8, 2007

Kenapa camni ek?

Assalamualaikum,

Hmm..saya dapati, tiba2 saya menjadi seorang yang sibuk sejak kebelakangan ni hingga saya sukar nak meluangkan masa lama2 depan pc n blogging terutama melawat blog kawan2 yang berderet kat sidebar ni, itu lum termasuk blog yang saya belum sempat masukkan kat sidebar tu. Apa puncanya? saya tak dapat pastikan, tapi perkara ni beransur terjadi sejak Ramadhan lepas. Yang pasti, saya dapati sukar untuk blogging. Maaflah banyak2 kalau tak dapat hari2 jejak blog kawan2. Mula2 dulu, saya boleh lawat habis semua blog kengkawan yang ada dalam sehari, yelah, kawan blogger lum ramai. tapi sejak dah jadi berderet dan panjang kawan blogger ni, aduh..berhari2 baru saya dapat habiskan satu list blog kengkawan ni. Itupun, saya dah tertinggal banyak entries mereka. Maaf banyak2, terutama pada blogger yang baru tinggalkan jejak kat blog saya. Tambah pulak masalah internet seantero dunia baru2 ni, lagilah lembap nak blogging.
Dan oleh kerana saya hadiri kursus 2 hari pada Sabtu dan Ahad lepas ni, saya dapati tugas sibuk saya bertambah..ayok!!! La ni, saya nak kena study sikit, so tak leh nak blogging memanjang. Ni pun curi waktu sikit nak update terkini. Balut buku anak2 pun tak abih lagi ni..adeh. hari ni nak kena abihkan gak. tulah, weekend full sangat2. Camner jadi menteri ya?

Friday, January 5, 2007

Korban raya

Assalamualaikum,


Amaran: Gambar2 di bawah berkemungkinan mengganggu keselesaan tekak dan pemandangan anda.


Malam raya, kami bermalam di rmh mak saya. Lepas solat raya aidil adha, baru kami bertolak pulang ke rumah mil. Masa sampai sana, 3 ekor lembu telah selamat ditumbangkan (Rumah mil berdepan dngn surau lama tempat diadakan upacara korban). Masa saya p ke surau tu, kerja memasukkan daging2 korban ke dalam beg2 plastik untuk diagih2kan hampir selesai. Poning kopalo den bau hamis darah lombu..keneneng dibuek eiyy.



Ok..nikmatilah gambar2 di bawah;






Kulit kepala lembu. Ada yang berminat dngn isi kepala lembu. tu pasal kulitnya dibuang dulu.








Pisau yg dihunus tu untuk menunjukkan gigi lembu. Ada sorang kakak ni, mengangkut tulang kepala lembu ni ke rumahnya. Nak direbus katanya.







Ini lagi satu kepala lembu yang dah dibuang kulitnya. entah sapa pulak nak angkut bawak balik.






Inilah rupa perut lembu yang asal. Hijau kehitaman. Orang jawa panggil babat. Dah dibersihkan dah. Tinggal nak dibahagi2kan aje. First time tengok ni 8 tahun dulu, masa baru kawin. Terkejut masa tu sebab tengok ia tak dibersihkan dengan air kapur (tak salahnya) untuk diputihkan mcm dijual di pasar2 tu. Biasanya, lepas dibersihkan, direbus empuk. Lepas tu, ikut sukalah nak goreng atau buat masak kicap. Ini style masakan mil KL. Sampai la KL fail makan babat hijau ni. Kalau yg putih tu mmg feveretlah. Pernah cuba, tapi keluar balik. Kuat bau lembunya lagi, naknya time merebus..fuhh..kelembuannya memeningkan kepala. KL tak tau pulak masy. jawa kat tpt lain buat masak apa ngan babat hijau ni.





Bungkusan2 daging untuk diagih2kan





Acara paling ditunggu2. Sambil menunggu kaum bapa melapah dan memotong daging2 lembu. Kaum ibu pulak memasak sup tulang lembu kat surau tu gak. Makan ramai2 lepas selesai semuanya. Tapi, yang tak tahan tu, bau lembu masih kuat lagi. Daging segar katakan.







Duku langsat, dah ada yang masak elok dan setengah masak. Pokok ni kat tepi rmh mil

Thursday, January 4, 2007

Sekolah bermula

Assalamualaikum,

Semalam, 3 Januari 07, persekolahan bermula. Husna naik darjah 2. Aiman pula darjah 1. Tak risaukan Husna dah sebab dia dah biasa ngan suasana sekolah. Aiman pula, dia ok. Syukur tak menangis. Cuma dia ni ambil masa nak sesuaikan diri dengan kawan baru. Dengan orang, susah nak mesra, kecuali dah kenal lama.


Kami berada di sekolah sehingga waktu rehat. Sebelum tu, kami p dengar taklimat. Tapi KL tak lama kat dalam dewan, terpaksa keluar sebab mulut alia bising pasal kasutnya. Sebelum dia jerit kuat2, baik cha alip but. Tinggal ayahnya aje yang dengar. KL bawa Alia dan Huda ke kantin, belikan makanan.


Bila budak2 darjah 1 keluar rehat, KL yang masih berada di kantin perhatikan daripada jauh Aiman jalan seorang diri ke sana. Yang lain dah ada kawan nampaknya. Bila KL datang dan tanya, mana kawan. Dia jawab ada. Hehe..Kemudian, time makan, dia nampak tak selera, makan sikit aje. Senang sikit pasal makanan ni, sebab tahun 1 diwajibkan ambil pakej makanan, tinggal bayar ajelah utk setiap semester.


Sebelum balik, KL pesan kat Aiman: 1. Nak buang air, bagitau cikgu (takut dia masih tak berani ngan cikgu kelasnya), 2. Balik nanti tunggu kakak kat Dataran sekolah. Kat Husna, KL pesan balik nanti tunggu ayah kat dataran ngan Aiman.

Balik sekolah, KL tanya dia, apa nama kawan yg duduk sebelah dia. Dia jawab tak ingat. Hehe. Sabor jeklah. Tak pelah. Harap2nya dia dapat cepat sesuaikan diri. Yang lawak tu, dia boleh menahan buang air kecil n besar kat sekolah sepanjang hari. Itupun Husna yang bocorkan rahsia. hehe. Janganlah hari2 camni hendaknya.

Minggu ni minggu orientasi depa, jadinya, minggu depan baru kelas bermula. Tapi Aiman dah bawak balik homework, alah..lukisan untuk diwarnakan aje.

Dan minggu ni, KL start amik tender balut buku sekolah budak2 ni. Tahun lepas, buku Husna aje. Tahun ni, tambah buku Aiman pulak. Sib baik suka balut buku, kalau tak..togel ajelah jawabnya buku budak2 tu. Ini pun nak mood kaw kaw gak balut buku depa, kalau tak, hancus.




Wednesday, January 3, 2007

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum,

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA
Moga segala azam yang ditanam akan berjaya dipenuhi

Sempena tahun 2007 ni, saya pun berpindah ke blog baru.
Kenapa tak menten blog lama?
Sebab blog lama tak boleh ditukar kepada beta version ni (dah tak de beta punkan). Banyak kali cuba, tak boleh gak. Apasal entah. Suka pulak ngan blogger versi baru ni. Tu yang buat blog baru ni. Tetapi, yang lama tu tak dibuang, insyaAllah. Dikekalkan. Sayang nak dibuang, ada 220 entri semuanya.

Nama profil saya pun baru: Kaklong (KL)
Kenapa tukar?
Sebab saya selesa dengan panggilan ni.Bahkan ini memang panggilan saya di kalangan adik beradik, mak dan ramai saudara mara bahkan saudara mara suami termasuk mil dan adik ipar.

Azam kaklong tahun ni?
Ada beberapa azam, tapi tak mo cakap dulu, nanti dah tercapai, baru bagitau yep.

Citor rayo aji den nanti kemudian yoo. Ado suko, ado sodeh sikit.