Hari ni 30 Disember, genap Asmaa 3 bulan. Alhamdulillah dia sihat walafiat. Berat bulan lepas 5kg, tapi yang terbaru ni tak tahu lagi sebab 2 Jan nanti baru appointment suntikan dia. Badan dia kalau didukung rasa 'keras' dan tegap. Dia pun dah pandai menggenggam. Berborak style dia tu mmg dah, bahkan makin kuat suara dia bila berborak tu. Kalau dia memandang tepat pada kita, dia cukup suka membesarkan mata dia. Nampak bulat heheh. Tapi belum ada tanda2 dia nak pandai meniarap.
Sejak awal minggu ni, hari2 kaklong selitkan pesanan pada Asmaa kalau berborak ngan dia, lebih kurang, "Asmaa kalau duduk dengan orang jangan buat perangai, jangan suka menangis. Nanti orang tak suka. Duduk diam2 macam kat rumah tau." Dan macam biasa mata dia akan bulat besar memberi reaksi. Sambil mulutnya kumat kamit.
Hujung minggu ni memang tak kemana2 pun, suami ada hal. Jadi duduk rumah saja :D. Kepada Bro. Zino dan Rafflesia Merah, maaf tak de rezeki nak hadiri majlis kalian. Harap tak serik menjemput :D.
11 comments:
sekejap dah tiga bulan..
salam,
Bro.ZIno: itulah..:)
kak Long
bbay sekarang memang cepat pandai lah.. Cucus edara zar tu baru 9 bulan dah boleh berdiri dah..
Bila start bertugas?
kak long, pesanan utk asmaa tu mcm kak long dah nak start kerja je. Betui ka?
salam,
Zareda & KV: hehee..nanti ada citer pasal hal keje tak keje tu.tunggu.....
zar, pasal baby cepat perkembangan tumbesarannya sekarang mungkin dpt cukup zat nutrisi..
hoho..baru jek nak tanya akak keja kat mana nanti...
baby naufal pun, nampaknya tak secergas kakak dan abang..kepala pun masih lembik lagi..tapi perkembangan setiap anak2 kan berbeza..so, saya terima jek laa..
Ala... rindulah nak ada baby balik.
anak mak su baby w tu meniarap bila dah umur 4bulan+, lambat ek...
we want photos(1000x) hehehe..
salam semua,
oren: betui tu, perkembangan setiap anak2 berbeza
mamamia: hehe..tahun depan pregnant la
maksu: taktaula itu kategori lambat or cepat maksu..
titicaca: gambar? nak masukkan tp tula ada prob. nak masukkan. next time ek :)
dah buleh geng dgn dafinah saya....heheheee...
Post a Comment